Lega rasanya bila dapat selesaikan urusan kargo barang untuk balik ke Kelantan minggu depan. Kalau tak, selagi duk nampak kotak-kotak tu semua, selagi tu rasa macam ada benda tersangkut je. Sekarang, dah selamat dah diposkan balik ke Kelantan menggunakan servis Aras Kargo.
Aras Kargo ni salah satu syarikat pos di Turki, cumanya, ia bukan national courier. National courier ialah PTT, tapi saya selalu ada masalah dengan pihak PTT. Banyaklah sangat pantang larangnya, itu tak boleh pos dan ini tak boleh pos. Naik menyampah pun ada. Saya fikir, hanya cawangan di PTT Sakarya ni je kot yang punya staff tak bijak, yang negeri lain mungkin okay.
Banyak juga sebut harga yang saya minta dari beberapa syarikat courier dan kargo. Ada yang bagi sebut harga tak masuk akal, mencecah EUR40,000 untuk pos tak sampai 1 meter square dalam kontena. Eh mahal tali dari beruk. Bukan kita nak pos emas atau perak pun. Nak poskan barangan terpakai yang ada sentimental value je pun. Jadi, sebolehnya nak kargo atau courier dengan kos minimum, guna kapal laut pun tak apa asalkan sampai ke muka pintu di Kota Bharu.
Berurusan dengan syarikat-syarikat di Turki ni, seeloknya kita terus deal dengan pekerja yang boleh berbahasa Inggeris. Sebab, kalau tak, sampai ke sudah tak settle urusan. Jadi, awal-awal lagi saya hubungi pihak Aras Kargo dan kargo lain khas untuk international shipping. Sebab, saya assume, mereka yang kerja bahagian international shipping tu boleh cakap BI lah. International kan? Tapi yang peliknya bila saya hubungi PTT (national courier), pihak dorang sampai ke sudah tak cakap BI. Heh.
Aras Kargo ni, website dia pun ada versi Bahasa Inggeris dan boleh request pick up service datang ke rumah. Syarikat kargo lain tak ada, kalau ada pun versi BI dorang banyak yang broken link. Satu usaha yang bagus dibuat oleh Aras Kargo, dan ini sangat saya puji di saat syarikat lain tak berapa beri perhatian kepada BI. Ya lah, kita orang luar ni, walaupun setahun setengah duk sini belum tentu boleh cakap fasih Bahasa Turki, lagi-lagi tak belajar secara formal.
Semua sekali 70 kg barang saya poskan ke Kota Bharu. Tiga kotak. Sebut harga diberikan oleh pihak Aras Cargo customer service ialah, jika pos lebih dari 60 kg, harga per kilo ialah EUR7 atau lebih kurang RM 24 per kilo. Ini sangat berpatutan bagi kos pos standard dan ada tracking number beserta insuran. Jadi, total amount ialah lebih kurang EUR500 je.
Tapi bila staf pick up servis datang rumah, dia cakap harga pos ialah TL4,900 atau EUR1530. Tetiba saya garu kepala. Barang dah pack siap, lagi seminggu nak balik..tetiba dapat harga lain dari yang diberikan pihak HQ customer services. Tapi sebab yakin dan ada bukti sebut harga bertulis melalui email, saya bagi juga dorang punggah bawa ke pejabat pos. Saya cakap kat staf tu, esok saya gi bayar.
Sementara tu, saya hubungi balik HQ customer services dan minta mereka hubungi pihak berkenaan di cawangan untuk sahkan harga dan terus sediakan invoice. Tak sampai sejam dan tiga kali balas email, staf cawangan pun cakap okay dengan sebut harga asal. Fuh, lega. Nasib baik dapat harga asal iaitu EUR500. Kalau tak, menangis nak bayar EUR1530. Lagi rela saya tinggalkan atau sedekahkan je semua barang tu daripada bayar kos tak masuk akal.
Jadi pengajarannya, apa-apa hal kat Turki ni, terus cekau mereka yang boleh berbahasa Inggeris dan pastikan ada bukti bertulis supaya kita tak pening kepala.
Cuma satu saya harap, barang yang saya pos tu tak dikenakan cukai bila sampai Kuala Lumpur nanti. Huhuhu Used personal items je pun.. Bukan barang baru macam karpet hari tu yang kena cukai 20% + GST 6%.
Sesiapa yang ada nak pos barang banyak-banyak ke Malaysia, saya bolehlah rekemen Aras Kargo, tapi sebelum tu anda hubungi dulu pihak khidmat pelanggan mereka bahagian international shipping. Ni email dorang, yurtdisihizmetlermudurlugu@araskargo.com.tr
Sebelum tu, sediakan terus senarai detail item dalam setiap satu kotak untuk diserahkan kepada kakitangan pos Turki dan tampal pada kotak. Pihak kastam Malaysia mungkin akan hubungi kita untuk dapatkan maklumat lanjut seperti salinan passport (keluar dan masuk), resident permit/pass, dan juga surat kenapa kita tak perlu dikenakan cukai. Prepare awal-awal sebab kastam mungkin akan call.
Kalau kawan saya dari Turki nak pos barang ke Malaysia macamana
Assalamua’laikum. Kalau saya nak beli barang dari Turki (jubah, dress, skirt, blouse) macam mana ye? BTW saya dari Malaysia, nak import dari Turki
Boleh baca dalam post di atas sebab dah bagi alamat email dah kalau nak guna Aras Kargo.
Saya nak tnya kwan sy Dari turki Ada pos brang kita sebagi penerima kena byar ke cukai.. Cth dia bgi barg handbeg,kasut, emas kena byr cukai smpai rm1200 ke
karpet sure kena bayar cukai, emas pun. apa2 barang yg nilai lebih dr rm500, kena bayar cukai (kecuali brg yg dah guna). buat surat sikit dan senarai barang2 tu email pada kastam atau mereka yg hubungi mintak cukai tu
Salam kawan saya dari turki nk pos barang , nk tanya kalau brg tu sampai btl btl kt alamat yang kita bagi ke camne ?
Lps tu ade bayaran ke dkt penghantar lps brg tu sampai ?
Dan alamat rumah dearah negeri dan perlu tulis ke malaysia kt alamat tu ?
betul lah sampai ke alamat penerima, kena letak alamat betul2 dan nombor telefon. tulis elok2 kat kotak.
sepatutnya tak ada bayaran tambahan bila barang dah sampai, kecuali cukai barangan tertentu seperti barang2 baru yang bernilai lebih RM 500, atau barang yg memang dikenakan cukai seperti karpet dan sebagainya.
Salam kawan saya dari turki nk pos barang , nk tanya kalau brg tu sampai btl btl kt alamat yang kita bagi ke camne ?
Lps tu ade bayaran ke dkt penghantar lps brg tu sampai ?
Hai sis, nak tanya biasanya charge berapa
kalau nak post barang dari turkey ke malaysia?
Assalamualaikum Siti, Brg2 siti yg guna Aras Cargo ni sampai dalam berapa hari di Malaysia? €500 tu semua sekali ke? No extra charge kat msia?
Akak nak cuba guna Aras Cargo ni if ok. Akak akan balik Msia by end of this year. So now tengah survey the price. Kalau quatation yg dapat2 tak berbaloi, I’m thinking nak guna air freight ni aje & will let go apa2 brg yg tak perlu macam siti juga. Need ur reply… tq.
Lebih kurang seminggu je sampai ke Kuala Lumpur pastu kastam cek (ambil masa seminggu juga). Dua minggu lebih kurang, barang sampai ke rumah di KB. Tak ada extra charge di Malaysia. Kak Azie kena sediakan senarai barang pastu tampal kat kotak untuk rujukan kastam, termasuk juga surat cakap kita pindah dari Turki. Kalau tak nanti kena cukai nak masuk Malaysia tu. Kalau tak ada senarai dan surat tu, pihak kastam akan hubungi kita untuk caj cukai.
Btw, nak kirim Kopi Mehmet Efendi Kuru Kahveci boleh? 🙂
Ok. Noted.. Akan cuba guna Aras Cargo as last solution. Office my husband try cari quotation dr lain juga. And I will compare nanti. Tqvm for detail & quick reply.
Kopi Mehmet Effendi? Boleh. Nanti email kak azie. Bagitau kat mana boleh dapatkan kopi tu ye sbb kak azie xtahu sgt tentang kopi turkey & tak minum pun kopi turkey😆😆😆.
Salam sis can i have your fon number? I have some problem regarding shipping things from turkey(ist) to malaysia(kul) -sakinah samad (019-6490***)
Tq for your cooperation.
Salam kak, boleh x beri email international shipping dia ? Sbb email kat ats tu mcm tak berapa jelas .. ☺️
Dah betul dah tu alamat email yg saya guna. Tak pasti pulak kalu dia ada alamat email lain. Cuba hubungi dulu yg tu, pastu kalau tak de maklum balas, hubungi mereka melalui Facebook pulak. Diharap membantu.
Bagus juga customer service dia ya,kalau tak jenuh nak bayar lebihan harga tu
Murah .
Selamat kembali ke Tanahair . ..make nasi berlauk doh ko ?
pehh..
murah gila hantar barang dari turki.
ko bawa balik apa banyak kotak nih.
Entah aku pun tak tau apa benda aku pos, Titan. Tup tup jadi dekat 70 kg. Tapi kebanyakannya pakaian lah. Selebihnya mesin kopi dan periuk. Sayang nak tinggalkan sbb beli yg good quality punya. Huhu
Bagus explanation di atas. Boleh bagi saya idea macamana saya nak ship barang2 saya nanti.. buat masa skrg saya belum survey lagi mana2 company lagi. Kami akan balik hujung tahun ini.
Maaf saya nak tanya. Barang2 tu di hantar dengan kapal laut atau kapal terbang…
Di Turki ni memang susah betul nak cari yg pandai berbahasa inggeris. Kalau kedai2 tepi jalan saya tak kisah sangat kalu tak pandai english.. tapi kedai2 besar pun susah nak cari…
Barang tu hantar guna kapal terbang.. dia guna DHL bila dah keluar Turki.
Ok. Tq for quick reply. Oklah harga kalau guna kapalterbang.
Rasanya semua shipping guna courier di Turki ni dorang guna kapal terbang, tak jumpa lagi yg guna kapal laut kecuali kita sewa kontena.
Ok. Noted.
Barang2 saya tak banyak kali ni. Biasa sebelum2 ni saya ambik kontena sbb byk brg & juga kereta.
Saya asalnya plan nak sewa kontena kak, tapi macam gila-gila quotation tak masuk akal. Sudahnya saya tinggalkan je perabot dsb kat sini. Tak berbaloi nak kargo kapal.
turki ke Malaysia dengan harga macam tu, boleh kira berbaloi dan murah jugak tu.
Yup, sangat murah. Pos hari jumaat, hari Isnin barang dah sampai KL. Sama laju dgn pos barang antara semenanjung Malaysia. hehe