Nasib baik saya dah pergi ke Grand Bazaar dalam trip ke Istanbul yang lepas. Kalau tak, menyesal jugak. Baru sahaja diumumkan yang Grand Bazaar Istanbul akan dibaikpulih dan tempohnya mungkin mengambil masa sehingga 10 tahun.
Tetapi tidak dinyatakan samada ia akan ditutup ataupun tidak sepanjang kerja-kerja baikpulih tersebut. Mungkin buka juga kot, cuma tutup pada bahagian-bahagian tertentu. Macam Hagia Sophia tu, baik pulih pun tetap buka juga. Masjid Biru duk baikpulih minaret pun, tetap buka juga. Cuma pemandangan je la kurang comel sebab banyak cerucuk besi.
Kerja-kerja baikpulih Grand Bazaar tu amat-amat perlu sebab bumbungnya yang tersangatlah uzur. Maklumlah, bazar tertua di dunia.
Nota: Lelaki yang berdiri (berkot) atas bumbung Grand Bazaar itu namanya Mustafa Demir, Datuk Bandar Fatih. Gambar: AP Photo/Emrah Gurel
lama betul baikpulih smp 10 tahun
aha.nasib ada footnote tu, kalau tak, memang tak perasan ada lelaki dalam gambar tu.