Pagi-pagi lagi kami keluar dari hotel. Kali ni Jon tak datang jemput sebab kami nak ke Manhattan. Itu area yang sibuk ibarat Shibuya dan Shinjuku di Tokyo kot. Punyalah sesak dengan manusia dan traffik pun tuhan je yang tau macam mana jemnya.
So kami naik train. Depan hotel kami menginap tu ada stesen subway. Beli tiket subway untuk 7 hari unlimited ride di stesen tu juga, harga USD30. Tak payah fikir-fikir nak beli tiket satu-satu.
Untuk sampai ke Time Square, kami kena tukar train di Canal Street dari Brooklyn. Alhamdulillah, sistem subway di New York tidak sepening di Jepun. Senang saya faham. Tak macam di Jepun, berhari juga baru pandai naik train. Tengok ni, tak adalah selirat mana pun sistem dia kan?
New York ni, khususnya Manhattan dan Brooklyn, dari jauh nampak cantik. Tapi bila dekat, sampah atas kaki lima tu lebih kurang je dengan negara kita. Bukanlah kotor, tapi tak bersih macam Jepun. Hihi Tak macam yang saya jangka. Tapi, di New Jersey, Philadelphia, Orlando tu semua cantik dan bersih. Anyway, ni dah nak exit keluar kat bandar Time Square, Manhattan.
Eh sampai juga kami ke Manhattan yang selalu duk tengok dalam movie omputih kan. Masa ni suhu sekitar 10 celcius. Sejuk gila bagi orang Malaysia macam saya ni.
Janji dengan Jon nak jumpa jam 12.00 pm di kaunter TKTS untuk beli tiket Broadway Show. Masa ni baru jam 10 pagi. Ada dua jam. Sementara tu, marilah kita pusing-pusing tengok tempat yang super famous ni.
Sebelum tu singgah di Starbucks jap, pekena kopi sambil jalan-jalan. Punyalah ramai manusia kat sini, barista pun kena kerja macam robot.
Ok dah puas tengok bangunan, kita beli makanan pulak. Ada banyak gerai Halal di sekitar Times Square. Bagus betul dorang buka kedai halal ni. Mesti dapat banyak pahala penjual-penjual ni. Dan harga pula murah-murah je.
Elok je kenyang, Jon pun sampai dan kami beratur beli tiket Broadway Show. Ceritanya nanti saya tulis dalam blogpost lain sebab kami merendek lama juga di sekitar Time Square ni. Dari pagi sampai jam 1 pagi.
Hohoho..wish one day dpt pergi melancong di sini
Semoga dipermudahkan dan dapat pergi soon.