• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Amerika Syarikat / Banyaknya Tasik Di Florida, Yang Ni Di Belakang Rumah

Banyaknya Tasik Di Florida, Yang Ni Di Belakang Rumah

13/12/2013 By Travelog.my 2 Comments

Sebelum saya datang ke Amerika Syarikat, Florida khususnya, suami duk cakap dah betapa tempatnya cantik dan penuh dengan tasik yang jernih, pokok-pokok menghijau. Masa tu saya tak heran sangat sebab tak dapat gambaran yang tepat. Tapi bila sampai sini, saya takjub dengan keindahan alam semulajadinya.

Sekali naik kereta nak ke mana-mana, kiri kanan jalan memang penuh dengan pokok dan yang menariknya semuanya landai. Tak ada gunung atau bukit pun di Florida ni. 10 kaki tinggi boleh diaggap bukit lah kalau kat sini.

Setiap kawasan perumahan di wajibkan ada tasik, samada tasik buatan mahupun semulajadi. Dan selepas itu, menjadi tanggungjawab orang yang duduk sekitar tu untuk jaga tasik tersebut. Ia akan jadi tasik private di mana orang luar tak boleh masuk main air, memancing kat situ. Ini penting bagi menjaga privasi penghuni setempat, selain mengelakkan banjir.

Ini tasik di belakang rumah mertua kami, nama tasik ni Tasik Pickett atau Lake Pickett. Keluasan tasik ni ialah seluas mata memandang. Subhanallah. Cantik sungguh. Dan setiap rumah yang di tepi tasik pula ada tempat parking bot, jet ski masing-masing. Ada juga mereka yang ada kapal layar.

melancong ke Florida Amerika Syarikat

Kat sini anda bebas untuk memancing, main banana boat, berkayak, knee board ski, ski air ataupun puff boat asalkan kelengkapan itu anda miliki. Tak ada servis untuk sewa benda-benda ni semua kerana ia kawasan private. Sendiri duduk, sendiri beli.

Kami pun sempat lah main air seharian, sambil berkelah dengan jiran yang duk seberang tasik. Bawa makanan sendiri dan ride a boat. Sebelum mula aktiviti, kena tengok cuaca dahulu. Cuaca di sini tak menentu juga. Musim winter macam ni, paling sejuk pun boleh turun sampai 1 celcius. Suhu biasa boleh sebelum winter pula dalam 25 celcius.

melancong ke Florida Amerika Syarikat

melancong ke Florida Amerika Syarikat

melancong ke Florida Amerika Syarikat

Boleh main air sepuas hati, asalkan bot anda ada cukup minyak.

Kalau diperhatikan dalam gambar di atas, pokok-pokok tu semua di panggil Pokok Cyprus. Macam Pokok Bakau kat tempat kita – tapi kat sini tak ada Ketam Nipah macam di Malaysia. Akar pokoknya cukup untuk menakung air dan sesuai untuk habitat buaya atau alligator.

melancong ke Florida Amerika Syarikat

Setakat kami duk main air ni, tak pernah jumpa alligator pun. Tapi saya dimaklumkan, alligator memang sesuatu yang tidak pelik pun di sini. Malah, anda boleh makan daging alligator di hampir kesemua restoren di Florida, Orlando khususnya. Harganya pula tidaklah mahal pun kerana ada banyak ladang alligator khusus untuk supply daging alligator kepada supermarket.

>> Cari hotel di Florida

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Amerika Syarikat, Natural Park, Orlando, Florida, Tasik

Comments

  1. Effa says

    09/12/2014 at 4:13 pm

    Assalamualaikum Siti. Saya suka baca entry Siti. Saya sangat berminat untuk mengetahui tentang Florida. Terutama di kawasan Ganieville, berdekatan dengan University of Florida. terima kasih ye

    Reply

Trackbacks

  1. Florida - Wekiva Spring | Travelog.my says:
    05/02/2014 at 11:35 am

    […] memang ada banyak tasik, sungai, alligator dan khazanah alam. Kat tempat kita lagi banyak, tu tak boleh dibandingkan lagi. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in