Selama Tesco Kota Bharu beroperasi ni, baru seminggu dua ni je saya tahu kat food court situ ada kedai ABC yang sedap dan murah. Kenapalah dulu-dulu tak tau pun. Sejak dah tahu ni, dah dua kali saya melepak makan ABC situ sensorang lepas shopping barang dapur. Lepak sensorang je lah sebab tak bawa baby. Bila… [read more]
Lepas booking kabinet dapur, daftar elektrik dengan TNB pula
Ini lagi satu benda baru yang saya belajar bila nak duduk rumah. Maklumlah, saya ni kan budak hingusan, tak macam orang lain yang dah ada beberapa buah rumah pada usia macam ni. Plan kami nak duduk rumah ni kalau boleh secepat mungkin. Sebab, kat situ nantilah “small office home office” kami yang tak seberapa tu… [read more]
Misi kabinet dapur stainless steel
Sudah beberapa hari saya tiba di Kota Bharu. Dua hari pertama tak ada apa nak dibuat selain bersembang dan berehat dengan umi abah, lagipun badan terkejut dengan cuaca panas membahang di Kota Bharu yang khabarnya, masuk hari ini sudah 37 hari tak terima hujan. Seperti biasa, mula-mula sampai memang akan dapat selesema dulu barang sehari… [read more]
“Kota Bharu Old Town” – Kenapalah tidak dikomersilkan kawasan ini?
Saya terjumpa gambar ini dari perkongsian di Facebook page Persatuan Pencinta Sejarah Kelantan. Ini kawasan yang selalu saya lalu terutama jika nak elak trafik jam di sekitar kawasan Masjid Muhammadi. Memang nostalgia habislah bila lalu sini. Rumah-rumah kedai di sini masih dalam kondisi baik, berusia puluhan tahun dan tak berubah, tak macam di kawasan lain… [read more]
Pantai Senok, Kelantan.. Senok sengoti
Pantai Senok di Tawang, Kelantan ni rupanya dekat je dengan rumah saya. Sekitar 14 km sahaja. Cuma baru je tahu pasal pantai ni mungkin hasil dari shooting video Dari New Castle ke Lundang (video promosi Malaysia Airlines) yang agak viral tu. Pantai ni cantik. Mana-mana pantai pun cantik jika pandai jaga. Kat sini juga ada… [read more]
Pengalaman buat laparoscopic surgery untuk endometriosis
Lama blog ni tak berupdate. Dah balik sampai ke Turki baru nak update. Sebenarnya, minggu kedua saya di Kelantan, ada jalani laparoscopic surgery untuk endometriosis, jadi ni saya baru lepas pantang lepas pembedahan lah. Pembedahan selama tiga jam di KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu oleh Dr. Awang Nila. Sungguh saya puji pakar sakit puan nan… [read more]
Beli borong buah murah di Kota Bharu
Minggu ni sampai bulan June saya Di Kot Bharu. Ada dua tiga perkara perlu diselesaikan. Saya dan hubby bertolak dari Sakarya ke Ataturk Airport jam 7 pagi hari Sabtu dan tiba di Kota Bharu jam 11.50 am hari Ahad. Kami berpisah di bahagian imigresen di airport. Kesiam jugak balik sorang-sorang dan tinggalkan dia sorang-sorang di… [read more]
Dari Melaka ke Kelantan dengan Malindo Air
Salam semua…hari ni saya akan pulang ke Kelantan sekejap untuk melepaskan rindu kepada keluarga di sana. Hari ni saya bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dengan menaiki Malindo Air. Laluan Melaka-Kota Bharu merupakan antara laluan baru yang diperkenalkan oleh syarikat penerbangan Indonesia ini. Saya memilih menaiki penerbangan dari sini sebab ia terletak 1 jam setengah dari university saya berbanding KLIA DAN KLIA2 yang… [read more]
Malindo Air kini terbang dari Kota Bharu ke Ipoh
Haa! Berita baik untuk orang Kota Bharu macam saya. Malindo Air sekarang ada laluan baru iaitu dari Kota Bharu ke Ipoh. Bagus, ini satu perkembangan yang baik. Maklumlah, bukan senang nak memandu ke Ipoh dari Kota Bharu sebab jalannya berbukit-bukit, sempit dan bersimpang siur. Bila ada laluan baru ni, tak payah susah-susah lagi nak kena… [read more]
Banjir lagi.
Punyalah lebat hujan malam tadi. Lebat yang amat. Dalam jam 10 pagi barulah hujan beransur serik. Ni, sekarang ni, kembali hujan. Memang kawasan ni bila dah hujan tak henti-henti, sekejap je banjir. Dan banjir ni bukan sebab apa pun. Cuma sebab air bertakung dari sistem pengaliran tak efisyen. Dah hampir 30 tahun saya duduk di… [read more]