HARI 1: 15 JANUARI 2015 KHAMIS [KL-SIEM RIEP]
Semester baru dah bermula tetapi saya tak puas lagi nak berehat. Maklumlah cuti hanya 2 minggu. Tetapi Alhamdulillah, cuti kali ini membuka lembaran baru dalam sejarah hidup saya iaitu travel (mengembara) secara solo ke 2 buah negara. Untuk pengembaraan kali ini saya tak nafikan sedikit stress dan serabut kerana terpaksa buat kajian tentang tiket, tempat untuk dilawati, bajet dan sebagainya seorang diri. Tambahan pula, trip kali ni dibuat 2 hari selepas kertas akhir peperiksaan semester saya.
Saya bertolak dari rumah sewa ke KLIA2 pada malam 14hb dan menumpang tidur sementara di airport. Seawal jam 5 pagi saya telah masuk ke balai perlepasan namun dugaan pertama menunggu saya di tempat pemeriksaan bagasi kabin. Saya terlupa minimum untuk membawa barang jenis cecair adalah 100ml dan saya telah membawa 3 barang peribadi melebihi kuantiti yang dibenarkan. Walaupun ada beberapa barang sempat saya sorokkan tapi fikiran saya terganggu sedikit kerana barang tersebut amat penting bagi hidup saya hehe..nak tahu ke apa? Nanti lah saya cerita. Saya tak ada mood ni sebab minggu pertama dah ada assignment..mmm
Oklah. Kembali ke cerita gembira saya ni, saya sempat ber ‘skype’ dengan kawan saya yang sedang belajar di Jerman sambil menunggu solat Subuh dan tepat pukul 6.50,pesawat meninggalkan landasan KLIA2. Saya hanya tidur di dalam pesawat kerana terlalu mengantuk dan hanya tersedar apabila pramugari mengagihkan kad ketibaan dan beberapa dokumen untuk memasuki negara Kemboja. Oh ya, untuk pengetahuan anda semua, waktu di Kemboja 1 jam ke belakang so maksudnya anda perlu betulkan jam kerana mungkin akan keliru waktu disana nanti. So nanti, saya akan bercerita mengguna pakai waktu di sana.
Setibanya saya di Siem Reap International Airport iaitu 7.50 pagi, suasana di cukup lengang dan sunyi walaupun saya nampak beberapa kapal terbang di situ. Saya rasa kalau ada orang pon mereka adalah penumpang yang menaiki pesawat yang sama dengan saya. Sebelum masuk ke terminal, kami dikehendaki mengisi beberapa borang kesihatan dan soal jawab. Saya tak nampak apa tujuan mengisi borang tersebut kerana hanya mengisi borang dan hantar pada staff mereka. Keluar sahaja dari airport, saya mencari tuk-tuk untuk ke tempat penginapan. Cuaca di sana agak sejuk pada waktu tersebut walaupun matahari sudan memancar di langit. Saya rasakan kurangnya pembangunan dan hutan rimba yang masih tebal di sana menyebabkan suasana di sana dingin dan damai. Saya akhirnya tiba di Garden Village Guesthouse untuk ‘bermastautin’ selama 4 hari 3 malam.
Internet di Kemboja
Selesai urusan check in, saya menuju ke bandar (saya gagal mengingati nama bandar) untuk mencari sim kad untuk ber internet. Nama sim kad ni adalah ‘cellcard’. Sangat murah yakni USD2 untuk langganan 1.5GB selama seminggu dan dapat kredit panggilan sebanyak USD1.05. Kelajuan internet di sana jauh berbeza denga Malaysia dan saya pernah dapat result test speed internet pada waktu siang hari setinggi 13 mbps!!
Kemudian saya ke travel agensi untuk beli tiket bas ke Phnom Penh dan tiket ke Cambodia Cultural Village serta barang peribadi saya di Mini Mart berhampiran. Semasa perjalanan, saya cuba hafal nama-nama jalan di sekitar bandar tersebut. Yela, lepas ni nak berbasikal pulak kan..hehe. Kat sini memang banyak bank dari luar negara termasuklah dari Malaysia seperti Maybank, CIMB dan RHB. Sistem perbankan mereka cukup pelik sebab walaupun mereka ada sistem matawang mereka sendiri tetapi semua bank yang ada kat sini bagi matawang USD jika buat pengeluaran di ATM.
Setibanya saya di guesthouse, saya sempat bertegur sapa dengan mat saleh katil sebelah dan bertanya tentang pengalaman beliau. Habis je bersembang, saya berwhatsapp dengan kawan dan keluarga di Malaysia sambil cuba melelapkan mata sebab semalam saya hanya berkesempatan untuk tidur sekejap sahaja memandangkan jadual flight pagi.
Lebih kurang pukul 3 ptg, saya tersedar dan segera bersiap untuk menunaikan solat di Masjid An Neakmah yang terletak 100 meter (anggaran) dengan guesthouse saya. Semasa perjalanan, saya terserempak dengan Wani, pelajar tahun akhir kursus akaun di UKM. Beliau tiba di Siem Rap dari Phnom Penh sehari awal dari saya. Kami bersembang dan bersepakat untuk ke Angkor Wat bersama–sama.
Selesai solat, saya menyewa sebuah basikal dengan kadar USD1 untuk sehari di guesthouse. Saya ingin ke Angkor Wat untuk membeli tiket dan melihat suasana matahari terbenam di sana. Tiket ke Angkor Wat berharga USD20 untuk sehari dan pembelian tiket selepas pukul 4.30 ptg akan dikira untuk hari ke esokannya. Faham tak? Maksudnya bila anda membeli tiket selepas pukul 4.30 pada 1hb,tiket itu masih valid untuk digunakan sehingga 5.30 ptg 2hb. Faham eaa..
Angkor Wat
Jalan menuju ke Angkor Wat sangat senang. Anda boleh bertanyakan arah ke Angkor Wat kepada sesiapa sahaja. Saya mengambil masa 45 minit untuk mengayuh basikal ke kawasan membeli tiket. Di sana akan ada pengawal ataupun penjaga yang berbaju biru membantu anda dan memeriksa tiket. Semasa menunggu,saya sempat bersembang dengan traveler dari India iaitu Thahir. Beliau berhenti bekerja sebagai seorang askar laut semata-mata untuk mengembara. Saya sempat bertanyakan tip-tip dan berkongsi pengalaman dengan beliau. Selepas membeli tiket, kami bersama-sama mengayuh basikal selama 30 minit untuk ke Angkor Wat. Sewaktu dalam perjalanan, saya ternampak orang memakai pakaian kahwin di dalam hutan. Ye la,kawasan di sana sangat terjaga dan cantik (tiket nak masuk pun mahal wei!!).
Anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam di sana seawal 5 ptg. Dari tempat letak basikal anda perlu berjalan untuk masuk jauh ke dalam. Sementara menunggu matahari terbenam, saya sempat mengambil gambar di sekitar kawasan tersebut. Ada beberapa kanak-kanak memaksa pelancong-pelancong membeli barangan mereka seperti fridge magnet, key chain, kipas tangan dan sebagainya. Ada juga yang menjual buku-buku sejarah Angkor Wat. Saya hanya membeli fridge magnet. Pada asalnya, budak perempuan tu meletakkan harga USD1 untuk satu fridge magnet, namun akhirnya berjaya mendapatkan 5 fridge magnet dengan harga USD2. Itu pon sudah puas bertengkar dengan seorang budak perempuan tu..hehe
Suasana kemuncak iaitu matahari terbenam amat dinantikan pengunjung di sana. Bagi yang membawa kamera DSLR dan sebagainya, mereka perlu mencari posisi yang menarik untuk mengambil gambar. Saya akhirnya berjaya mendapat tempat setelah sesi tolak menolak berlaku.
Setelah matahari tenggelam sepenuhnya, pengunjung mula beransur-ansur beredar dari situ memandangkan ianya akan ditutup pada 5.30 ptg.
Tepat jam 7 mlm saya sudah sampai di kawasan guesthouse. Pada waktu malam, saya dan Wani berjalan-jalan di sekitar Pub Street, Night Market, Old Market dan kawasan sekitar. Memang ramai pelancong-pelancong mat saleh kat sini bersuka ria. Saudari Wani mencuba ‘magic stick’, aiskrim kon panjang yang popular di negara Korea. Kalau tak silap saya benda ni pun ada kat KL tapi saya segan nak makan sebab kedai tu memang orang Korea yang buat. Saya lebih bersikap berhati-hati bila makan di negara luar ni. Jika annda ingin membeli fridge magnet atau key chain, saya sarankan anda untuk membelinya di Angkor Wat tadi sebab saya cuba tawar menawar harga dengan penjual di Night Market atau Old Market, masing-masing menjual dengan harga USD1 untuk satu fridge magnet dan USD4 utnuk key chain. Hanya harga untuk poskad sama iaitu USD1 untuk 10 keping. Kat sini juga dijual pelbagai buku Lonely Planet (LP) tiruan dengan harga serendah USD5. Saya tak beli pun sebab buku di rumah banyak lagi tak habis baca.
Selepas pusing-pusing, kami bergerak balik untuk merehatkan tubuh badan untuk trip ke Angkor Wat lagi keesokan harinya.
Artikel oleh penulis tamu, CaptAzhan.
Menarik sungguh gambar suasana matahari terbenam tu…
Nak tanye pasal visa???? Di mane nak wat visa ke kemboja
takyah pakai visa.
Bestnya..kiterng inshalah pegi jan 2016
Saya baru book tiket today utk this weekend. Terlalu spontan. Tks for this guide. Harap berguna.
Salam capt. azhan, sy pon akan solo backpack ke siem reap. Cmna ye nak berhubung ngan abg azhan untuk minum2 smbil bercerita. Hehe. Sy insist.
cantiknyaaa permandangan kat angkor wat ni…
kena pergi petang2 la yea view cantik saat matahari nak jatuh
Yup. Pergi pagi balik petang pun boleh hihi
bestnya bila dapat banyak melawat tempat orang kan..sebab tu selalu dikata jauh berjala luas pemandangan, minda juga jadi lebih terbuka..
Tak pernah lagi pergi Kemboja..Member pergi sana nak borong kain aje kat kemboja ni
hang ni dah macam full time melancong aje kerjanya ni. haha
Ini Capt Azhan yang pergi la Titan.
Cantik pemandangan di sana, kelihatan bersih sahaja.
FITRI…dekat kemboja tidak mengguna pakai matawang ringgit malaysia..
Satu perkongsian yang menarik. Angkor Wat sangat luas kawasannya dan panas.
Bestnya dapat travel ke Kemboja.
Betul ke ada org kata pakai RM di Kemboja lagi menguntungkan daripda pakai USD ?