Selepas melawat Hagia Sofia, kami dah mula penat. Maklumlah, dari Kota Bharu lagi belum rehat pun kecuali tidur dalam flight. Dan masa tu dah pun jam 2 petang, jadi kami ke Ararat Hotel untuk check in dan berehat. Esoknya, jam 9 pagi kami dijemput Sertec dan Suleyman untuk ke Topkapi Palace.
Suleyman sempat pesan lagi, luangkan masa selama yang boleh sebab kat dalam tu ada banyak sangat benda untuk dilihat dan diamati. Mereka tunggu di luar sementara kami ke dalam.
Harga tiket masuk: TL30/person
Buka pada jam: 0900 – 1700, tutup pada hari Selasa
Cuma, kat dalam bangunan atau bilik-bilik dalam Topkapi Palace ni dilarang ambil gambar, makan dan minum. So tak ada lah chance untuk ambil gambar dalam tu. Lagipun, memang ada pekerja khas untuk memantau supaya tak ada pengunjung yang degil. Hehe Tapi sempat juga sekeping dua saya snap bila ada chance. 😉
Topkapi Palace ialah istana kepada kesultanan Ottoman selama lebih 400 tahun, dibina oleh Sultan Mehmet pada 1453, merupakan istana tertua di dunia yang terjaga rapi sehingga hari ini. Pada tahun 1924, ia dijadikan muzium atas arahan Ataturk. Ia dilingkungi oleh 5km dinding, dan luasnya ialah 700,000 kaki persegi.
Ini dekat bahagian depan, pintu masuk.
Kami ke bahagian kanan dulu, ada dapur. Tapi sebelum tu terjumpa ukiran-ukiran ayat ni. Tak ada maklumat dinyatakan, tapi dari bacaan saya ia macam sajak-sajak yang ada nama sultan mereka. Bukan semua boleh baca, sebab rasanya bukan Bahasa Arab. Kalau Bahasa Arab mungkin saya faham, lagipun ada tiga titik di bawah macam ejaan Jawi kita. Nanti saya jumpa info, saya update.
Ini pula bahagian dalam dapur. Kat dalam ni ada lebih kurang 2,500 artifak/hiasan/ukiran pinggan mangkuk dan periuk belanga, samada yang digunakan oleh pekerja untuk memasak, hadiah dari kerajaan Jepun mahupun China dulu kala. Dan periuk besar kat bawah ni digunakan untuk memasak, saiznya boleh muat ayah saya yang beratnya 90 kg. Dulu-dulu, kat dapur ni ada lebih 1000 pekerja yang memasak untuk dihidangkan kepada pelbagai pihak dalam istana. Bayangkan besarnya dapur ni.
Dan, setiap 3 bulan, mereka akan memasak untuk 12000 orang kakitangan. Tujuannya, jika ada kakitangan yang tak makan tu maksudnya ada hajat/komplen/tak puas hati pada bos/sultan. Dari situ mereka akan buat komplen. That’s neat, right? Macam mini mogok lapar gitu.
Dan ini pula dalam ruangan kecil di bahagian belakang palace. Lupa dah namanya, tapi macam-macam bilik ada kat dalam palace ni. Kami tak masuk Harem sebab beratur panjang sangat, tak larat.
Ini kubah dalam bilik dalam gambar di atas.
Ini pula bahagian luar bangunan dalam gambar di atas ni.
Penat tau pusing-pusing ni. Kami pun pergi ke cafe jap, minum Ayran dan Lemonade. Dua gelas, TL22. Harga minuman memang mahal, tapi saja kami spent untuk experience minum dalam Topkapi Palace sambil mengadap Selat Bosporus.
Ini bahagian depan semasa kami dah nak keluar. Kat dalam ni ada pelbagai jenis jam (jam tangan, jam dinding, jam besar gedabak dll) dipamerkan. Semuanya unik-unik dan cute. Pun tak dibenarkan bergambar di dalam.
Dah habis pusing-pusing ni, kami pun siap-siap nak keluar. Nampak ramai juga pelancong muka macam Malaysia yang baru sampai tapi sombong beb, tak senyum pun kat kita ni. Rasanya memang kebanyakan pelancong “bermuka Melayu” yang saya jumpa di luar negara mahal senyumannya. Mungkin mereka ni tan sri puan sri agaknya yang travel kat europe. Siapalah kita ni kan. Cait, sensitif pula. Tapi seriously, kenapa pelancong bermuka Melayu di luar negara macam sombong gayanya? Kita senyum dia buat deeek, kita bagi salam dia pandang semacam. Padahal obviously muka Melayu dan dengar cakap Melayu. Lantak kau lah labu.
Anyway, jam pula tunjuk dah jam 11 pagi. Maksudnya kami luangkan masa 2 jam dalam Topkapi Palace ni. Sertec dan Suleyman ambil kami depan Topkapi Palace kemudian kami pergi makan *Kumpir di Simit.
Jika anda melancong ke Istanbul, jangan lupa melawat Topkapi Palace. It’s worth every single cent and second you spent there.
*Kumpir – Potatoes and many other things. It is damn delicious.
*Simit – Satu nama restoren.
*Apa yang saya paparkan dalam pos ni hanya 1/100 dari apa yang saya lihat dalam Topkapi Palace.
Luar biasa pengalamannya 😀
saya juga juga pernah berkunjung ke Istana Topkapi ini, memang luar biasa sekali pengalaman bisa ke sana.
apalagi waktu masuk ke dalam hareem, melihat2 sambil berkhayal enaknya jadi sultan hehehehe
yang paling menakjubkan itu waktu masuk sacred relic menyaksikan barang2 peninggalan para nabi 🙂
good post, visit back my blog ya 🙂
Terima kasih untuk sharing pengalamannya.. semoga saya bisa ke turki suatu saat nanti
assalamualaikum,
Kalo saya sorok sorok snap guna gopro agak agak lepas tak? Sorok bawah lengan?
Jadilah pelancong berhemah yg ikut peraturan.
Memang saya pun dah kena, kita senyum depa selamba jee. Malu sendiri, lepas tuu peduli kau oranglah.
Haa tu la kan. Org asing pulak kerap sgt senyum kat kita. Beza betul org kita dan org lain
wohha jeles lah nak pergi jugakk
FF anytime boleh datang.
akak mengembalikan memori saya ke Turki. saya pun baru lepas melawat turki bulan 3 tahun ni. akak jangan lupa pergi ke Dohmabahce palace ye. kat sana pun best jugak. ada harem jugak tapi nak masuk harem pun tiket asing. tiket dohmabahce palace agk mahal. dalam 80TL kalau x salah sy. ini incuding Harem dah. Enjoy ur trip there kak 🙂
Saya tak pergi ke Dohmabahce Palace sbb tak cukup masa. Huhu
will be one of my list ke turkey nanti. insyaAllah. TQ dik for sharing.
Sama-sama kak.
Turki memang best! kami ke topkapi palace tahun 2009. Masa tu tak enjoy sangat sebab baby kecil lagi, kena dukung, sakit belakang.. haha.. teringin juga nak masuk harem, tp tiket dia asing kan? sama harga dengan tiket nak masuk topkapi tu kalau tak silap
Aha tiketnya asing dan sama mahal.
makin kurus ke hang nih.
ke aku silap tengok.
Err..tak timbang pula semenjak datang ni. Nanti jumpa timbang nak cek
Kalau pegi tempat2 yang tak boleh ambik gambar macam ni, susah juga nak cerita kan… Kalau guna spy camera lepas tak?
Yang spy camera tu tak pasti pula.. Tp rasanya kalau kena tangkap pun X masuk penjara kot haha paling koman pun kena rampas. Tapi takpe, kita respek privacy dorang dan jadi pelancong yg beretika.
Take nothing but memories. 😄
Ish ish, sombongnya mereka itu, terasa bangga diri kot.
Tu la tu..sedih tul la
seronoknya dapat berjalan ke sini…
Menarik..satu pengalaman yang sangat berharga..terima kasih sebab kongsikan kat sini..dapat jugak saya tengok tempat orang dan benda baru..kalau nak harap pergi sendiri, tak tahu bila lagi..