Semasa di sini, ada dua hotel yang kami duduki. Hari pertama kami menginap di Hotel Amaris Cihampelas yang letaknya sedikit di pinggir pusat bandar. Memang cara kami, sebelum bertolak kami akan tempah dahulu penginapan secara online di mana-mana hotel (dengan review yang bagus dan harga yang baik). Ini bagi memastikan kami ada tempat tinggal semasa tiba. Ya lah, mana tahu kot-kot semua hotel fully booked, susah juga nak menapak cari hotel lain nanti.
Seperti biasa, tempahan di buat di Agoda.com, harganya lebih murah berbanding harga di kaunter hotel. Bilik kami mengadap jalan besar, berharga RM120 di Agoda atau RM140 harga normal (walk in atau direct booking).
Design hotel ni jenis kontemporari dan minimalis. Tiada ciri-ciri keindonesia-an atau jawa. Standard hotel macam hotel biasa tempat kita. Tiada yang istimewa pun dengan hotel ini. Staff biasa-biasa sahaja, kedudukan yang jauh dari city center. Harga pun bukanlah harga yang cukup best selain bilik yang kecil.
Ada satu meja solek kecil, wifi yang tak berfungsi, lantai tandas yang licin dan perlu berhati-hati semasa berjalan.
Tapi, biliknya cukup bersih. Malah seluruh persekitarannya juga bersih. Itu yang saya kagum sikit dengan hotel ini.
Kalau anda ada kenderaan, tiada masalah dengan hotel ini sebab kawasan parkingnya kelihatan mencukupi. Restoren pula jauh sikit, kena menapak dalam 1 km untuk dapatkan KFC terdekat dan restoren 10 to 10 (sedap jugak lah makanannya). Bukan tiada restoren lain, tapi lebih kepada restoren Jepun dan bar yang saya tidak pasti tahap halalnya atau haramnya.
Btw, will I recommend this hotel? Entahlah labu.
Leave a Reply