• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Travel Gear / Kenapa kena bawa first aid kit semasa melancong?

Kenapa kena bawa first aid kit semasa melancong?

01/09/2015 By Travelog.my 3 Comments

barang semasa melancong

First aid kit memang saya akan bawa setiap kali ke mana-mana,  hatta dalam Malaysia sekalipun. Sebabnya, kita tak tau apa nak jadi. Dan sedikit masalah kesihatan pun boleh ganggu keseluruhan trip. Lagi susah, masa kita nak benda tu lah farmasi tutup, atau tak jumpa cari farmasi, atau orang farmasi tak faham Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris (paling ketara bila ke negara yang tak kisah pun dengan bahasa asing).

Saya ingat lagi pengalaman masa mula-mula didiagnos endometriosis di Turki. Komunikasi dengan doktor sakit puan dibantu anaknya sebagai penterjemah (ini doktor pakar ranking top 20 untuk O&G di Turki). Nasib baik anaknya pandai Bahasa Inggeris.. Kalau tak lagilah susah. Mana nak cekau interpreter? Dan kos interpreter bukan murah. Di Malaysia pun dalam RM200-300 per jam.

Sebelum itu, demam selesema yang agak teruk dan bila ke farmasi, kena guna Google Translate apps untuk terjemahan. Susah. Masa tu memang lah naik frust pun ada. Sebabnya nak beli ubat selesema dan sakit tekak je pun. Masa ni ubat selesema yang saya bawa dari Malaysia dah habis. Bawa pun tak banyak. Okaylah dipendekkan cerita, sebenarnya nak cakap pentingnya bawa ubat-ubatan sendiri secukupnya sebelum ke mana-mana. Yang susahnya, di sini farmasi tak tulis siap-siap dos yang perlu diambil. Dia cuma pesan dua biji. Saya faham dua biji sekali makan. Rupanya dua biji sehari (sebiji dua kali sehari dalam bahasa kita). Akibatnya, overdose dan mengalami double vision, menggigil selama beberapa minit.  Saya minum air sebanyak mungkin dan muntahkan balik apa yang ada dalam perut. Lepas tu baru berhenti menggigil dan double vision. I learn it in hard way.

Pek ubat-ubatan secukupnya

Contohnya, jika nak melancong selama 10 hari. Bawa bekalan untuk maksimum 12-13 hari just in case ada unexpected event. Bawa lebih sikit. Bawalah ubat-ubatan yang sudah dipreskrisi oleh doktor anda.

Bawa ubatan asas

Selain itu, ubat-ubatan seperti paracetamol, ubat cirit-birit, ubat selesema, ubat luka, pembalut luka serta ubat sakit tekak amat penting. Saya selalu dapat demam atau selesema sebaik tiba di mana-mana negara yang beza suhunya sangat ketara dengan Malaysia. Kalau tak demam pun, hidung tersumbat lah, berair hidung lah, selesema ringan la…selalu memang ada. Ditambah pula kalau trip tu penuh dengan aktiviti yang guna tenaga seperti trekking di Tokatli Canyon. Lepas habis trekking tu terus rasa nak demam. Jadi terus ambil paracetamol supaya tak berlarutan.

Bawa preskripsi ubat

Sesetengah negara ada kawalan terhadap ubat-ubatan yang nak dibawa masuk. Biasanya ubat tidur, ubat depression dan seumpamanya perlukan preskripsi. Jadi semoleknya sediakan preskripsi ubat dan tunjuk jika diminta (di kastam di airport). Jika nak bawa ubat-ubatan begitu, make sure anda faham apa yang anda bawa. Takut nanti ditanya kastam, anda tak boleh jawab. Tak pepasal tersangkut bersoal jawab di airport. Nauzubillah. Letak semua ubat dalam hand carry dan bawa bersama ke dalam kapal terbang.

Letak nota kecil dalam bekas ubat

Nota seperti nombor siapa yang perlu dihubungi jika berlaku kecemasan juga amat penting. Mungkin boleh letak nombor rakan yang bersama anda dalam trip tersebut, nombor kedutaan, ataupun nombor telefon hotel. Tulis dalam Bahasa Inggeris dan bahasa tempatan.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Travel Gear, Travel Topic

Comments

  1. titan says

    12/09/2015 at 7:31 am

    memang biasanya aku bawa kalau gi jenjalan lebih dari 3 hari.

    maklumlah..kita aje yang faham situasi badan sendiri. hoho..

    Reply
  2. rahimah says

    02/09/2015 at 4:01 am

    Saya tak pernah bawak ubat pergi mana-mana. Bajet sihat memanjang he he. Tapi kalau demam ke apa ke travel partner memang bawak so boleh la ambik dia punya just in case demam atau batuk.

    Reply
    • Travelog.my says

      02/09/2015 at 1:23 pm

      Untung ada travel partner dah sediakan. Cam saya ni, kena sediakan sendiri sebab nanti partner saya nak pau saya hahaha

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in