• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Hotel / 4 laman web yang best untuk booking penginapan jangka panjang dan pendek

4 laman web yang best untuk booking penginapan jangka panjang dan pendek

05/01/2015 By Travelog.my 1 Comment

Sebelum melancong, antara perkara pertama yang kita pertimbangkan ialah penginapan (selain pengangkutan). Di internet ni, ada berjuta website booking penginapan yang kita boleh pilih. Yang biasa dan famous seperti Booking.com, Agoda.com, Expedia dan sebagainya tu memang dah ramai orang tahu.

Dulu saya pun gemar sewa hotel, tapi sejak pertama kali guna AirBnB semasa ke Osaka, sekarang saya lebih selesa jika dapat menyewa penginapan sebegitu. Bukan sahaja apartment yang lebih besar dan kemudahan lebih banyak, tapi dapat duduk seperti local people ialah pengalaman yang menarik. Dan harganya juga sangat berpatutan.

Kat sini saya senaraikan 4 laman web booking penginapan yang best, sesuai untuk jangka pendek dan jangka panjang. Mana tahu ia juga berguna untuk anda rancang perjalanan anda nanti.

AirBnB

website booking hotel 2Yang ni rasanya dah ramai sangat orang tahu. Bagi yang tak tahu, saya ceritakan sedikit sebanyak. AirBnB ialah portal penginapan terbesar di dunia dengan lebih 800000 senarai penginapan disediakan di lebih 190 buah negara. CIMB juga ada buat usahasama dengan AirBnB, manakala pemegang kad Amex boleh dapatkan membership rewards atas tempahan di AirBnB. Sama juga dengan KLM Flying Blue member pun boleh book juga melalui partnership antara KLM dan AirBnB.

Wimdu

website booking hotel

Wimdu ialah syarikat yang berasal dari Berlin, dan kini dah ada lebih 1000000 pengguna, dan lebih 300000 listing penginapan di lebih 100 buah negara. Ianya lebih kurang saingan kepada AirBnB, atau tak salah kot saya cakap yang ianya meniru AirBnB tapi fokusnya lebih kepada pasaran Eropah. Jika anda nak melancong ke Eropah, Wimdu ni antara web yang kena cek sebelum rancang percutian. Jadi kalau cari di AirBnB tak ada, boleh cari di Wimdu.

Panda Bed

website booking hotel 3

Walaupun saya orang Asia, saya sendiri tak pernah guna PandaBed. Bunyi macam cute je kan. PandaBed ni tak sama macam Wimdu dan AirBnB sebab ianya lebih fokus kepada pasaran Asian. Jika anda nak travel dalam negara-negara Asian, elok cek dahulu website ini. PandaBed dikatakan mampu menawarkan harga 50% lebih rendah berbanding kadar penginapan lain. Anda boleh baca pengalaman JustOneWayTicket di sini.

SleepOut

website booking hotel  4

Ha, ini sangat menarik. Dah ramai travel blogger yang kongsikan pengalaman menggunakan SleepOut dan kebanyakannya teruja dengan harga dan kemudahan yang disediakan. SleepOut diasaskan oleh Johann Jenson, kelahiran Kanada dan teman wanitanya bernama Ayako Bertolli semasa mereka tinggal di Lamu, Kenya. Walaupun SleepOut lebih fokus bagi penginapan di Afrika, tapi senaraian penginapan yang dah menjangkau 62 buah negara.

Bagi anda yang melancong dengan group, nak kurangkan kos penginapan, eloklah godek-godek dulu website ini sebelum apa-apa tempahan dibuat. Jangan lupa baca review pelanggan yang pernah stay sebelum buat booking.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Hotel, Travel Topic

Comments

  1. JBT Rafidi says

    08/01/2015 at 12:17 pm

    maklumat yg berguna ni… boleh dijadikan rujukan….

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in