• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Cara pek barang dengan lebih bijak untuk melancong

Cara pek barang dengan lebih bijak untuk melancong

01/09/2015 By Travelog.my 7 Comments

Tak ada siapa pun suka heret empat buah luggage untuk melancong ke mana-mana. Saya sendiri pun, kalau boleh nak bawa seminimum mungkin barang semasa melancong. Saya sendiri pun bukannya pandai mana bab packing, tapi setakat ni alhamdulillah, tak pernah lagi lah bawa barang yang tak perlu di bawa. Bawa cukup-cukup sudahlah, sebab saya bukan Che Ta yang nak melaram haha

Ya lah, badan pun kecil. Nak mengangkut dan mengheret luggage ni makan tenaga juga. Lagipun kita tak nak, habis trip nanti separuh baju yang dibawa tak dipakai pun. Pernah alami situasi baju yang dibawa tapi tak sempat pakai pun masa melancong? Juga, yang penting, kita nak sedikit ruang kosong dalam luggage atau bagpack yang dibawa supaya ada ruang untuk letak barangan yang kita beli sepanjang perjalanan.

Bawa barang berbagai fungsi

Sesetengah orang, ada preference masing-masing terutama dalam bab kelengkapan diri. Kalau guna shampoo hotel yang cap ayam tu, terus jadi gatal-gatal kepala. Jadi kena bawa shampoo sendiri. Bagi orang perempuan pula, shampoo dan conditioner tu berpisah tiada. Apa kata bawa shampoo yang juga berfungsi sebagai shampoo dan conditioner. So tak payah bawa dua botol berasingan (shampoo dan conditioner). Contoh lain ialah seperti travel cooker, bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak tapi juga rebus air. Kain sarung atau kain pelikat, selain boleh dipakai dalam bilik hotel ia juga boleh digunakan sebagai tuala, sejadah, ataupun alas tidur – atau dalam keadaan terdesak, boleh jadi beg galas.

Tiga set sahaja

Untuk trip lebih kurang seminggu, petua tiga set ni sesuai diamalkan untuk orang yang rajin basuh baju. Cukup bawa tiga pasang tshirt/kemeja, tiga set tudung, tiga pasang stokin, tiga set bra/panties. Seluar mungkin boleh bawa dua pasang sahaja sebab seluar ni lambat berbau, tak macam baju. Ketiga set ni sepatutnya sesuai dipadankan dengan mana-mana salah satu. Pakai simple-simple dah la. Pakaian ni mesti berkualiti, tahan lasak dan selesa dipakai. Tak nak nanti terkoyak masa tengah travel, sudahnya anda kena beli baju baru. Kenapa tiga set?

1 set untuk dipakai.

1 set untuk dibasuh.

1 set untuk dijemur sampai kering.

Sebolehnya usahakan untuk ringankan/kurangkan barangan

Semasa packing, fikir-fikirkan mana barang yang perlu dibawa atau ditukar dengan barang lain yang fungsinya sama. Contohnya masa melancong musim sejuk, anda boleh pilih antara thermal clothes jenis wool ataupun heattech. Wool tebal dan berat, manakala heattech pula nipis dan ringan. Dua-duanya fungsi sama, bezanya berat dan ringan sahaja.

Buat senarai ‘barang tak perlu dibawa’

Sebenarnya, barang tak perlu dibawa pun kena ada senarai. Apa yang tak perlu dibawa? Saya tak pernah bawa kain sarung telekung. Sebab, saya pakai telekung kepala sahaja dan stokin untuk solat. Tak bawa sejadah pun tak apa. Boleh guna sejadah yang dah disediakan pihak hotel. Atau, boleh guna tuala hotel untuk dijadikan sejadah. Selain tu, barang-barang tak perlu disimpan dalam bekas plastik (toiletries, candies, makanan ringan, dsb). Cuba tukar bekas plastik kepada zip lock bag. Barang kemas tak perlu dibawa. Kasut juga tak perlu bawa tiga empat pasang. Saya bawa sepasang sahaja kasut (boot), yang sesuai dengan musim. Guidebook tebal-tebal tak perlu bawa banyak-banyak. Bawa satu pun cukup. Saya tak pernah bawa satu pun guidebook, sebab semuanya simpan dalam handphone dan buku nota kecil.

Cukup dulu lah buat masa ni. Kalau anda ada nak tambah apa-apa tip, jangan segan untuk tambah di ruangan komen di bawah. Nanti saya update pulak.

Elakkan luggage rosak – tip dari pengendali luggage di airport

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Travel Topic

Comments

  1. Uncle Zuan says

    09/09/2015 at 5:59 pm

    nice. saya pun dah mula praktik backpack yang macam ni.

    Reply
  2. hajarkrecq says

    02/09/2015 at 8:16 pm

    salam kak. akak travel bwk mekap jgk tak? hihihi. ada suggestion tak nak packing brg mekap masuk backpack cmane pulak? huhu

    Reply
    • Travelog.my says

      02/09/2015 at 8:18 pm

      Alamak..maaf la dik. Kak memang tak pakai make up langsung. Hubby tak suka make up, jadi memang langsung tak bawa kecuali lip balm.

      Reply
  3. this is sparta says

    02/09/2015 at 4:37 am

    Susah nak travelling sekarang ni, masa saya muda2 dulu tak perlu bawak gadget banyak2. sekarang gadget banyak kena bawak. tak bawak tak best plak rasa.

    Reply
    • Travelog.my says

      02/09/2015 at 1:42 pm

      Saya pun dah kurangkan bawa gajet. Dulu bawak laptop 1, netbook 1..sekarang bawa netbook sahaja. Sebab kebanyakan dokumen kerja semua simpan dalam onedrive Microsoft. 🙂

      Reply
  4. Saljuhumairah says

    02/09/2015 at 12:31 am

    Duit ringgit malaysia tu tukar siap-siap..huhu…

    Reply
    • Travelog.my says

      02/09/2015 at 1:21 am

      Dah siap tukar dah, tu lebihan yang ada.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in