Ini pertama kali saya mendapat tiket penerbangan percuma dari AirAsia. Terima kasih AirAsia atas pemberian tiga tiket penerbangan ke Osaka pada cuti sekolah nanti.
Terima kasih daun keladi,
Kalau boleh saya nak lagi!
Saya sendiri tidak tahu kriteria apakah yang menyebabkan AirAsia memberi tiga tiket penerbangan percuma ini. Ia dipanggil AirAsia X Reward program. Mungkin anda yang bertuah? Atau akaun AirAsia yang aktif? Atau mungkin sebab dia tahu saya ni Malaysian travel blogger? Hahaha Nanti saya confirm balik dengan pihak AirAsia ye.
Yang cuma kena bayar, cuma airport tax, fuel surcharge sahaja. Lain-lain semua free.
Walaupun sebelum ini saya pernah dua kali touch down di Jepun, tapi saya tak pernah sampai ke Osaka. Cuma takat Tokyo je, maklumlah, jarak dari Tokyo ke Osaka ialah lebih kurang tiga jam menaiki Shinkansen.
Tak sabar nak pergi Arashiyama, makan ketam buffet di Kobe, shopping di mall-mall besar di Osaka! Kemudian nak pergi Dotonbori, Shinsaibashi dan American village (Minami area) Floating Garden Observatory (Kita area) Osaka castle, Shitennoji Temple and Kuromon ichiba (in Osaka city). Itu perancangan awal saya sepanjang trip ke Osaka nanti. Ha, ini memang trip murah ke Jepun. Maklumlah, tiket FREE!
Tahniah yer. semestinya best jalan-jalan nanti. semoga Allah permudahkan urusan nanti.
Terima kasih Denaihati 🙂