• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Cappadocia / #6 Cappadocia | Goreme Open Air Museum

#6 Cappadocia | Goreme Open Air Museum

26/10/2014 By Travelog.my 4 Comments

Ni hari ke empat kami di Cappadocia. Esok, hari last sebelum checkout. Semuanya 5 malam kami duduk di Cappadocia, iaitu hampir separuh dari trip ke Turki ialah di Cappadocia. Sebab bagi saya, Cappadocia ni unik sangat, ibarat satu sisi lain dalam planet bumi. Cewah. Ya lah, sudahlah sunyi dan tak sibuk dari client (client tak boleh buat phone call), tak ada tv, tak ada banyak kereta, udara pulak nyaman je. Memang berbaloi luangkan banyak masa kat sini.

Hari ni staff Takaev Cave Hotel hantar kami ke Goreme Open Air Museum. Dekat je dengan hotel. Saya bawa 1 bagpack dengan bekalan air minuman, dan beberapa granola bars. Jaraknya lebih kurang 4 km, kalau jalan kaki mungkin 40-50 minit.

trip ke istanbul 1

Selain kami, ada satu Spanish couple yang turut sama join kami. Mereka pun menginap di hotel sama juga. Kena beli tiket asing, sebab Museum Pass tak boleh guna di sini dan mostly memang tak boleh guna pun selain Istanbul. Harga tiket masuk ialah 20TL/person. Pasal entrance time, better anda check sebelum pergi sebab lain musim lain waktu buka tutupnya. Boleh cek di sini (klik)

trip to istanbul

Ni kat pintu masuk, nampak tak sebelah kiri tu ada orang jual jus delima. Harga secawan 10TL, kat tempat lain biasanya TL5 je. Lepas scan tiket, terus kami masuk. Fuh, stunning view. Speechless kejap. Kat sini ada beratus church lama, ada yang masih elok dan ada yang dah rosak. Yang paling terpelihara ialah Black Church, itupun sebab ia terlindung sikit. Tapi kat dalam Black Church tak boleh ambil gambar, saya sempat curi ambil 2 keping gambar juga. Hehe

trip to istanbul 2

Ni view yang boleh nampak sepanjang dalam Goreme Open Air Museum. Zoom sikit.

trip to istanbul

Dan zoom lagi dekat. Best betul pakai Lense VR Nikon J1 10-100 nih. Zoom jauh-jauh pun gambar masih sharp. Nampak tak kotak-kotak kecil tu?

melancong-ke-turki-056

Ni salah satu church yang masih terpelihara.

melancong-ke-turki-059

Dan ini pula di luar St. Barbara Church, anda boleh cam dari seni corak merah-merah di dinding tu. Warna tu kekal sampai sekarang sebab ia dibuat dari sejenis mineral yang meresap ke dalam batu, dan St. Barbara Church ni dah wujud sejak dari abad ke-11.

melancong-ke-turki-060

Ni pulak dalam Black Church yang saya cakap tadi. Kena bayar tiket asing untuk masuk dalam ni, iaitu 10TL per person. Tapi berbaloi sebab anda boleh lihat lukisan-lukisan di sini masih kekal terpelihara dengan baik. Inilah satu daripada dua gambar yang saya curi snap. Kat dalam ni juga ada kubur. Setiap gambar ni ada ceritanya tersendiri.

melancong-ke-turki-062

Lepas dekat sejam setengah pusing-pusing dalam ni, kami keluar lah. Lagipun dah tengah hari dan perut dah mula lapar. Bekalan air kosong dah habis dah. Masa nak jalan keluar tu, kami singgah ke official souvenir gift store. Anda boleh beli apa-apa bentuk cenderahati dari situ dengan harga official. Maksudnya, tak mahal dan tak murah. Saya beli topi dengan lambang Cappadocia cuma dengan harga TL27.

Ni view masa dalam perjalanan ke Goreme little town (pekan). Dari town tu, kami kena ambil teksi sebab nak cepat balik ke hotel. Sepatutnya nak jalan kaki, tapi sebab tiba-tiba ada notifikasi “urgent” dalam email box, maka kena gegas balik hotel. Gegas-gegas pun, sempat kami singgah makan Meat Ball dan beli buah peach segar kat kedai. Buah peach yang besar cuma berharga TL1 satu.

trip to istanbul 6

Sambil jalan kaki ke Goreme town, terserempak dengan satu couple dari Korea ni. Dorang datang honeymoon. Sempat hubby praktis bahasa Korea dengan couple ni.

melancong-ke-turki-064

Kat atas ni lagi satu standing alone cone yang boleh dilihat sepanjang perjalanan ke town Goreme. Anda boleh imagine saiz tinggi “bangunan semulajadi” ni dengan membandingkan saiz wanita yang berjalan kaki tu, atau bandingkan dengan saiz sofa kat depan tu.

Itu je lah dulu buat masa ni. Dah sampai Goreme, kami makan tengah hari dan ambil teksi ke Takaev Cave Hotel. Kena caj 18TL untuk tak sampai 4 km trip.. Haha

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Cappadocia, Turki, UNESCO World Heritage Centre

Comments

  1. Helmi Aliarit says

    05/02/2015 at 9:00 am

    Teringat filem terbaru Fazura. Manisnya Cinta di Cappadocia.

    Dan filem Istanbul Aku Datang. Saya teringin nak ke sana dengan isteri dan anak-anak. 🙂

    Reply
    • travelmy says

      06/02/2015 at 3:15 am

      Semoga dimurahkan rezeki dan dapat ke sana satu hari nanti. Saya pergi tu pun sebab menang peraduan dan bila sampai kawan sponsor. Alhamdulillah, rezeki terpijak 🙂

      Reply
  2. kakmahh says

    29/11/2014 at 9:10 am

    Memang unik dan menarik.

    Reply
  3. zool says

    01/11/2014 at 7:19 am

    wah menariknya gi jalan-jalan

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in