Anda boleh baca pengalaman melawat tempat buat roket #part 1 dan #part 2 dalam pos sebelumnya. Ini ialah #part 3 yang juga merupakan part terakhir dalam trip ke NASA Kennedy Space Center di Florida, Amerika Syarikat.
Selepas kami keluar dari bangunan yang mempamerkan Apollo Saturn V, kami terus ke kedai cenderahati. Macam biasalah, mesti beli fridge magnet (itu wajib) dan saya beli sebiji tabung berbentuk roket dengan logo NASA. Sebiji fridge magnet dah berharga USD4.99, dan piggybank pula USD9.90. Rasa macam mahal pulak bila ditukar kepada Ringgit Malaysia. Ada juga jual jaket dan baju seragam yang dipakai astronaut, tapi harga.. erk, cekik leher jugalah.
Lepas tu, naik shuttle bas lagi untuk kembali ke bangunan pertama yang mula-mula kami masuk tadi. Tempat di mana ada rocket garden. Di situ, ada bangunan untuk kita tonton I-Max show dan juga ada Atlantis Space Shuttle. Di atas ialah gambar Atlantis Space Shuttle sebelum ke diletakkan dalam NASA Kennedy Space Center Visitor Complex iaitu selepas ia kembali ke bumi, ihsan gambar dari CollectSpace. Di belakangnya ialah bangunan Vehicle Assembly Building (VAB) yang sudah saya ceritakan dalam #part 1.
Manakala gambar di bawah pula ialah gambar ihsan Est.int, di mana gambar sebelum ia terbang ke angkasa.
Atlantis Space Shuttle ini saiznya ialah 90,000 kaki persegi. Kecil sedikit jika dibandingkan dengan Apollo Saturn V.
Ni bahagian kepala Atlantis Space Shuttle.
Ni bahagian tengahnya. Besar la jugak benda ni.
Dalam Visitor Complex ni ada lebih 60 pameran dan simulator yang anda boleh cuba main-main dan bergambar.
Ini bukan simulator, sebaliknya real part yang ada dalam Atlantis yang pernah digunakan oleh angkasawan-angkasawan dalam misi tersebut. Kat sini, terlalu banyak simulator dan informative boxes yang saya tidak begitu berminat untuk godek-godek. Lagipun, terlalu ramai visitor yang datang menyukarkan kami untuk bergerak.
Sambil berjalan keluar untuk tonton I-Max show, kami jumpa ni. Kapsul Apollo 14 yang digunakan untuk mengorbit bumi. Roketnya saya tak sure di mana, tapi inilah yang saya jumpa. Nampak tak? Di bahagian bawahnya ada kesan terbakar disebabkan oleh haba terlampau panas semasa turun ke bumi. Semasa jatuh ke bumi, ia jatuh dalam laut. Pasukan penyelamat mengambilnya dan bawa ke kapal sebelum dikembalikan kepada NASA.
Manakala di luar bangunan pula, ada shuttle yang attached together with Atlantis. Anda boleh baca lanjut berkenaannya dalam laman web rasmi NASA di sini.
Saya akhiri dahulu trip ke NASA Kennedy Space Center. Cukup ada 3 bahagian untuk trip ini. InsyaAllah, jika tiada aral, jika ada rezeki, jika diizinkan Allah, kami akan kembali lagi dalam trip berikutnya kerana masih ada banyak yang kami belum lihat di sini.
[…] Baca Florida – NASA Kennedy Space Center, lawat tempat buat Roket #Part 3 di sini […]