Rezeki dapat Baklava dari Gaziantep, dibawa dari Gaziantep oleh pakar bedah jantung yang datang ke Sakarya. Datangnya untuk jumpa dengan rakan kami yang juga seorang kardiologist. Tapi, dah ditakdirkan rezeki kami rupanya Baklava ni. Kalau dah jodoh, tak ke mana kan.
Gaziantep ni di sebelah Tenggara Turki, dan kami belum berkesempatan untuk melancong ke sana. Tapi rasanya, Noridah ET (solo female backpacker) ada ke sana minggu lepas. Nampak macam tempat best juga, doakan kami pun dapat pergi sana satu hari nanti. Tapi memikirkan ianya dekat dengan sempadan Syria, kemungkinan kami tak pergi kot.
Coklat Daim tu saya bawa dari Malaysia. Beli 4 paket di airport KLIA, dapat free 2 paket. Saja bawa untuk dijadikan buah tangan untuk kenalan di sini.
Umm..yummeh. Sedap gila. Manis pulak tu, nasib baik tak ada kencing manis.
Rindunya nak makan…selera Turki.
Beli bahan pah cari resipi untuk masak sendiri la kat rumoh hahah
kebetulan perut saya lagi lapar ni… liat makanan diatas jadi makin lapar….:)
nampak gambar dah rasa nak makan, sedap kuih ni kawan ada pernah bawa balik
kalau beli bawa blk melesia tahan x?
Kat sini saya beli boleh tahan seminggu kalau tak letak dlm peti ais. 🙂
OK..harap nk tapau ni dgn lokum..xsabaq nk p turkey.
suke makan baklava…klu ade meeting di hq jln ampang..alen slalu bli baklava ni kt bwh hotel safari berdekatan dgn ampang point..yummehhhh..
macam sedap aje kueh tu. bak sikit.