Berita baik kepada sesiapa yang nak melancong ke Hawaii, USA. AirAsia baru je buka jualan tiket ke Hawaii sebentar tadi, pada harga promosi KUL – HNL semurah RM 499 dan dari HNL ke KUL semurah RM 414, layover di Osaka, Jepun. Murah betul tu.
Murah sebab jualan baru buka route ni, lepas ni susah dah nak dapat harga macam tu.
Jadi sesiapa yang plan nak ke Hawii, boleh terus rembat tiket cepat-cepat sebelum habis.
Mertua saya baru sahaja ke Hawaii untuk urusan kerja, tapi dia ke Pulau Maui. Saya sendiri belum pernah sampai ke Hawaii lagi buat masa ni. Tapi husband pernah tinggal di sana selama lebih 4 tahun. Tapi dah lama dah, 10 tahun sebelum dia berhijrah ke Malaysia.
Itu je lah nak cerita, lebih-lebih cerita pasal trip ke Hawaii kena tunggu saya tulis lepas balik Hawaii lah 🙂 Bila lah tu, Allahua’alam.
P/S: Nak ke Hawaii kena ada visa USA. Ya, dengan isu politik dunia sekarang tentang umat Islam nak masuk Amerika ni, mungkin ramai yang tak berminat nak ke USA. Tapi jangan bimbang, kalau tak dapat pergi atas sebab AirAsiaX yang buat onar, nanti AirAsia akan refund duit dan bagi kredit.
Hi, ada insta tak?