Saya rasa majoriti pembaca blog saya tahu apa itu Agoda. Bagi yang tak tahu, boleh terus ke website Agoda dan anda akan terus faham fungsi Agoda. Website Agoda agak popular di Malaysia ni, dan saya rasa seluruh dunia la sebab ia merupakan website booking yang sudah well established.
Ada beberapa cara yang anda boleh buat untuk booking hotel lebih murah di Agoda. Antaranya:
- Selalunya hari Rabu, ada additional discount bagi pemegang kad Visa. Biasanya sekitar 10% macam tu. 10% sebenarnya agak banyak terutamanya jika hotel kita book tu harga sekitar RM300 per night. 10% additional discount dah dapat kurang RM30 kan?
- Anda akan dapat reward points di Agoda. Point boleh dikumpul dari jumlah yang anda dah belanjakan, review hotel yang anda dah duduk. Satu review hotel boleh dapat 500 point. Saya pernah guna point terkumpul untuk tukar dengan duit, jadi point tu boleh guna untuk next booking dan dapat diskaun lagi.
- Lagi satu yang tak berapa ramai orang tahu ialah, Agoda Secret Deal.
Apa itu Agoda Secret Deal?
Melalui Agoda Secret Deal, anda akan dapat book hotel dengan harga lebih rendah di website Agoda. Nama hotel ni anda tak akan tahu lebih awal. Dah nama pun secret kan? Nama hotel hanya akan didedahkan selepas anda booking. Suspen betul 😉
Anda boleh dapat Agoda Secret Deal lepas anda search hotel di sesuatu tempat. Dalam contoh ni, saya buat Tokyo, Jepun. Hasil carian dalam Agoda, kita boleh sort mengikut price, star dan Secret Deal.
Dulu, saya tak pernah book Agoda Secret Deals sebab tak tahu hotel apa dan lokasi mana. Ya lah, karang dah bayar tapi tak berkenan pula.
Sebenarnya, anda boleh tahu nama hotel yang dirahsiakan ni. Kena trick sikit je. Iaitu dengan beri perhatian kepada rating review, lokasi, taraf bintang, dan jumlah review.
Kemudian, anda kembali kepada muka surat hasil carian hotel di Tokyo tadi.
Melalui fungsi filter di sebelah kiri website Agoda, tandakan bahagian bintang, lokasi (dalam contoh ni Haneda Airport). Kemudian anda akan dipaparkan deretan hasil carian.
Jadi, sekarang anda dah kenal pasti, hotel yang dirahsiakan dalam senarai Agoda Secret Deals tadi ialah Sotetsu Fresa Inn Tokyo-Kamata, dan harganya ialah USD83. Website yang sama iaitu Agoda, tapi dalam page yang lain (page Agoda Secret Deals) anda boleh dapat dengan harga USD71.
Itu je lah dulu ya. Semoga bermanfaat. Nanti ada tip lain saya kongsi lagi.
mcmana kita nak tau ada 10% untuk utk pemegang visa pd hari rabu?
sebab x nampak total amount dikurangkan
Cek email utk tahu promosi, kena subscribe newsletter dia
Tip yang sangat berguna. terima kasih.
senang nak tempah hotel kalau dah ada panduannya.
Lagi best sebab dapat lagi murah 🙂
hoho..siap ada trik lagi citenya tu.
seronok bila dapat harga yang memuaskan hati kan
Info yang bagus! Tq tq… subscribe agoda tapi tak pernah beli guna secret deal nih
Kena buat nota kecil ni. Takut lupa.
Bookmark kak mahh 🙂 Hehe
Assalamualaikum,
Hi Siti,
Ade tak tips nak flight murah ke Turkey this Fall 2015 ?
Hari hari teringat Turkey, nak repeat trip ke Istanbul jer… dlm 2-3hari.
Ade tempat tak pegi hari tuh… huhuhuhu.. tuh yg teringat-ingat tuh.
Lin
IG; @linampang
Umm…Beli tiket waktu weekdays terbang weekdays..selalu godek-godek tiket dlm Google Flights. Tiket paling murah ditandakan warna hijau
Macam mana ye nak redeem Agoda Point tu.
Saya dok godek website Agoda tak jumpa tempat yg bgtau Point kita berapa dan redemption.
Banyak kali jugak sy guna Agoda dan kasi review hotel.
Bila cukup point, ia keluar secara automatic masa kita nak buat pembayaran. Jumlah point kita dinyatakan di my account > my rewards