• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Personal / Cara beli nombor kereta plat khas macam nombor Q, Y, U, QQ

Cara beli nombor kereta plat khas macam nombor Q, Y, U, QQ

22/02/2019 By Travelog.my 11 Comments

Baru-baru ni Perodua ada lancarkan model barunya, iaitu Perodua Aruz. Atas faktor keperluan, kami pun buat keputusan untuk upgrade Myvi kami yang berusia hampir 9 tahun kepada Aruz X.

Jadi, dalam proses nak beli kereta baru tu..saya berkenan dengan plat khas seperti X, Q, dan juga E.

Sebenarnya, dari kecil lagi saya berkenan dengan nombor kereta plat berhuruf single. Dan selalunya, ia mahal harganya sebab ia unik dan jarang dijumpai.

Cuma akhir-akhir ini, ada banyak plat khas dijual atau dibuka untuk bidaan. Sebelum itu, saya kena bagitahu dulu, bermula tahun ini, sudah tiada lagi plat khas baru sebab Menteri Pengangkutan yang baru tak bagi buat lagi dah, sebab pendapatan jualan tak menguntungkan pihak JPJ katanya.

Mana yang ada di pasaran sekarang, ialah mana yang dah dijual sejak tahun lepas.

Disebabkan tak jumpa maklumat pasal pendaftaran nombor plat khas ni, saya rasa eloklah saya kongsikan dengan pembaca saya.

Cara beli nombor plat khas

Ada banyak nombor plat khas dijual di pasaran. Antaranya QQ, Q, YY, UUU, E, Patriot, Malaysia, 1M4U dan sebagainya lagi. Jika anda berkenan nak beli, boleh cari mana-mana agen nombor plat di Facebook. Selalunya, nombor-nombor yang cantik-cantik ni boleh dibeli dengan agen plat, sebab awal-awal lagi dorang dah rembat.

Kalau nombor yang anda nak tu nombor biasa-biasa, yang tak rare, boleh cek availability di laman web penjual masing-masing. Pergi ke Google dan carilah website tersebut, antaranya QPlateseries dan lain-lain. Saya tak letak link kat sini sebab saya tak jual.

Jika awal-awal nombor plat khas tu dijual di pasaran, anda kena bid. Harga bid tu faham-fahamlah, selalunya mahal. Terutamanya single digit.

Selepas tempoh bidaan tamat, laman web plat khas selalunya akan buat direct selling di website masing-masing. Harga plat khas berbeza berdasarkan kecantikan nombor tersebut. Contohnya, plat QQ 4004 dijual pada harga RM 4,000. Manakala plat QQ 4046 dijual pada harga RM 300.

Kalau anda jumpa nombor yang berkenan pada website tersebut, terus klik buy dan buat bayaran. Nanti dorang akan poskan satu “Surat” dan “Resit”. Bila dah terima surat dan resit tersebut, bawalah kepada salesman kereta anda untuk urusan pendaftaran.

Daftar di JPJ Wangsa Maju

Kalau anda beli dengan agen-agen plat, mereka mungkin akan uruskan pendaftaran. Atau, bawa surat dan resit asal tadi dan berikan pada salesman kereta. Tapi bukan free ya, sebab ini kena upah orang buat kecuali anda nak pergi sendiri ke JPJ Wangsa Maju. Macam saya ni duduk di Kota Bharu, memang kena cari runner lah. Saya bagi surat dan resit tu pada salesman, salesman bagi pada runner dan kos upah ialah RM 150.

Dalam masa seminggu, boleh bawa keluar kereta (dengan syarat kereta anda nak beli tu ready stock).

Beli nombor plat khas, tapi kereta/motorsikal belum sampai stok

Nombor plat khas yang dibeli mesti didaftarkan dalam tempoh 3 bulan. Tapi, kalau kereta atau motorsikal yang anda nak beli tu belum ada stok, anda boleh extend maksimum 2x. Jadi bolehlah simpan sampai 9 bulan. Kalau tak guna juga, nanti expired dan tak boleh renew dah.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Personal

Comments

  1. Amirul arlis says

    24/08/2019 at 8:32 am

    Salam. Masa di JPJ untuk proses ada apa apa bayaran tak?

    Reply
  2. muhammad nur faizi bin noordin says

    24/07/2019 at 8:00 pm

    Salam sejahtera, nk tanya, document ape yg diperlukan utk daftar di jpj wangsa maju ye jika beli no plat E ini.. terima kasih

    Reply
  3. ayiz says

    20/07/2019 at 3:25 pm

    boleh tahu tak guna website or agent mana ?

    Reply
  4. Ahmad says

    14/06/2019 at 7:56 am

    Salam,

    Sy dah beli no plat melalui agent kt fb,
    Dia kata kena bwk surat n reg kt JPJ wangsa maju utk daftar.
    Boleh tau doc apa yg perlu utk reg

    Reply
    • Travelog.my says

      17/06/2019 at 4:03 pm

      Nanti bagi pada salesman, dia tahu apa yg perlu dibuat 🙂

      Reply
  5. Anas says

    29/05/2019 at 4:49 am

    Salam. Nak tanya macam mana nak extend atau renew no plate E ni ye?

    Expired lagi 2 hari tapi kereta tak dapat lagi.

    Reply
    • Travelog.my says

      17/06/2019 at 4:04 pm

      Aaa, mungkin kena hubungi JPJ utk maklumat lanjut.

      Reply
  6. Zam says

    02/04/2019 at 12:32 pm

    Assalam. Nak tanya ok ke beli melalui online sbb takut scammer..

    Reply
    • Travelog.my says

      13/05/2019 at 5:32 pm

      saya dah beli dan dah guna pun. ok je

      Reply
      • ayie says

        22/08/2019 at 11:59 am

        boleh bagi link agent tak untuk beli no plate E

        Reply
        • Travelog.my says

          03/10/2019 at 7:53 am

          beli direct kat website dia je

          Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in