Saya hanya baru dua tiga kali menjejakkan kaki ke Jepun. Memandangkan ramai juga yang bertanya dan meng”google” tentang trip murah ke Jepun, jadi saya terpanggil untuk kongsikan tentang trip ke Jepun lah tapi dengan cara murah.
Saya bukanlah pakar pelancongan, jadi jangan harapkan tip melancong murah sangat-sangat dari saya. Saya kongsi apa yang saya tahu saya, samada dari pengalaman atau dari informasi adik saya dari Kyoto.
Tiket penerbangan
Pada March nanti, mak saya akan melancong ke Osaka, Jepun. Saya tolong belikan tiket bagi pihak beliau dengan akaun AirAsia saya dan pada masa itu, saya tak bercadang untuk pergi melancong ke Osaka pun. Tiba-tiba, beberapa minggu sebelum beliau bertolak, saya mendapat email mengatakan saya mendapat 3 tiket penerbangan percuma ke Osaka, penerbangan yang sama dengan mak saya. Ia dipanggil AirAsia X Reward. Jadi, saya sekarang ada 3 tiket free. Percayakah anda ianya bukan scam? Saya cuma perlu bayar harge airport tax dan fuel surcharge sahaja. Dengan kata lain, saya jimat lebih kurang RM800-RM1000/orang bagi trip ke Osaka pada March nanti. Jadi kalau dapat email special dari AirAsia tu, jangan buat tak tahu je.
Untuk trip tahun lalu, saya beli return tiket pergi balik ke Tokyo, Jepun dengan harga RM 1485. Harga tiket termasuk dua luggage, makan dan travel insurance. Harga itu, sebenarnya tak murah pun sebab saya beli last minute. Saya ke Jepun sebagai transit untuk ke Orlando, Florida. Dibandingkan dengan tiket Malaysia Airlines, saya masih save sekitar RM700 bagi tarikh penerbangan yang sama.
Tiket penerbangan juga selalunya lebih murah pada bukan waktu peak seperti semasa musim cherry blossom, Golden week dan odon.
Lagi, anda jangan hanya cek tiket di laman web AirAsia mahupun MAS sahaja. Kena cek juga harga tiket di Kayak.com, Wego.com. Atau search menggunakan fungsi Wego yang terdapat di sidebar kanan blog ini. Di situ, perbandingan harga dibuat di lebih 400 syarikat penerbangan.
Kadang-kadang, penerbangan dari Singapore (SIN) ke Haneda (HND), Tokyo lebih murah berbanding Kuala Lumpur – Tokyo 🙂 Contohnya hari ini, saya cek penerbangan dari Singapore ke Tokyo bagi tarikh 16 September – 26 September hanya berharga USD420 (return ticket). Murah kan tu berbanding KUL – HND (Malaysia Airlines) yang berharga USD806.
Penginapan atau hotel di Jepun
Susah nak dapat hotel murah di Jepun. Bagi saya, semua yang dijual di Jepun adalah agak mahal apabila ditukar kepada Ringgit Malaysia. Tetapi, jika anda tinggal di Jepun, ianya harga yang berpatutan. Ada banyak pilihan hotel, paling murah pun saya menginap di Hotel Nikko Narita untuk transit semalaman semasa dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur. Harga sebilik ialah sekitar RM180. Baca di sini.
Boleh juga cuba guna kapsul hotel. Anda boleh memilih untuk bermalam di First Cabin, di Terminal 1 Lapangan Terbang Haneda dengan kos yang murah bagi hari pertama anda tiba di Tokyo. Boleh save di situ.
Atau, anda boleh pilih untuk menginap di AirBnB. Ya, saya juga pernah menginap di AirBnB milik seorang pelajar Kelantan di Hachioji hanya dengan bayaran JPY2500 atau RM85 semalaman bagi sebuah fully furnished studio house. Siap ada kelengkapan dapur untuk memasak lagi. Anda boleh hubungi Din, di sini. Saya menginap di situ selama tiga malam hanya dengan bayaran JPY7500 sahaja. Tapi ingat, Homestay Hachioji milik Din ini letaknya lebih kurang 1 jam menaiki local train dari Shibuya. Bermaksud, anda jimat dari segi wang untuk kos penginapan, tetapi tidak dari segi masa. Di Hachioji, tak ada apa yang menarik. Nak tak nak, anda kena ke Shibuya atau Shinjuku. Ibarat duduk di Bachok bila anda nak melancong ke Kota Bharu.
Couchsurfing
Couchsurfing ni penginapan percuma. Memang percuma betul. Mungkin tak ramai orang Malaysia yang tahu tentang Couchsurfing, dan jujurnya saya sendiri tak pernah guna website Couchsurfing. Cuma, dari apa yang saya tahu ramai backpackers di luar sana yang guna Couchsurfing untuk melancong murah atau hampir tanpa kos.
Apa yang anda perlu buat ialah mendaftar di laman web Couchsurfing dan looking for a host di lokasi yang anda nak pergi. Jika ada orang di lokasi yang anda akan tuju sudi berikan tempat tinggal, dapatlah anda menginap free. Selalunya, dan sesuai dengan namanya, “Couch”, tuan rumah mungkin bagi anda menginap di bilik tidur atau mungkin di sofa. Ianya percuma. Untuk maklumat lanjut tentang Couchsurfing, eloklah anda layari sendiri laman webnya, klik di sini.
AirBnB
Atau, anda boleh terus ke AirBnB.com dan cari bilik-bilik untuk disewakan di sekitar kawasan yang ingin anda tuju. Selalunya, AirBnB ada menyediakan makanan juga. Anda berkongsi rumah dengan tuan rumah. Saya bercadang untuk menginap di mana-mana AirBnB di Osaka, InsyaAllah dalam trip akan datang. Selalunya, AirBnB begitu anda kena berkongsi tandas. AirBnB milik Din pula sangat private, semua sebiji studio itu anda yang punya.
Update: Saya dah guna AirBnB di Osaka. Jika anda melancong ke Osaka, saya ada satu homestay/AirBnB yang saya nak rekemen (klik).
Pas keretapi untuk pelancong
Kos menggunakan train tanpa ada pas, sedikit mahal. Anda boleh jimat dengan beli pass train. Adik saya yang tinggal di Kyoto, Osaka mencadangkan supaya anda beli pas JR Line. Untuk 5 malam menginap, boleh pergi ke mana-mana destinasi menggunakan JR Line hanya dengan harga JPY7000 sahaja.
Anda juga boleh pilih unutk guna ICOCA, namun, ICOCA tidak ada diskaun seperti JR pass tetapi ianya prepaid card bagi train di Jepun.
Ada banyak jenis kad train di Jepun ni. Jika anda tak belajar, anda akan pening macam saya masa mula-mula sampai di Jepun. Bergantung kepada lokasi anda nak melancong di Jepun, pilih mana yang sesuai. Saya cadangkan anda study dulu perihal train di Jepun di sini. Ini penting tau kerana hampir semua lokasi anda boleh akses melalui train, dan teksi ialah sangat mahal mencekik darah.
Jangan guna teksi
Kos naik teksi di Jepun amatlah mahal. Kos naik teksi dari airport Kansai ke Namba (terpaksa naik) dah lebih RM200. Jangan jadi macam kami. Anda boleh pilih servis ini untuk kos lebih murah dari airport ke bandar-bandar utama seperti Tokyo, Shinagawa, Shibuya dan sebagainya dengan kos serendah JPY1280.
Free Guide
Di sesetengah bandar seperti Nara, Hokkaido, Iwate, Fukushima, dan Tokyo, anda boleh dapat sukarelawan yang bagi servis panduan (tour guide) percuma. Biasanya dibuat oleh warga Jepun yang nak berlatih Bahasa Inggeris. Anda cuma perlu bayar kos tiket masuk ke tempat yang dorang bawa je. Maklumat lanjut boleh dapati di website ini.
Tax Free Shopping
Biasanya anda akan dapat tax free shopping jika belian dalam jumlah tertentu, cuma kena tunjuk passport sahaja. Sales tax di Jepun ialah 5%.
Souvenir murah
Kat mana nak beli barang-barang cenderahati untuk family di Malaysia? Perlukah beli fridge magnet di touristy area? Tak semestinya. Tapi anda boleh beli di kedai-kedai 100Yen, alah, macam kedai RM2 di negara kita. Bezanya, walaupun 100Y, tapi baranganya tetap berkualiti. Sampai sekarang, tikar piknik berharga 100Y kami beli pun masih elok. 🙂
Untuk melancong dgn kos lebih murah tanpa pening kepala dgn train di Jepun dan bahasa Jepun ni, eloklah cari budget tour atau tourist guide di Jepun yang murah-murah. Jangan pilih tourist guide yang tak pandai Melayu (maklumlah, selalu kan dorang ni samada cakap English berterabur atau cakap Cina). Kalau nak saya rekemen tourist guide yang murah, yang pernah tinggal dan belajar di Jepun, boleh berbahsa Jepun dan Melayu dan boleh bantu anda dapat makanan halal kat Jepun termasuk penginapan, hubungi je Japan Budget Trip. Ni maklumat untuk hubungi dia.
Fb : https://www.facebook.com/japanbudgettrip
Email : japanbudgettrip@gmail.com
Whatsapp : 013-3417178
Instagram: @japanbudgettrip
hye..i linda
just nak tanye ade tips tak dari tokyo ke sapporo?thanks 🙂
Sangat2 berinformasi blog cik.Saya dalam perancangan untuk pergi ke Jepun & Korea (dalam satu trip) Tokyo – Osaka – Busan – Seoul. Saya masih membuat kajian untuk trip bajet ini. Saya ada cuba (try & error) beli flight ticket one-way dari Kansai – Incheon tetapi ada notes menyatakan perjalanan saya mungkin bakal dinafikan kerana tidak membeli tiket dua hala.. Saya cuba mencari blogger yg mungkin pernah travel ke Jepun & Korea dlm satu trip namun tidak lagi saya jumpa.. Mungkin cik boleh beri pendapat serta bantu saya?
Salam saudara.
Saya nak tanya penginapan encik Din masih ada tak skarang ni?
tq
Sila hubungi En. Din untuk tanya servis yg ditawarkan oleh En. Din. TQ
Assalamualaikim. Boleh email ke sy contact num? Nak mintak tips sikit. Tq 😊
Boleh tanya terus di ruang komen.
Inshaallah, akan sampai jugak ke jepun nanti. Banyak tips boleh digunakan
asslamualaikum..
sy ada tgk beberapa blog pasal keperluan ke jepun & salah 1 nya bg tau..dalam bank mst ada sekurang2nya 10K..betol ke ye??
Sama sekali tidak betul, sejak Malaysian diberikan VOA.
Dulu, semasa kita kena apply visa sebelum pergi, ia betul.
Asalam..
sy sudah mbuat tempahan di airbnb.com…sgt berpatutan harga yg sy dpt..kbykkn mmg kiraan kos 1 org .. sy juga ingin btanya.. adakah jimat skiranya sy mbeli jrpass selama 7 hari dgn harga RM800 lebih 1 org dewasa.jrpass layak utk semua train di japan?..sebab kami akn tiba di kansai dan akn terus ke tokyo dgn mnaiki train..slpas 3 hari di tokyo kmi akn ke kyoto pula..dan seterusnya ke osaka..
Susah saya nak jawab ni.. setakat pengalaman saya sehari tak sampai pun guna RM100 untuk train semasa di sana. JR Pass utk JR Line. Tak beli pass tu pun tak pe, awak beli tiket satu-satu. Jika tak sure tiket/stesen mana nak turun, beli je yang paling murah. Dan masa turun di train station, boleh tambah bayaran atau ambil bayaran di Fair Adjustment Machine di sana.
Assalam…
nak tanya..website airbnb tu menawarkn penginapan utk harga 1 mlm utk 1 bilik or 1mlm utk 1 orang?..nak booking tp risau tersalah booking…
tq
Hazwani, setiap satu tu berbeza pemiliknya. Semua deskripsi penginapan dinyatakan dgn jelas bagi setiap listing. Kena baca apa yg ditulis oleh pemiliknya supaya tak tersalah booking. Pengalaman saya setakat ini, ada yang harga 1 bilik 1 orang, ada yang 1 rumah terus. Apapun, saudari boleh bertanya kpd pemiliknya secara terus sebelum apa-apa tempahan dibuat.
Wah! Murah rezeki tuan alhamdulillah! Thanks for the tips. Memang berhajat nak jejak kaki ke sana satu masa nanti
Yup, tiket shinkansen pun dah harga sama mcm tiket flight. Yang jimat dgn shinkansen ialah masa sbb laju dan tak perlu checkin luggage semua tu. Hehe
kalau naik Shinkansen pasti tak jimatlah kot…heee
Terima kasih maklumatnya, ,memang ada niat dah, mudahan akan sampai nanti, insyaAllah.
wahhh mesti bestkan dpt gi jepun…..teringin jugak nak ke sana