Semalam kami tiba di Sakarya dari Istanbul. Bulan October lepas dah datang sini, kali ni datang lama sikit.
Setakat ni saya hanya tahu tak sampai 40 perkataan Bahasa Turki. Maklumlah, pada usia nak masuk 30 tahun ni, bukan senang nak belajar bahasa baru. Nak tak nak, memang saya kena belajar Bahasa Turki sebab orang sini sangat sedikit faham Bahasa Inggeris. Dan takkanlah asyik nak guna Google Translate kan. Tak mencabar langsung kalau sikit-sikit je, keluarkan smartphone.
Untuk rekod, hari ini saya berjaya beli Nescafe Latte dengan cakap Bahasa Turki. Ini satu sejarah. Hehe.
Saya ke kaunter, dan sebut “Nescafe Latte, bir. Kaç para?”. Sambil angkat jari tulunjuk, maksudnya satu cawan dan berapa harga. Cashier (kasa) cakap, “Eki Lira”. Lalu saya keluarkan TL2 dan bayar padanya. Dapat 1 cawan Nescafe Latte dengan perbualan sepenuhnya dalam Bahasa Turki.
Saya minum dengan penuh rasa bangga. Haha
Lalu saya keluar jalan-jalan sekitar kawasan kampus Universiti Sakarya, tempat kawan-kawan saya bekerja. Saja nak tengok kawasan sekitar, lagipun inilah pertama kali saya dikelilingi salji pada musim winter (yang di Tennessee tu tak aci) walaupun tak tebal mana.
Besar masjid dalam kampus ni. Dorang guna untuk solat Jumaat juga.
Dua jam juga pusing-pusing sekitar kawasan kampus ni. Bersalji, suhu sekitar 1 Celsius.
Kata rakan saya, salji kali ni paling tebal dalam tempoh 4 tahun sehinggakan satu bumbung bangunan dalam kampus ni pun runtuh dek timbunan salji yang terlampau berat.
Kalo nk pegi sendiri tanpa agency mcmna siti.. kita blh booking tiket, then sampai airport kita nkntuju ke mana..booking hotel dari msia boleh ke atau booking ms dg sampai kt turki je..blh siti bg panduan tak
sedap sekali nak lihat pemandangan yang indah seperti di turki … putih semua karena turun salju
salam. blh saya dapatkan tips untuk travel ke turkey dalam musim sejuk? tq
Salam sis..istanbul akan turun salji dalam bulan brapa..sy g backpack ja dgn isteri dan sorang anak yg masih kecil..trip pada 8/11-15/11..kalo nk tnya lebih detail nk contact kat mna ya..
Semua yang saya tahu saya sudah kongsikan dalam blog ini.
Salam sis..yang dalam gambar ni semua, sis pegi masa bulan brapa ya? 🙂
Boleh tengok date pada tarik post ni ditulis. Tarikh publish tu tarikh pergi.
Salam… sy plan nk g turki bln12, tp ada yg kata rugi sbb cuaca sejuk, view x nmpk sgt.. btul ker? boleh bg suggestion?
Betul
Paling ok pergi masa spring, atau autumn. Summer panas mcm Malaysia
Assalam Siti,
Saya org Kelantan, dah buat booking ke turki pada mid april, inshaaAllah.
Nak tanya pasal jalan kat sana , sbb kawan saya agent tour booking coach sama sama dengan group lain. Agaknya okay tak?
Salam Kak Azinah, maaf la kak pasal ni saya tak berapa arif sebab saya belum pernah ambil agent tour utk full trip. Tapi saya rasa ok la kot kalau group lain-lain join combine jadi satu group sama asalkan dia boleh cakap English. Yang susah kalau dia cakap Turki dan kita tak faham.
Rasa tenang tengok pemandangan yang keputihan macam ini..
Siti,
Kalau bulan Nov & Dec berapa anggaran suhu kat sane ye 🙂
Blog Siti mmg best. Clean & Clear 😉
Tq Nurul. Masa tu mungkin sekitar 1-4 hingga -7 Celsius kot
Salam,
Insha Allah akan ke sana hujung bulan nie…tak sabar nak main salji hihihi…antara blog yang dibaca sebagai rujukan…thanx for the info. I pun belajar jugak sket2 bhs Turki tpi alahai….tergeliat lidah dibuatnya.
Terima kasih sudi baca blog kita ni, Mie 🙂
salam. Selamat berkenalan. Suke bc blog ni. InsyaAllah nk ke turkey dlm mase terdekat.
Terima kasih Dee.
macam best je kan….tumpang seronok pun jadilah….
Ok la jugak, tp Istanbul lg best haha
mek siti
Senin blogun severim
Okuduğunuz için teşekkür ederim (nasib baik ada G. Translate hehe)
Salam..sy selalu baca blog ni..salam singgah…:) wow…mesti best dapat bertutur bahasa asing..hajat di hati nak belajar mcm2 bahasa, tapi belum tercapai totally hihihi…
Masih merangkak lagi, Dr. Cat. hehe
Salam mek Siti ,
Bukan eki . ejaan betul iki . nanti lama- lama mung faham lah bahasa turki
Mujur ada tok penghulu kita tolong betulkan. haha
Salam siti. Suka baca blog u. Im kelantanese also.
Lucky u selalu boleh travel..keep on writing 😀
Salam Muis, terima kasih baca blog saya deh 😀