Di Kota Bharu ni ada satu spa baby, di Aeon Mall. Kat situ ada servis manicure, baby massage, potong rambut baby, dan juga baby float. Setakat ni baru 2 kali kami bawa Orhan gi buat baby float. Satu sesi 30 minit, tapi tak sampai 30 minit pun baby dah penat dah so kita angkat dia keluar.
Elok lepas siap dia main air, pakaikan baju pastu letak atas stroller untuk tidurkan dia. Balik rumah pun sambung tidur lagi sampai ke pagi esok. Punyalah syok dia tidur setiap kali lepas main air, mungkin sebab penat kot.
Kalau anda nak bawa baby ke sana, elok pergi weekday je lah sebab weekend ada ramai orang.
#itsfuntowatch 🙂
pahni, banyak la cite pasal anak eh.
haha
Bestnya Orhan,main air.
Amboi seronok baby ye..