Kali ni bukan pasal travel, nak cakap pasal benda lain.
Selepas setahun setengah kahwin dengan orang US ni barulah saya tahu budaya ni. Sebelum ni tak tahu pun haha Mungkin berguna untuk anda buat panduan bila ziarah teman atau keluarga di US.
Begini.
Awal-awal kahwin, di Kelantan, adalah kebiasaan saudara mara terdekat akan jemput untuk datang ke rumah masing-masing untuk tujuan berkenal-kenalan. Omputih cakap, couple dinner atau couple lunch. Saya tak tahu di negeri lain ada adat begini atau tak, tapi di Kelantan ia adalah adat kebiasaan. Selalunya pengantin baru akan pergi ke rumah saudara mara dan makan tengah hari atau makan malam bersama-sama. Sambil makan, sambil berborak pasal hal masing-masing.
Dalam banyak-banyak rumah sedara yang kami visit, ada dua buah rumah yang kami pergi, encik suami puji Salsa Sos yang disediakan tuan rumah. Ayatnya begini, “this sauce is so good, you should give me some”. Manakala di rumah lain pula, sambal belacan, ayatnya begini lebih kurang, “this sambal is great, I wish I can bring back home some of it”. Hehe
Jadi di dua-dua rumah tu dia dapat Salsa Sos dan Sambal Belacan untuk dibawa balik. Bila sampai rumah, saya tanya samada dia betul-betul nak sos tu ke, sebab dalam adat kita pelik bila orang minta begitu. Kalau takat Salsa Sos dan Sambal Belacan, saya sendiri pun boleh buat. Responnya, “Just want to be nice”.
Sehinggalah dua tiga hari lepas, parcel kopi Old Town Hazelnut dan fridge magnet yang saya kirim kepada mertua tiba di rumahnya di USA. Kebetulan saudara maranya ada di sana. Lantas ayat yang sama keluar dari mak saudaranya, “We don’t have this coffee here, can’t believe it taste great. You should give me some!”
Terkujat saya mendengarnya. 3 bulan tau nak pos ke USA, itu pun kos pos yang murah. Kalau nak sampai cepat, kena pos pakai udara atau EMS tapi mahal tali dari beruk. Maklumlah, paket dihantar sudah cukup untuk kenduri kopi! Takkan nak lagi. Itu yang saya pelik tu.
So saya pun tanyalah encik hubby. “Is your auntie is serious about that?”
Jawabnya begini, “No honey, it’s like in your culture. You said, nanti kita jumpa lagi. In fact, even if you don’t want to meet them again, you will say that. Or, you said you will call them again in the future – after some times, you don’t even call them. It’s just something nice to say, they don’t mean it”.
Jadi, bila anda ke rumah orang putih atau orang putih datang rumah anda dan memuji sambil minta begitu, tak bermaksud anda kena bagi. Itu adat dia je. Melainkan dia betul-betul minta dalam ayat yang jelas, contohnya “can I have some of this coffee?” Itu memang dia nak.
bagaimana cara nya berkhwin dgn org usa. Boleh share, sbb saya berkenalan dgn seorg turkey muslim born n leave in usa. Dan sy juga divorcee wit 3 kids. Boleh advise. Thank you.
1. Make sure lelaki tersebut sudah cik puan jumpa dan kenal.
2. Dapatkan maklumat daripada kedutaan samada lelaki tersebut sudah berkahwin atau belum.
3. Pergi pejabat agama kawasan cik puan, dan ikut undang2 yang ditetapkan oleh kawasan cik puan tinggal. Mereka ada to do list yang kena cik puan ikuti.
oho..macam tu rupanya..tapi kalau orang kita, kejap tu gak nak bungkuskan..ahaha
tau lama dah. memang ada member amerika pernah cerita. haha..
ok gak la budaya diorang kaaan. jaga hati org gitu…
oooo… mcm tu.. baru tau!
@Farid laham, bukan orang zaman sekarang, tapi memang budayanya begitu.
macam2 karenah orang zaman sekarang..
haha..macam2 karenah orang zaman sekarang..
ooo mcm tu ek….haha bagus gak diorg nih…