Arabian Nights merupakan salah satu tarikan utama di Orlando ni, show Hikayat 1001 Malam. Persebahan kuda-kuda kacak macam ni dah jadi macam trademark juga selain DisneyWorld sejak 30 tahun lalu. Tapi, entah kenapa lah, owner show Arabian Nights dah tak nak sambung bisnes dia. Jadi, tahun 2013 merupakan tahun terakhir show kuda bijak dan kacak kat Orlando ni. Saya pun tak tahu apa nasib kuda-kuda tu semua.
Show ni, seperti mana Blue Man Show juga – kena beli tiket dan reserve seat. Nasib baik bapak mertua belanja tiket VIP, kalau tak saya beli tiket biasa je. Haha Harga tiket ni sekali dengan dinner, sambil tonton persembahan kuda sambil makan. Menarik kan?
Sebelum masuk ke stadium, ada show Arab Dance. Mek arab (nampak macam Arab) menari macam tak ingat dunia, cam Hindustan menari dalam movie tu. Arab jahiliah betullah, sempat saya ambil gambar untuk cuci mata. Haha
Ada beberapa kelas tiket yang boleh anda pilih. Kalau tiket VVIP tu, anda dapat peluang 30 minit pertama untuk masuk ke stadium untuk belai-belai dan bergambar dengan kuda-kuda yang ada. Kuda-kuda ni pulak semua manja-manja belaka. Terus je rasa nak beli kuda bawa balik ke Malaysia. Rasa je lah, tak beli pun.
Show mula jam 8.30 malam sampai jam 10.30 malam. Serius seronok. Paling seronok bila kuda ni datang depan kita dan angkat dua-dua belah kaki. Memang happening lah. Cerita bagi malam tersebut sebenarnya cerita puteri Arab yang ikut seekor unicorn sebab tak lama lagi nak krismas. Tapi diselamatkan oleh putera raja. Jadi, pendek kata, puteri Arab diselamatkan putera raja Arab semasa dekat nak Krismas. Habis, kalau Krismas tapi puteri raja masih kena culik dek Unicorn, mana best dorang nak sambut Krismas kan. Make sense.
Ni tempat tukang cerita bercerita.
Serius puas hati dengan show mantap dari kuda-kuda bijak dan kacak. Makanan pun boleh tahan lah, saya pilih makan Kas-Kas dengan Daging Steak. Air coke pula boleh tambah sampai puas. Cuma kena bagi tip lah kat pelayan tu, memang nature makan kat mana-mana pun dalam US ni kena bagi tip kecuali fast foods restaurant. Ini kerana, staf kat restoren ni cuma dibayar serendah USD 2.50 per jam je. Dorang dapat income kebanyakannya dari tip servis yang diberikan. Lagi bagus servis yang dia bagi, lagi kita puas hati, lagi banyak kita rasa nak bagi.
Overall Arabian Nights show ni memang cukup menarik dan awesome. Saya puas hati, insyaAllah andailah ada lagi show macam ni, nak pergi lagi.
Leave a Reply