Hari ni ada dua readers yang hubungi saya bertanyakan tentang melancong ke Los Angeles dan New York. Okay, untuk pengetahuan anda saya tak ada pengalaman melancong ke Los Angeles sebab setakat penerbangan yang saya ambil semuanya melalui New York (kerana ianya murah kot). Dan saya tak berfikir pun untuk pergi ke LA buat masa ini. Jauh ~ hoho
Rakan saya, Nelson yang menetap di Long Island, ada cadangkan pada saya untuk ke Ausable Chasm, New York. Letaknya lebih kurang 5 jam memandu dari Manhattan untuk sampai ke sana. Cadangan tu dia bagi jika saya nak ke New York pada September. Malangnya, saya ke sana pada akhir Oktober nanti dan masa tu aktiviti kat situ dah berkurang dan tak da banyak benda pun boleh buat. In case jika anda nak melancong ke New York dalam masa terdekat, mungkin anda boleh pertimbangkan Ausable Chasm untuk dimasukkan dalam itinerari anda.
Ausable Chasm ni bukan buatan manusia tapi memang semulajadi punya. Jika paras air mencukupi, anda boleh duduk di atas pelampung/tiub yang disewa (dengan syarat tinggi anda melebih 4 kaki 8 inci, dan sila bawa kasut spare untuk dipakai dalam air) dan menyelusuri sungai-sungai dalam Ausable Chasm ni. Aktiviti ni dipanggil Tubing, dan sedikit bayaran tambahan dikenakan. Kat sana juga ada motel yang boleh anda sewa, mungkin harganya sedikit mahal kerana ia merupakan privately owned park dan bukannya federal owned.
Untuk maklumat lanjut seperti tiket masuk dan caj-caj aktiviti, anda boleh layari website rasmi Ausable Chasm atau baca pengalaman The Nomadic Pinoy di sini.
Assalamualaikum, akak I ada planning pegi New York, and most likely it will be a solo travel, your blog is really helpful . Is there any advise how can I get cheap flight to NYC on winter?
Thank you
W’salam Kak Fiqa. Tiket murah ke New York selalunya Kuwait Airways, boleh dapat bawah RM3000 untuk return ticket (KUL – JFK). Minggu sudah Qatar Airways ada buat promosi RM2200++ utk KUL-JFK-SIN, tapi promosi tu dah habis dah. Kena regularly check cheap flight ticket, dan kadang-kadang naik di Singapura boleh dapat bawah RM3000 juga, macam bulan lepas Saudi Airways pun buat promosi tak sampai RM3k dari Singapura ke New York.
memang cantik tempat ni, jeram dan berbatu. macam bahaya juga.
Tak bahaya sebab kanak-kanak boleh masuk. Ada aktiviti utk trekking, mendaki, dan berenang pun boleh 🙂