• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Amerika Syarikat / Cara mohon visa ke Amerika Syarikat

Cara mohon visa ke Amerika Syarikat

25/11/2013 By Travelog.my 16 Comments

Sudah menjadi syarat kepada semua warganegara Malaysia untuk mohon visa sebelum dibenarkan masuk ke Amerika Syarikat.

Cara mohon visa ke Amerika Syarikat sebenarnya mudah sahaja, cuma kena ikut prosedur yang ditetapkan.

Cara mohon visa ke Amerika Syarikat USA

Berikut saya kongsikan cara mohon visa ke USA:

  1. Pertama sekali kena sediakan gambar berlatar belakang putih dengan saiz 50mm X 50mm. Bagi yang perempuan kena pakai tudung warna hitam, bagi nampak semua keseluruhan wajah termasuklah kening. Kalau anda jenis tak bertudung, tak perlu pakai la.
  2. Isi borang DS-160 di https://ceac.state.gov/genniv/ , panduan isi borang boleh baca di http://cdn.ustraveldocs.com/my/my-niv-visaapply.asp
  3. Save borang dan print application. Yang tu simpan dan kena bawa untuk interview di Kedutaan Amerika Syarikat di Ampang.
  4. Bayar application fees. Baca dahulu cara bayaran visa ini di sini. Yang ni kalau tak bayar, tak boleh set up appointment. Untuk visa B1/B2, jumlah fee ialah USD160, kena bayar di Standard Chartered Bank. Jika kawasan anda tiada Standard Chartered Bank, anda boleh wakilkan (berserta salinan passport yang jelas) kepada sesiapa sahaja untuk bayarkannya. Dalam kes saya, kakak saya yang tolong bayarkan di cawangan Bangi, Selangor. Lepas bayar, akan diberikan satu Unique ID pada resit bayaran. Tetapi perlu ingat, slip bayaran hendaklah anda print pada hari yang sama anda nak ke bank.
  5. Menggunakan Unique ID yang diberikan tadi, maka barulah anda boleh set appointment untuk temuduga visa.

Semasa temuduga visa

  • Pastikan anda bawa slip (lihat no. 3 di atas), passport dan mana-mana dokumen bagi menyokong kewangan anda, atau dokumen yang menyokong bahawa anda akan kembali ke Malaysia. Ini termasuklah geran tanah, geran kereta, penyata bank dan seumpamanya
  • Makan kenyang-kenyang sebelum pergi temuduga, bawa majalah atau buku supaya anda tidak bosan. Ini kerana, tempoh menunggu ialah agak lama. Dalam kes saya, saya hadir pada jam 9 pagi dan menunggu 3 jam sebelum dipanggil. Telefon, tablet dan seumpamanya tidak dibenarkan dibawa masuk ke kawasaan kedutaan. Nak tak nak, bawalah sesuatu yang boleh dibaca sepanjang tempoh menunggu.

Semasa dipanggil untuk temuduga, anda akan ditanya pelbagai soalan. Jawab je dengan konfiden. Secara keseluruhannya, anda kena yakinkan mereka yang anda akan balik ke Malaysia semula.

Tip: Saya dimaklumkan, visa lebih sukar diberi kepada mereka yang mempunyai keluarga di Amerika Syarikat. Ini kerana mereka tidak mahu anda berpindah ke sana. Jadi, jika anda bercadang menziarahi keluarga (macam saya), jawab sahaja soalan dan pastikan anda maklumkan mereka yg anda akan balik.

Dalam kes saya, saya berkahwin dengan warga Amerika Syarikat. Awalnya saya fikir, permohonan saya lebih mudah. Saya salah, sekian banyak soalan ditanya berkisar kerja-kerja saya di Malaysia dan apa yang akan saya buat di sana, berapa lama saya ke sana, perniagaan saya di Malaysia, keluarga saya di Malaysia dan macam-macam lagi. Yang saya buat, saya yakinkan mereka yang saya akan balik ke sini.

Alhamdulillah, saya diberikan visa B1/B2 yang valid untuk tempoh sepuluh tahun.

Keputusan berjaya atau tidak akan diberitahu pada waktu temuduga tersebut. Passport akan diposkan berserta visa ke alamat yang anda berikan.

Nota: Ada orang cakap, orang nama Muhammad, Mohd, dan seumpamanya akan sukar diluluskan permohonan masuk ke US. Samada betul atau tidak, saya tidak pasti. Tapi pernah beberapa kali saya terbaca post rakan-rakan travel yang mana, keputusan permohonan visa mereka ditangguhkan sehingga sebulan. Atas alasan nama bermula dengan Muhammad, maka background check di buat terlebih dahulu di pihak kedutaan.

Jadi saya cadangkan, jika anda bercadang melancong ke Amerika Syarikat, mohon visa awal-awal supaya anda dapat plan perjalanan anda dengan baik.

Anda tak perlu beli tiket sebelum mohon visa.

Related Posts

  • Hello New York!Hello New York!
  • Airport Security UK, USA: Pastikan Handphone/Gajet Anda ON Atau Tak Boleh LepasAirport Security UK, USA: Pastikan Handphone/Gajet Anda ON Atau Tak Boleh Lepas
  • Melancong ke USA – Berapa Banyak Anda Kena Bagi Tip Pada Pelayan Restoren?Melancong ke USA – Berapa Banyak Anda Kena Bagi Tip Pada Pelayan Restoren?
  • Worth the stop, TennesseeWorth the stop, Tennessee
  • 10 perkara yang anda perlu tahu sebelum melancong ke Amerika Syarikat10 perkara yang anda perlu tahu sebelum melancong ke Amerika Syarikat
  • 2700 km dan tiada satu pun kemalangan2700 km dan tiada satu pun kemalangan
  • Pusing Oahu, Hawaii dengan Waikiki Trolley Unlimited PassPusing Oahu, Hawaii dengan Waikiki Trolley Unlimited Pass
  • Penerbangan Murah dari Kuala Lumpur ke Amerika SyarikatPenerbangan Murah dari Kuala Lumpur ke Amerika Syarikat
  • Menjelang pelancaran Orion di NASA Kennedy Space CenterMenjelang pelancaran Orion di NASA Kennedy Space Center
  • Krismas di Orlando. Ini Pertama Kali Saya Tengok Pokok Krismas SebenarKrismas di Orlando. Ini Pertama Kali Saya Tengok Pokok Krismas Sebenar

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Amerika Syarikat, New York, Visa

Comments

  1. Naramas Aman says

    28/06/2019 at 12:52 am

    Info yang sangat berguna.

    Reply
  2. MISLIYANA says

    24/10/2017 at 7:38 am

    saya dah pun buat permohonan visa ke usa. tapi nama suami ada muhammad. yang kedua, saya ada keluarga disana. ketiga, tarikh arrival terlalu dekat dgn tarikh permohonan. ad masalah ke untuk saya nanti?

    Reply
  3. mohd sha says

    25/06/2017 at 4:56 pm

    saya merancang untuk melawat USA, tetapi nama saya ada Mohd, sangat menyedihkan jika permohonan Visa saya ditolak atas alasan nama saya ada Mohd. soalan saya, untuk memohon Visa USA kena buat payment terlebih dahulu sebelum interview. sekiranya gagal permohonan Visa tidak lulus, adakah wang akan dikembalikan?

    Reply
    • Travelog.my says

      02/07/2017 at 8:32 pm

      Insyaallah okay je

      Reply
    • Travelog.my says

      02/07/2017 at 8:33 pm

      Wang tak dikembalikan

      Reply
  4. Sam says

    28/12/2016 at 3:56 am

    Hi salam, info yang sangat menarik. Sy ada soalan yang mana saya nak melancong ke usa. Sebelum ni saya ada baca dekat ustraveldoc bhwa visa boleh dibayar di branch maybank. Soalan saya kalau nak byr visa fee $160 ,kepada siapa penerima dia . Melalui yg saya baca,perlu dibayar kepada envo bpo services sdn bhd .Tapi staff maybank suruh saya make sure dulu betul ke tidak. Boleh beri cadangan kepada siapa penerima usa fee.

    Reply
    • Travelog.my says

      28/12/2016 at 4:13 am

      Masa dapatkan appointment untuk ke kedutaan tu kan ada dia bagi detail payment semua sekali. Appointment dah buat ke belum ya?

      Reply
      • Sam says

        28/12/2016 at 4:48 am

        Belum lg , sbb melalui yg sy baca dia kena bayar visa dulu baru boleh setkan appointment . Sy pun confius

        Reply
        • Travelog.my says

          28/12/2016 at 3:35 pm

          Tak apa la kak. Terus pergi ke laman web mereka kemudian ikut step by step apa yang dinyatakan di situ sebab undang2/steps mungkin berubah.

          Reply
  5. malaysia sentral says

    09/10/2016 at 10:55 am

    hmmm…tunggu malaysia buat mou ngan us lah dulu..

    Reply
  6. nadhrah says

    07/02/2016 at 5:45 am

    Salam. Masa isi profile untuk apply visa tu, kalau dalam passport ada “binti” atau “bin”, nk letak as First name atau Last name?

    Reply
    • Travelog.my says

      07/02/2016 at 3:48 pm

      Yg penting last name tu nama bapa anda.

      Reply
  7. Zul says

    24/11/2014 at 11:05 pm

    terima kasih atas perkongsian ini..memang sy bookmark utk panduan masa depan…

    Reply
  8. diyanarazim says

    21/09/2014 at 12:55 am

    Info menarik Dan mudah difahami.
    Tq

    Reply

Trackbacks

  1. India Perkenal Visa-On-Arrival (VOA) Kepada 180 Negara Termasuk Malaysia | Travelog.my says:
    08/02/2014 at 7:23 am

    […] dapat visa on arrival. Untung orang Malaysia ni, ke Jepun tak perlu mohon visa dah. Saya tunggu Amerika Syarikat pula bagi visa on arrival (VOA) kepada orang Malaysia […]

    Reply
  2. Melancong ke Jepun – Hari 3, Akihabara | Travelog.my says:
    27/01/2014 at 1:06 pm

    […] menari ni cukup-cukup memenatkan. Dan esok perjalanan kami akan bersambung ke New York, seterusnya ke Orlando di Amerika Syarikat. Perlu balik tidur dan siapkan diri untuk perjalanan […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 149 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact