• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Bahamas / Bahamas Trip | Berlabuh di Nassau Island

Bahamas Trip | Berlabuh di Nassau Island

01/12/2014 By Travelog.my Leave a Comment

Kapal kami berlabuh di Nassau Island lebih kurang jam 8.30 pagi. Mertua saya terus turun dengan diving buddy beliau untuk pergi menyelam. Ada boat kecil tunggu dia untuk ke tempat menyelam. Saya tak pandai nak cerita lanjut pasal menyelam sebab saya tak ada pengalaman. Berenang pun saya tak pandai, apatah lagi menyelam.

Memandangkan kapal Disney Dream juga berlabuh pada waktu yang sama, saya tengok ramai betul umat manusia yang turun ke port untuk ke Pulau Nassau. Kapal Disney Dream boleh muatkan 4000 penumpang dan 1500 anak kapal. Pulau Nassau nih, at one time, ia boleh menerima sehingga 20,000 pelancong yang turun dari kapal. Tak kira lagi yang datang dengan flight. Fuh, mesti banyak masuk duit kedai-kedai kat port ni (kata saya dalam kepala).

Tengok kat gambar bawah ni, semua tu berjalan nak ke daratan tu. Masa ni, saya breakfast dulu. Tak terus turun sebab sebelum jalan-jalan, perut mesti dikenyangkan dulu. Makan atas kapal dah disediakan percuma (termasuk harga tiket). Jadi tak perlulah nak susahkan dan bazirkan duit dengan makan kat pulau yang harganya sudah tentu mahal. Bila perut dah kenyang, barulah kami turun ke pulau.

malaysia travel blogger bahamas trip 13

Anda boleh sewa bot-bot kecil ni untuk keliling Nassau Island, macam anda ambil boat tour di Sarawak gitu. Saya tak tahu berapa kos sewa bot ni, tapi average rate servis add on yang disediakan ialah tak lebih USD200.

malaysia travel blogger bahamas trip 12

Ini ialah jambatan menghubungkan ke pulau lain. Anda nampak bangunan di bawah, sebelah kiri? Itu ialah Atlantis, Paradise Island yang super duper famous tuh. Saya tak pergi pun situ. Orang cakap, tempat tu ala-ala Genting Highland tapi lagi power.

malaysia travel blogger bahamas trip12

Alkisahnya, kami turun ni sebab nak cari internet.

Sempat ambil gambar laju-laju di sign Bahamas ni.

melancong ke bahamas

Kat atas kapal tu ada internet. Tapi, kosnya ialah USD49 per day. Jadi kami turun ke Nassau Island untuk cari hotspot atau internet yang murah-murah sebab nak emailkan dokumen pelanggan kami. Ada dua pilihan untuk dapat internet murah di Nassau Island ni. Satu, Starbuck. Dua, McDonald’s. Bukan percuma, tapi kena bayar.

melancong ke bahamas 3

Di Starbucks, harganya ialah USD3 per jam.

Di Cyber Cafe dekat port, harganya ialah USD20 per day. Ada juga penyedia lain yang caj 0.10 cent per minit tapi bila sampai depan kedai, ada entrance fee pulak iaitu USD 15. Hehe Berniaga internet di pulau sini nampaknya menguntungkan.

Jadi, baiklah saya beli Latte dan Espresso dan bayar USD3 untuk internet di Starbucks. Dengan USD20, saya dapat 2 cawan kopi dan sejam internet. Saya tak cari McDonald’s dah sebab tak nampak signboard, atau tanda kewujudan McDonald’s berhampiran pelabuhan. Lagipun cuaca agak panas (letaknya di garisan Equador macam Malaysia).

melancong ke bahamas 7

Sebenarnya, sepanjang trip Turki – New York – Philadephia – Orlando – Tennessee – Bahamas – Paris – Istanbul – KL/KB ni, kami tetap bekerja. Sebelah siang kami jalan-jalan. Sebelah malam, kami kerja asalkan ada Microsoft Word, Latex processor dan internet untuk emailkan dokumen pelanggan. Ini bukan cuti-cuti makan angin sepenuhnya, sebaliknya saya suka panggil “WORKATION”. Iaitu, kerja sambil jalan-jalan ala-ala Nomadic Matt hahaha.

Elok je dapat submit dokumen pelanggan, terus saya keluar Starbucks dan jalan-jalan sekitar lingkungan 2km dari port. Tak pergi jauh-jauh pun. Dekat dengan port, pengunjung dijamu dengan nyanyian tradisi Bahamas. Ada servis untuk dandan rambut ala-ala Afrika, dengan kos USD70 per kepala. Gila mahal, orang US pun cakap mahal dan tak nampak pun ada orang beli servis tu.

melancong ke bahamas 11

Statue begini adalah satu kebiasaan di sana. Banyak kedai letak statue ni kat pintu masuk.

melancong ke bahamas 10

melancong ke bahamas 6

Lepas lebih kurang 20 minit jalan-jalan, belum ada lagi yang buat saya tertarik untuk berbelanja walaupun kedai-kedai kat sini punyalah banyak. Samada saya kedekut, atau saya berbelanja secara berhemah.. saya pun tak tahu.

melancong ke bahamas 23

Saya terus jalan-jalan. Sambil ambil gambar. Kat sini nampaknya cukup terpelihara, bersih dan dicat berwarna warni.

Ini semua ialah butik-butik branded item, dan juga butik batu permata dan berlian.

melancong ke bahamas 17

melancong ke bahamas 4

melancong ke bahamas 5

melancong ke bahamas 15

Saya duduk kejap di bangku tepi jalan untuk habiskan Latte. Nampak polis duk tanya tuan kereta yang park kat ruangan teksi. Polis perempuan tu. Senyum-senyum je, nak saman ke tak nak saman?

melancong ke bahamas 12
Nassau Island ni memang famous dengan shopping. Dari barang Made In China sehinggalah kepada batu permata bernilai jutaan ringgit. Betul ke? Betul. Nanti saya tulis dalam blogpost lain pasal shopping di Nassau Island, Bahamas dan kenapa anda kena shopping atau kenapa anda tak kena shopping di sana.

♥ Jumlah keseluruhan dibelanjakan sepanjang di Nassau Island ialah USD20.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Bahamas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in