Memang ramai dari kita yang nak melancong di negara-negara yang sejuk perlukan winter wear seperti long john atau heat tech, muffler atau neck warmer, mittens mahupun gloves. Tapi, kat mana nak beli benda-benda ni semua kerana ia bukanlah senang nak dapat. Lainlah jika duduk di Kuala Lumpur, senang sikit nak beli sebab kita maklum kat sana ada beberapa kedai yang menjual barang winter clothes ni.
Tapi jika duk di Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak atau negeri-negeri lain? Kat mana? Kat mana lagi kalau bukan online.
Ada beberapa laman web winter clothes online store di Malaysia ni. Cuma, sesetengah kedai online winter store ni stoknya bukan ready stok. Ada kedai yang anda kena order dahulu, lepas tu penjual order dari China kemudian dari China lah barangan yang anda order itu dipos, ia mengambil masa yang lama iaitu sekitar dua hingga tiga minggu penghantaran. Maklumlah, jauh kan.
Jadi yang penting nak beli online, anda kena tengok tempoh penghantarannya terlebih dahulu. Silap hari bulan, anda nak melancong esok lusa tapi barang hanya dipos dari negara lain. Sudahnya, anda dah keluar negara tapi barang tak sampai lagi.
Kat sinilah pentingnya anda beli barangan winter clothes yang dah ready stok. Supaya anda dapat terima barang sebelum anda berlepas. Boleh dapatkan di website ini.
Leave a Reply