• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Turki / Ankara / Trip sehari ke Ankara

Trip sehari ke Ankara

03/01/2016 By Travelog.my 2 Comments

Selepas plan nak pergi pada dua minggu lepas tertangguh, akhirnya sempat juga kami ke Ankara pada 29 Disember baru-baru ni. Tapi pergi sekejap sahaja, sebab cuaca tak berapa cantik dan bimbang serangan pengganas. Bukan lah saya takut sangat dengan pengganas ni, tapi berhati-hati je. Kebetulan lepas balik tu, ada tangkapan pengebom berani mati yang rancang nak serang semasa sambutan tahun baru.

Ankara ni duduknya di altitud tinggi berbanding Sakarya dan Istanbul. Jadi cuacanya sedikit berbeza.

Dan ada banyak museum di Ankara, cuma kami je tak sempat pergi sebab hanya berada di sana lebih kurang 5 jam sahaja. Lepas siap tambah muka surat di passport, kami ke restoren depan kedutaan USA kemudian terus ke stesen bas untuk naik bas balik ke Sakarya.

Secara ringkasnya, saya rasa Ankara ni kelihatan seperti bandar soviet. Penuh bangunan, ada banyak sangat tusyen atau tempat belajar Bahasa Inggeris, ada banyak statue, dan boring. 

Sambil jalan pergi kedutaan tu, sempat saya snap beberapa gambar untuk dikongsi di sini.

trip to ankara 3

Seperti di kebanyakan tempat lain, kat sini pun ada banyak burung merpati. Kat rumah saya je banyak burung gagak.

trip to ankara 4

Booth kecil tu jual loteri. Di Turki, loteri dan tikam-tikam nombor seperti ni dijual tepi jalan je. Ibarat orang jual goreng pisang kalau di Malaysia. Kedai nama batik tu pula bukan jual batik pun, tapi pakaian berjenama Batik.

trip to ankara 2

Statue dengan wajah Kamal Ataturk boleh dijumpa di mana-mana di Ankara. Orang Turki sangat sayangkan Ataturk. Orang Malaysia je yang kutuk Ataturk. Malah, di sini, jika anda melancong ke Turki, jangan sekali-kali mengutuk beliau di tempat terbuka. Buruk padahnya kalau dorang dengar dan faham.

trip to ankara

Salah satu bangunan yang sedikit menarik perhatian saya, tulisan pada dindingnya yang warna keemasan tu. Ini bangunan pejabat pendidikan. Hampir kebanyakan bangunan di sekitar kawasan Kizilay nih seperti bangunan zaman 40-an, 50-an gitu. Design lama. Sebab tu saya rasa macam tempat soviet.

Nasib baik ada kerja nak dibuat di Ankara ni. Kalau tak, mungkin belum sampai di sini lagi.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Ankara, Turki

Comments

  1. Raihanah Ahmad says

    11/01/2016 at 10:11 am

    setiap kali saya tengok gambar2 percutian dan perkongsian rakan blogger, memang terasa berada di sana juga

    Reply
  2. Raihanah Ahmad says

    05/01/2016 at 6:28 am

    cantik2 tempatnya, harap dapat ke sana juga

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in