Busan ialah bandar kedua terbesar di Korea, bukan sahaja popular dengan budaya Korea malah ia merupakan bandar pelabuhan yang penting bagi negara yang popular dengan KPOP ni. Kat sinilah juga anda nak makan seafood puas-puas.
Saya sendiri belum pernah ke Busan mahupun bandar-bandar lain di Korea. Tapi suami saya pernah menetap di sana beberapa tahun kerana beliau belajar Bahasa Korea selain bekerja untuk kerajaan di sana. Itu dulu la, sebelum kahwin. Sekarang, lepas kahwin tak ada pula dia cakap nak melancong ke Korea. Dan tak ada juga dia ajak saya ke Korea. Adik-adik saya pun dah ke Korea, saya sorang je yang belum pergi. ๐
Anyway, saya nak kongsikan satu contest khas untuk blogger anjuran Blooggers.com dan Majalah Libur.ย Travel blogging contest ni dibahagikan kepada dua fasa. Fasa 1 anda kena tulis pasal “Apa yang menarik di Busan?” dan Fasa 2 pula akan diumumkan nanti. Untuk maklumat lanjut tentang travel contest dari Blooggers ni, eloklah layari laman web mereka.
Hadiahnya cukup best, iaitu fully sponsored trip to Busan, Korea. Anda akan dapat tiket flight, penginapan dan pengangkutan. Bila lagi nak melancong free ke Korea kan? Cuma anda mungkin keluarkan belanja untuk beli souvenir je ๐
Saya tak join sebab trip pemenang tu nanti kalau tak silap bulan November. Masa tu saya berada di USA, tak balik sini lagi. Kepada anda yang menyertai, saya ucapkan ribu-ribu GOOD LUCK!
Kredit gambar kepada Lonely Planet.
aku pun tak join sebab tahu kalau menang memang tak dapat nak pegi..sibuk sangat kat sekolah sekarang. maklumlah..dah nak hujung tahun..
Join je Siti..kalau memang hadiah tu pass kat saya.. ๐
Haha join la hairul, mana tahu rezeki kan
Laa..ingatkan join =D
Bestnya kalau dapat pergi.. ๐
Menarik juga tempat ini, boleh dijadikan salah satu destinasi bulan madu jugak ๐
kalau menang trip ke busan.. tentu seronok.. good luck bro..
Saya tak join bang..tapi spread the word je
Macam nak cuba. Menarik ni. Huhu
Jangan lupa ada Fasa 2 pula untuk pemilihan pemenang ya
Busan best! banyak benda2 best, tapi sayang, pergi hari tu singgah busan 2d1n je, xsempat nk ronda semua
Tak pe, yang penting dah pernah sampai sana. Saya ni tak pernah lagi hihu