1) Boleh claim tax free refund
Kita, pelancong, boleh claim tax refund di Lapangan Terbang Istanbul (dan juga mungkin lapangan terbang lain dalam Turki).Seingat saya, masa saya shopping dulu (di IVM Cevahir), awal-awal lagi saya tak kena cukai sebab dah tunjuk passport masa nak buat pembayaran di kaunter dalam shopping mall tu. In case jika anda dikenakan cukai, jangan lupa claim di kaunter tax refund yang terdapat di airport Istanbul. Gambar di bawah boleh digunakan sebagai rujukan. Semoga bermanfaat. Bawa bersama resit-resit shopping sebagai bukti jika diminta. Kadar GST di Turki agak tinggi. Jika di Malaysia 6%, di Turki 18%. Claim, jangan tak claim. 18% tu banyak.
2) Beli kad Istanbulkart
IstanbulKart boleh beli di kedai-kedai runcit biasa. Anda boleh jimat dengan guna pengangkutan awam seperti tram dan bas. IstanbulKart ni macam kad pintar lah, boleh beli di airport juga. Kos naik kenderaaan awam adalah sama tanpa mengira jarak. Sekali naik, dalam TL3 gitu. Kalau tak ada IstanbulKart, sekali naik/sekali ride kosnya TL4. Satu kad boleh guna banyak kali per hala. Contohnya, saya dan suami cuma gunakan satu kad sahaja. Sekali masuk, kita scan dan tolak terus. Lepas tu bagi kad kepada kawan kita untuk dia scan trip dia pula. Kad tak perlu scan semasa keluar.
Di Sakarya, anda boleh dapatkan Kart54 yang fungsinya sama seperti IstanbulKart. Begitu juga bandar-bandar lain, yang mana mesti ada sistem bas sendiri. Selalunya ia boleh didapati di kedai-kedai runcit, kedai telefon dan seumpamanya.
Selain itu, boleh juga belajar guna Dolmush iaitu sejenis minibus yang selalunya menghubungkan kawasan bandar ke kawasan pinggir bandar.
3) Tandas awam di Turki ialah berbayar
Jika anda komplen tandas awam di Malaysia kena bayar RM0.50, di Turki paling murah TL1 (lebih kurang RM1.50). Tapi, tandas di sana agak bersih (yang saya masuk lah). Ada juga tandas biasa-biasa. Kebanyakan tandas duduk di Turki ada bidet, tapi bidetnya tak macam bidet tandas Jepun. Kepala paip bidet biasanya terletak di dinding belakang tandas. Tak perlu bawa botol air atau wet tissue masuk tandas.
♥ Jadi, jika nak jimat.. pergilah cari bilik air di stesen minyak, supermarket, restoren-restoren yang besar (restoren kecil jarang ada tandas). Tandas di tempat begitu selalunya tak perlu bayar. Kalau solo travel atau berdua je senang nak guna tandas. Dua orang baru TL2 (RM3). Tapi kalau travel berkumpulan dan anak ada tiga empat orang.. mau RM 10 juga sekali guna tandas.
4) Jangan lupa kad pelajar
Muka kita ni (orang Asia) sebenarnya awet muda berbanding orang sini. Contohnya, orang sini yang umur 30 mungkin kelihatan berusia 35 di mata kita. Manakala kita yang umur 30 ni, masih dicop pelajar. Tak hairanlah, bila saya ke mana-mana orang cakap saya pelajar. Harga naik kenderaan awam dolmush (blue van) pun berbeza antara pelajar dan bukan pelajar. Pelajar ialah “öğrenci” sebut orengji dalam bahasa Turki. So, bila naik dolmush/minibus, cakap je “bir orengji” maka mereka akan bagi baki mengikut kadar öğrenci. Masa beli tiket masuk ke mana-mana pun, cuba tanya harga pelajar (öğrenci ne kadar?). Kalau mereka minta bukti pelajar, tunjuklah kad pelajar tu.
5) Tak perlu apply visa dari Kedutaan Turki
Pemegang passport Malaysia, kita boleh dapat Visa on Arrival (VOA) di lapangan terbang di Turki. Bagi bukan pemegang passport Malaysia, boleh apply visa online dan bayaran dikenakan ialah bergantung kepada dari negara mana passport anda tu. Kalau dari Amerika Syarikat, kosnya USD20 dan bila dapat visa berbayar tu, cek samada anda dapat multiple entry ataupun single entry.
Suami saya dapat multiple entry sebab dia warga Amerika. Yang tak bestnya, multiple entry tu untuk tempoh 90 hari dalam 180 hari. Maksudnya, boleh duduk dalam Turki untuk maksium 90 hari, lepas tu kena keluar. Bila keluar tak boleh masuk balik selepas genap 180 hari dari mula-mula masuk tu. Ada probation period.
Untung kita orang Malaysia ni, senang nak ke mana-mana.
6) Pakai selipar semasa ambil wuduk
Kemudian pakai stokin untuk masuk dalam masjid. Dilarang berkaki ayam dalam masjid. Kalau tak, laju-laju je anda kena tegur dan mungkin dipandang keji. Saya dah kena sekali di surau airport.
7) Boleh bagi tip jika mahu, bukan paksaan
Bekas untuk beri tip selalunya disediakan di hotel, restoren dan sebagainya. Tapi, memberi tip bukan amalan di Turki. Saya sendiri tidak pernah beri tip di Turki. Tapi kalau nak bagi, apa salahnya. Apatah lagi jika servis yang diberikan cukup tip top.
8) Sim card, telefon
Handphone yang kita bawa dari Malaysia, atau luar negara, hanya boleh guna sehingga maksimum 60 hari sahaja. Selepas itu, telefon tu dah kena block dan tak lagi boleh digunakan walaupun anda beli simkad baru. Jika anda nak duduk lebih dari 60 hari, belilah handphone murah-murah di Turki. Sebab apa? Sebab handphone yang kita bawa tu tak dicukaikan lagi. Kalau nak guna juga, kena ada residence permit dan kemudian kena bayar cukai sebanyak TL150 di pejabat cukai.
9) Kedai di luar Grand Bazar dan Spice Bazar jual lagi murah
Kedai di luar Grand Bazar dan Spice Bazar jual lagi murah dari dalam bazar-bazar yang famous tu. Tahu kenapa? Kerana penjual situ kena markup untuk bagi komisyen kepada tour guide, atau sesiapa yang bawa anda ke sana. Don’t hesitate to bargain as much as you can. Berhenti bargain bila penjual dah bosan, tu tandanya, harga minimum dah tu. Nak lagi murah, pergi shopping di kedai-kedai runcit atau supermarket. Tak ada bargain lagi, siap ada sales pula tu.
10) Tak perlu bawa bekalan makanan banyak-banyak
Sebab makanan di sana sangat sedap, HALAL, dan tak mahal pun. Sandwich besar gedabak sangat murah di kedai restoren biasa (selalunya ada depan supermarket). Saya beli dapat 5 sandwich besar-besar dengan harga TL10 je. Pandai-pandailah cari restoren yang sedikit tersorok, yang tak terlalu touristy. Sebab, restoren yang duduk betul-betul tepi Masjid Biru harga boleh tahan jugak mahalnya. Nak jimat lagi, cari hotel yang ada free breakfast. Santap sepuasnya masa breakfast supaya betul-betul kenyang sebelum keluar berjalan-jalan. Beza berjalan bila perut kenyang dengan lapar ni. Anda lebih fokus kepada menziarah berbanding melilau tengok makanan di show rack tepi kedai. hehe
Baca >> Makanan wajib cuba semasa di Turki
11) Hati-hati dengan kedai yang tiada tanda harga
Hati-hati dengan kedai yang tiada tanda harga , atau, tanda harga tak lengkap. Ia boleh jadi harga dalam Lira, harga dalam Euro, atau US Dollar. Tanya harga dahulu sebelum makan atau beli apa-apa.
12) Di Istanbul, ada ramai peminta sedekah dari golongan pelarian Syria
Abaikan sahaja. Bagi satu, nanti sepuluh yang datang. Mereka akan datang dekat anda, dan soalan pertama yang akan ditanya (jika bertudung), “Hal anti muslim?”. Kalau jawab ya, disambungnya, “ana min suryah.. bla bla bla”. Abaikan. Atau, bila anda duk jenjalan, tiba-tiba orang hulurkan buku panduan melancong ke Istanbul, hehe tak beli pun tak apa.
13) Kawasan yang ada burung merpati, jangan ambil bekas makanan burung yang dihulurkan
Sebabnya, ia bukan percuma. Anda kena bayar harga makanan burung tu. Walaupun tak banyak, tapi tak syok lah kalau tertipu.
14) Merokok ialah perkara biasa walaupun bagi perempuan bertudung
Hatta wanita bertudung pun merokok berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Jika anda merokok, ini mungkin syurga anda. Harga rokok juga murah, dan ada banyak pilihan (saya bukan perokok, tapi ada cuba curut Turki sekadar suka-suka).
15) Beli Muzeum Pass (TL80)
Muzeum Pass boleh digunakan untuk masuk ke berpuluh muzium (Hagia Sofia, Topkapi Palace dll). Dengan ada pass ni, anda tak perlu beratur untuk beli tiket. Rugi masa beratur di tourist area di Istanbul, tengoklah barisannya ni. Ini baru barisan nak ke Topkapi Palace. Belum barisan di Hagia Sofia dan bermacam muzium atau palace lain lagi. Muzeum Pass boleh dibeli di kaunter mana-mana tempat jualan tiket. Ia sah untuk dua atau lima hari bergantung kepada pass yang anda beli.
16) Di Airport Ataturk ada TRAVELERSBOX
Fungsinya, duit lebihan yang ada tu boleh ditukar kepada kredit PayPal, Skype, Skrill dan sebagainya.
Ia boleh didapati di:
- Near gate 212
- Outside gate 213
- Outside gate 218
- Near gate 221
- Outside gate 302
- Outside gate 304
- Business Lounge circle (2nd floor)
- Domestic Terminal
17) Susah betul nak guna wifi di airport Ataturk (IST)
Hampir mustahil berdasarkan pengalaman saya yang lepas. Kecuali anda ada simkad Turki yang boleh dibeli di international arrival atau anda duduk dalam lounge.
Update: Jika di arrival, anda pergi dekat Starbucks, boleh guna wifi Starbucks dengan syarat anda ada boarding pass. Atau, ada yang free iaitu dari Doruk cuma kena sign up dulu guna Facebook, email atau nombor telefon tempatan.
[UPDATE 24-2-2016]
19) Sistem pengangkutan awam adalah cukup bagus
Di bandar-bandar besar di Turki, contohnyai Istanbul, Sakarya, dan sebagainya, sistem pengangkutan awam mereka cukup bagus. Sepanjang saya di sana, tidak pernah pun saya sewa kereta. Cukup naik bas, kapal terbang dan tram/metro sahaja. Mereka juga ada sistem minibus dipanggil dolmus. Manakala bas-bas awam juga cukup selesa. Contohnya, di Sakarya, anda boleh download applikasi untuk semak jadual perjalanan bas dan boleh live tracking lokasi bas awam yang anda nak naik, tak perlu tercegat tepi jalan tunggu bas lalu.
18) Adakah selamat untuk melancong ke Turki?
Ini soalah yang kerap saya dapat sejak akhir-akhir ini selepas pengeboman di Ankara, dan juga Sultanahmet. Secara peribadi, saya rasa selamat. Jika saya rasa tak selamat, sudah tentulah saya antara yang terawal balik ke Malaysia. Lagipun saya ni bukan jenis berani sangat pun. Hatta ke mana-mana pun, kita kena sentiasa berhati-hati dan berwaspada. Saya fikir, risiko dirompak dan diragut di Kelantan, atau kemalangan jalan raya semasa kita memandu adalah lebih tinggi berbanding risiko diserang pengganas di Turki. Kenapa? Ianya perlukan kita berada pada masa yang salah, di lokasi yang salah untuk kita menjadi mangsa. Senang cerita, ajal maut ini di tangan tuhan. Bila Dia kata dah masanya untuk kita mati, nescaya tak lewat sesaat dan tak cepat sesaat pun kita akan mati. Boleh jadi mati dengan tercekik makanan di meja makan di dapur rumah sendiri pun.
Macam mana nak berhati-hati?
- Jika nampak orang berdemo, cepat-cepat jauhkan diri. Demo selalunya hari Sabtu atau Ahad. Jika di Istanbul, kerap mereka berdemo di sekitar Taksim.
- Jangan pergi ke sempadan negara Turki (kecuali bahagian Bulgaria tu lain lah). Yang bahayanya sempadan Iraq, Syria dan negara-negara bergolak. Pendek kata, tak payah pergi jauh-jauh nun.
- Turki ini besar. Ia lebih besar dari negara UK/German/Sepanyol atau Itali. Dalam skala besar ini, serangan di sempadan Turki terlalu jauh jaraknya dengan Istanbul dan tempat-tempat popular di kalangan pelancong ni.
Ini je lah dulu tip-tip melancong ke Turki yang saya boleh kongsikan.
Selain Jepun, Turki ialah negara yang saya rasa cukup seronok semasa berada di sana.
Terima kasih untuk artikel yang sangat berguna. Periksalah yang ini juga, ini memberikan informasi hari per hari yang sangat rinci tentang bagaimana melihat Istanbul dalam 5 hari.
https://tripblan.com/trip/the-ultimate-one-week-istanbul-itinerary-and-guide
Salam nak tanya, saya akan pergi ke Turki bulan Oktober ni, so macam mana dengan pakaian musim luruh dekat sana ya? Perlu bawa jacket ke tidak?
Assalamualaikum. Cik/puan masih d Istanbul kah sekarang?
Sudah kembali ke Kelantan.
Salam, sy nk ke turki bulan august , airlines apa yg ok dan transit serta murah? Dan kalo disana nnt hop on hop off tu leh cover semua tempat ke? Dan any suggestion hotel yg murah atau homestay? Tk
Hop and off bus tu cover setakat dlm istanbul je, tak tahu sejauh mana bagus sbb tak pernah guna. Btw, you jln kaki je semua tempat tu pun boleh sebab dekat2 je
Anggaran bpe rm ye untuk makan dan jalan2 dua org kesana. Untk 4,5 hari je.
Saya tak pasti, Ira. Bergantung kepada masing-masing. Saya rasa untuk orang macam saya (yang makan sedap-sedap di tempat yang bersih dan selesa), boleh bajet sekitar TL50 sehari. Kecuali jika nak explore makanan lebih advance di high-end restoren, mungkin TL150++ untuk makan. Jika travel cara jimat, TL20 untuk makan pun dah cukup untuk sehari. Jalan-jalan tu bergantung pd tempat tarikan yang nak pergi sebab tiket masuk lain-lain harga. Pendek kata, prepare lah dalam TL1000 🙂 Kalau tak habis, boleh simpan duit. Kalau tak cukup, withdraw lagi. huhu
Klau pegi sna dlm 11 ari nk budget dlm ya?brg2 dsna mhl @ murh???nk tukr duit tp x tau nk bwk brapa..
Salam tuan…
Terima kasih byk2 tips yg diberi
Insyaallah awal dis ni kami 4 beranak ke sana…
Salam..tksh info yg menarik.in shaa allah saya sklrga akan kesana bln disember nie…musim sejuk kan?kalau bawa baju sejuk tu…yang mcm mana sesuai ya…or beli disana aje
hai..info yg sgt bguna utk sy yg nk mlcong sna ujng buln 11 nti..sy nk tnya..time tu musim sjuk kn?kna bwk long john x?sy akn bwk bby 8bln..ada tips dr sgi pkaian x?
Nanti seminggu dua sblm pergi tu, cek ramalan cuaca. Kalau bawah 15 celcius tu bawak longjohn dgn jaket. Klu lebih dari 15c, bawak jaket je pun cukup. Tapi utk baby, kena balut elok-elok sbb takut dia tak tahan sejuk. Kena long john, topi, sarung tangan, stokin dan kasut jugak. Kita dewasa ni tak apa. Kalau tak sempat beli di sini, pergi beli di sana pun boleh. Murah pun murah.
sy akn pergi dlm bln 11 dan pulng bln 12..musim sjuk kan?sjuk smapi kna bwk long john ke @ xperlu?sy bwk bby 8 buln..ada tips x?tima ksih..sy suka tips yg dkongsi dsni… 🙂
Wowww. Saya nak ke sana tanpa apa2 budget ni. Sebab kena temankan ayah nak jumpa mak di sana. Alhamdulillah info yg banyak membantu. Pergi bukan sebab cuti ni tapi teruja sungguh 😄
Saya hanya bayar tiket pergi dan balik
So excited☺
salam..insyaAllah sy dan suami akan ke turki 31 July nanti. Pergi sendiri dan akan stay kat old sultanmet. Info dari kawan sy, kt situ mudah utk bergerak. Tempat makan pun senang. Sy akan berada di sana selama 4 malam. Any suggestion utk melawat ke mana dan bagaimana. Kami hanya berdua. Trm kasih…
Boleh beli Muzium Pass pastu pergilah ke Hagia Sophia, Topkapi Palace, Dolmabahce Palace, masuk ke semua masjid2 yg ada kelihatan tu, seberang selat bhosporus, pergi Galata Tower, Mozaik Muzium, Grand Bazaar, Spice Bazaar, dan macam-macam lagi.
Kalau nak ke Princess Island, mudah ke ? Dan kalau sy stay kt Ayasofya Hotel, mmg located kt tengah bandar dan dekat utk semua tempat tu ? Dari comment yg sy baca thru agoda, byk hotel kt sana yg sukar utk dicari buat pertama kali. Sy cadang ada di dana sehingga 4aug (4aug bertolak balik). Cukup masa atau sy perlu tambah sehari atau 2 lagi?
Trm kasih kerana sudi membantu dgn memberi maklumat…
Senang je nak ke princess island tu. klu nak sy rekemen hotel tepi masjid biru tu, hotel nama Ararat. ada link hotel kat page recommend dlm blog ni. selalu saya duk situ lah sebab senang cari dan dekat sangat nak sembahyang 5x sehari kat masjid biru tu pun boleh. murah pun murah.
klu nak duk istanbul je, 4 hari dah cukup. kalau nak gi tempat lain seperti cappadocia, pamukkale, trabzon dll tu elok panjangkan sekurang2nya 10 hari untuk betul2 nikmati turki. nak ke prince island tu pulak senang je. naik tram pastu berhenti di kabatas. turun tram, lintas jalan pastu jalan terus pastu jumpa jeti. naik bot dari situ utk ke prince island. stesen kabatas tu jugak you boleh guna untuk ke dolmabahce palace.
Brp k9s belanja d sana ntk 4 org ntk 9hari?
Salam puan..saya akan ke turkey bulan 9 nanti..itu musim apa ya? Sb saya akan bawa anak kecil saya..1y11m ..utk preparation pakaian..mana yang lebih untung untuk tukar duit?
Tahun lepas, September masih musim panas. Pakai pun macam di Malaysia. Tahun ni tak pasti, kena cek ramalan cuaca dulu sebelum datang. Tukar je duit di mana-mana yang ada tukaran Lira (Mid Valley dsb), atau aktifkan kad bank untuk kegunaan luar negara sebelum bertolak dan withdraw dari sini (caj RM10 atau RM12 setiap kali withdrawal dibuat).
Saya dan sorang lagi rakan perempuan akan ke istanbul awal bulan april ni, boleh tak recommend hotel yang berpatutan and easy access
Sila klik pada menu RECOMMENDED. Yang saya pernah menginap 3 kali setiap kali ke Istanbul ialah Ararat Hotel.
terima kasih..perkongsian yang cukup menarik. insya allah bln 4 tahun hadapan kami sekeluarga akan ke Turki..biras saya Duta kat sana. jadi jimatlah kos penginapan sikit.tapi ankara jauh la daripada Istanbul.
assalamualaikum.. saya nk ke turki bln disember.. utk 10 hari. dikhabarkan cuaca sejuk. boleh tak kongsi jenis2 pakaian yg sesuai dan brp helai sesuai utk dibawa ke sana..
1 jaket tebal, 2 heattech, 1 sarung tangan dah cukup. Penutup kepala termasuk tarbus pun boleh bawa. Pastu bawak la berapa pasang tshirt. Klu rasa nak salin hari2 bawa 10 tshirt. Seluar Jean 2 helai pun dah cukup.
Salam..nk tnya..brg di hard rock cafe berapa harga dlm rm?
Tak tau sebab tak pernah beli barang di HRC
Terima kasih atas perkongsian Tips melancong diatas. Saya sangat teruja dengan tips yg diberikan sebab Turki adalah salah satu tempat idaman saya.Daoakan saya boleh sampai ke sana 😉
bab peminta sedekah Syiria tu betul. Ada sekali tu di area Sulaymaniye Mosque..ramai pelarian Syiria datang mtk sedekah. Bila kita tak kasi dimarah-marahnya kita
Wah…perkongsian yang menarik. Rasa macam tak sabar nak melancong ke Turki jugak nanti.
Kalau datang bawakkan ikan bilis utk saya hahaha
Assalamualaikum warahmatullah… saya nk minta pandangan kalau nk beli brg mknn basah utk masak sendiri murah x?? Di turkey …dan dlm plan nk stay sebulan di sana agak2 brp ribu Rm yg perlukan ??
Waalaikumussalam. Beli barang basah lagi murah dan boleh jimat banyak. Contohnya, satu set makan tengah hari seperti Iskander Ayam harga sekitar TL15-20 sepinggan. Harga ayam sekor pula sekitar TL8.50-10 sekilo. Daging lembu pula sekitar TL30-50 per kilo bergantung kpd bahagian (bonfile/sirloin etc). Ikan pulak sekitar TL10-30 per kilo bergantung kpd jenis. Sayur-sayur dan buah-buahan pun murah. Di Turki, GST tak dikenakan pada makanan. Saya rasa, untuk seorang, kosnya tak sampai TL500 untuk masak makan sedap-sedap.
Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. macam best je kalau dapat melancong ke turki ni. hehe.. trip percuma ke Bangkok.
Saya dah kena tipu makan kat luar grand Bazaar. 2 lamb kebab,fries, 3 turkish tea dgn sos garlic & chilli sos kena charge 159 lira. Nasihat sy,jgn makan tmpt tiada tanda harga. Pastikan sebelum makan,tanya harga betul2.
kalau makan simit sure xkena tipu punya kerana harga simit cuma 1lira untuk yang xberkeju dan 2 lira bekeju memang seronok disana akan kesana lagi in shaa allah
https://www.facebook.com/kamallhaji/media_set?set=a.10153255525179533.1073741904.779689532&type=3
Assam puantq for your sharing.just nak tanya.waktu bila yg paling sesuai nak melawat turki?kami masih ragu2 sama ada nak dtg pada bulan 12 thn or bulan 4?utk pengetahuan kami travel bersama anak umur 2 thn so rsnye dekat mana paling sesuai utk kami stay?
Bulan 12 musim sejuk, susah bagi budak yang tak biasa. Lagipun, waktu siang sangat pendek. Faktor cuaca bulan 12 tu macam musim banjir di Pantai Timur Malaysia lah lebih kurangnya, ada tempat kita boleh lalu, ada tempat tak boleh lalu bergantung kepada keadaan cuaca. Saya secara personalnya rekemen bulan 4, masa tu musim bunga dan ada International Tulip Festival juga, dan buah2 tempatan pun baru masuk musim.
Terima kasih sharing….sy dah ke turki jun 2014.
Tetapi dengan travel agen…mencari tips untuk kesana lg tapi sendiri.
salam akak, kalau guna muzeum pass tu, boleh masuk mcm2 dgn TL80 je ke? Ke kena topup?
Boleh masuk macam-macam, tanpa perlu beli tiket. Tak kena topup, tapi ada limit masa.
Assalam sahabat,
kami bercadang nak ke sana sekitar hujung november, boleh share musim waktu tu dan apa persiapan terbaik bila trave bersama anak2 umur 2 hingga 7 tahun? thanks ye
Hujung November baru nak masuk musim sejuk. Sejuk la jugak time tu..prepare pakaian musim sejuk je la kot 🙂 Dan waktu siang pendek sikit.
As salam.. terima kasih kerana bagi info yg berguna.. Thn depan saya akan pergi sendiri tanpa travel agent… nak tanya sikit, boleh travelog.my jelaskan tak secara detail mcm mana caranya nak apply/ visa on arrival di airport turki tu.. sbb saya kurang jelas pasal visa on arrival ni.. hehe.. mohon bantuan.. terima kasih..
Visa on arrival (voa) tak perlu apply. Sampai je terus cop di kaunter imigresen di airport.
Salam terima kasih atas perkongsian. saya sempat juga baca sampai habis 🙂
As salam…terima kasih atas perkongsian yg menarik..sy bakal berkunjung ke turki pada bln hadapan bersama suami dan anak yg berusia 15 bulan..adakah perjalanan di sana terlalu memenatkan sehingga ada seorang rakan beritahu tak sesuai utk melancong ke turki bersama anak kecil? Terima kasih atas pandangan..
Salam Puan Jamalia, kalau ikut pengalaman saya tak ada penat mana dibandingkan dengan Jepun. Memang kena banyak berjalan, itu biasa bila kita ke mana-mana. Kecuali di Cappadocia, saya rasa tempat lain agak OK.
Assalam.. nak tanya, saya akan pergi berbulan madu di Pamukkale, Cappadocia dan Istanbul penghujung Mac sampai pertengahan April ni. Saya pergi sendiri tanpa travel agent. Macam mana dengan cuaca dekat sana ye? Apa yg saya faham waktu tu dah masuk spring tp still sejuk. Saya tak sure sama ada saya perlu bawa winter coat atau pun sekadar jacket sahaja. Lagi 1 pada pendapat Puan, cukup tak kalau saya dan pasangan saya bajet dalam 5k untuk perbelanjaan selama 10 hari di sana? Terima kasih.
Saya rasa bawa jaket yang sedikit tebal dan thermal clothes pun OK. Malam dan awal pagi agak sejuk.
InsyaAllah cukup kalau tak nak naik belon panas. Cuma baik prepare dengan kad kredit atau aktifkan kad debit sebelum bertolak, just in case for emergency.
As Salam..puan masih menginap di Turki ker? Saya plan nk ke sana tp bulan brp yg menarik? Kalau nk minta puan buatkan itenary plus all the details (transport/hotel/food) boleh ker? Saya 1st time nk melancong sendiri tanpa ajen sbb ada org yg dah pergi bagitau yg kat sana senang berjalan. Thanks.
p/s: boleh bagi e-mail add.
Itinerary contoh ada saya tulis di http://travelog.my/itinerary-trip-ke-turki/
Boleh download dan ejas mana yang sesuai dgn trip cik puan.
As Salam..puan masih menginap di Turki ker? Saya plan nk ke sana tp bulan brp yg menarik? Kalau nk minta puan buatkan itenary plus all the details (transport/hotel/food) boleh ker? Saya 1st time nk melancong sendiri tanpa ajen sbb ada org yg dah pergi bagitau yg kat sana senang berjalan. Thanks
Salam , nak tanya pergi sana, mana best penerbangan MAS atau turkish Airlines
Saya tak pasti sebab tak pernah guna MAS untuk penerbangan jauh. Turkish Airlines memang best.
So for the first time kami 4 beranak pergi dengan Andalusia, early May utk experience spring kat sana. Semoga dipermudahkan, Insha Allah. Thanks for ur great info
Semoga dipermudahkan urusan puan dan keluarga. Kalau tak silap, masa (april-may) tu ada fiesta bunga tulip antarabangsa di Istanbul (beratus ribu tulips ditanam di taman-taman bunga). Mungkin puan berpeluang utk lihat.
Alhamdulillah, sbb anak perempuan memang sesangat nak tengok tulips yg hidup kat tanah. Macam lucu bunyikan. Saya actually bawa anak2 n hubby to celebrate pension saya. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Syukran info pasal tulips tu, sure anak saya teruja sangat..
Sama-sama. InsyaAllah puan dan keluarga akan seronok bila sampai sini nanti. 🙂 Jangan lupa makan Ikan Hamsi juga.
Insha Allah, seronok sgt dapat berkenalan dan mendapat ilmu, jangan stop kongsi pengalaman ya.
Puan pemilik Nadin Homestay di Kuching, ke?
Ya, jom datang kuching..I love Kuching. Nanti saya boleh bagi great deals..homestay saya ni kampong dalam bandar. Di kelilingi dgn bangunan kerajaan. Walau pun asal org semenanjung tapi saya suka dok kuching. Jom datang…boleh contact no hp saya 0135660933. Datang jangan tak datang…
Nanti saya pergi Kuching lagi saya cari puan ya. Hari tu dah pergi tapi sebab dah ada voucher penginapan, kalau tak memang sewa Nadin Homestay sebab kawan rekemen.
Kalau datang watsapp atau email saya , boleh blok bilik atau rumah yg bersesuain. Terima kasihlah siapa kawan puan yg rekemen nadinhomestay ni, a home away from home. Syukran
Dia rekemen sebab pernah menginap di sana 😀 ok nanti kami pergi, awal-awal kami maklumkan ya.
Ok ok jom datang, Sarawak bumi kenyalang
As Salam.
bila nak pegi lagi tu..dah beli flight tiket ker
Salam.
Saya tukar duit Lira di midvalley..
Hujung tahun lepas sblm RM jatuh rate 1.70… not bad bagi saya
so tak perlu 2 kali tukar duit RM-euro-lira
First time dengar org tukar lira di malaysia.
mohon share yer…thanks for the info
salam.tq for sharing.saya akan ke istanbul march ni.saya akan tinggal di old city hotel…old city ni jauh ke dr pusat bandar.ssaya pernah pergi ke turkey dgn agency tp kali ini saya pg sendiri.mudah ke nk travel dr old city ni
Mudah sangat
salam sis, thnks sbb bagi info yg berguna..insyallh 17/1/2015 sy akan berangkat ke istanbul. tp nk tanya kat istanbul ada salji x?saya risau xleh cope dgn salji..
Istanbul semalam dan hari ini (7,8 Jan) bersalji. Di bahagian lain seperti Sakarya pula salji lebat dan terlalu tebal. Make sure bawa bekalan baju sejuk/thermal clothes/mittens/muffler yang cukup ya.
setakat salji di istanbul tempat macam sultan ahmet , eminonu dan tourist area yang lain salji nipis sangat . ala malu malu kucing . lepas tu 2 hari semua cair . Istanbul bahagian tourist ni rendah dan susah nak tebal . dulu zaman 50an macam tu sejuk lah beku semua .
ambang tahun 2015 saya di cappadocia sepanjang perjalanan xjumpa salji jumpa dan main salji hanya di Bolu https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10153255548704533&set=a.10153255525179533.1073741904.779689532&type=3&theater
Salam kenal travelog.my…
info sangat menarik!
thanks
Seronoknya…memang dah lama berangan nak pergi Turki. Entah bila nak pergi…
dalam perancangan juga ni…. ^_^
bagus perkongsian tips nih. thanks sis. ^___^
tq atas tips ni..saya nak gi turki april nanti…
Sama-sama FF. Enjoy your trip, rasanya kebanyakan orang yang pergi ke Turkey akan repeat pergi lagi. Everything in Turkey is awesome! You will love it. Ah macam promosi pulak.