Selat Bhosporus merupakan selat yang penting untuk rantau Europe. Sama macam Selat Melaka juga. Jika Turki tutup selat ni, negara-negara eropah akan terima kesan yang sangat buruk. Lihat sahajalah kapal-kapal yang beratur tunggu giliran nak lalu selat ni. Sama macam jika Malaysia tutup Selat Melaka, maka habislah urusan eksport Jepun, China dan lain-lain negara juga. Jadi orang Turki cukup berbangga dengan selat ni sebab ia penting sangat dan view di sini cukup cantik.
Kami check out dari Ararat Hotel seawal jam 10 pagi. Kemudian Serteç dan Suleyman datang jemput untuk bawa kami pergi minum teh mengadap Selat Bhosporus. View dari sini cukup cantik.
Anyway, kami minum teh tepi Selat Bhosporus mengadap Maiden Tower atau Menara Maiden. Ada kisah yang agak menarik di sebalik kewujudan menara ni. Di mana, puteri kepada raja pada waktu itu dikurung di Maiden Tower yang akhirnya mati dipatuk ular berbisa yang dikirim di dalam bekas buah. Anda boleh baca sejarahnya di Wikipedia. Yang saya hairan, Maiden Tower letaknya di tengah selat Bhosporus. Teknologi apa yang mereka guna zaman dulu untuk bina bangunan 5 tingkat dalam air macam ni? Aneh kan. Mungkin guna jin kot.
Kemudian, kami ke Çamlıca Hill yang juga mengadap Selat Bhosporus. Jika sebelumnya duduk tepi Selat, sekarang tengok dari puncak bukit. View dari sini, stunning! Dan hartanah berhampiran selat ni (di sebelah Europe) ialah yang paling mahal. Dr. Murat, salah seorang kenalan kami di sini cakap, apartment mengadap Selat Bhosporus berharga antara 7-8 juta lira. Saya tak terkejut dengan angka tersebut kerana lokasinya juga cukup strategik dan cantik.
Nampak kapal-kapal besar berlabuh. Terus terbayangkan trip kami dari Orlando ke Bahamas dengan cruise ship tak lama lagi. Saya tak pernah naik kapal, tak boleh bayang rasanya macam mana. Mungkin best kot. Harap tak mabuk laut.
Panjang betul jambatan ni. Tak ada tiang pun di tengah-tengah. Jika anda pernah ke Delaware, jambatannya sebijik lebih kurang sama design tapi yang ni tak ada tiang tengah. Yang Delaware tu ada tiang tengah.
Close up picture.
Lepas puas tengok pemandangan, kami ke kedai makan kat situ. Nasib baik ianya diuruskan oleh kerajaan sebab kalau kedai private mesti harganya mahal. Dan, kedai kerajaan tak ada tax.
Makan la roti-roti je sebab tak banyak pilihan dan macam biasa kami minum teh. Habis dalam TL10 je. Macam roti canai, tapi dalamnya ada keju. Makan panas-panas sedaplah. Kalau sejuk, tak tau nak telan macam mana.
Ni makcik yang kerjanya buat kuih ni. Dia duk tanya saya dari mana dan kat mana saya beli tudung awning yang saya pakai.
Yay, dapat makan roti dan minum teh 268 meter dari aras laut. Tempat ni juga ada 18 radio dan TV towers.
Pastu dah tak de apa nak buat, kami ke Pendik, masih dalam Istanbul. Kat sini kami akan ambil fast train ke Ankara untuk ke Cappadocia. Dah sampai Ankara nanti akan ada pemandu akan jemput kami untuk ke Cappadocia. Akan saya tulis dalam post selanjutnya.
Cappadocia ialah tempat yang cukup cantik dan sangat sesuai untuk honeymoon. Kami akan berada di sana selama 5 malam.
Leave a Reply