• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Airlines / Transit Lama di Changi Airport – 11 jam

Transit Lama di Changi Airport – 11 jam

27/12/2019 By Travelog.my Leave a Comment

Untuk perjalanan balik kampung di Orlando kali ni, kami punya route ialah bermula dari Kota Bharu, transit di Kuala Lumpur, kemudian transit 11 jam di Changi Airport, Singapura, kemudian transit 5 jam 30 minit di San Francisco Airport, sebelum tiba di Orlando.

Jadi, yang 11 jam transit di airport Changi ni, yang nak cerita dalam blogpost kali ni. 11 jam ni sebenarnya lama. Kami tiada pilihan lain, tiket-tiket lain yang transit lebih pendek, berharga jauh lebih mahal – iaitu dengan beza beribu ringgit juga – sebab tarikh dekat dengan krismas. Maklumlah, tiket ni kami beli agak last minute juga, iaitu 2 minggu sebelum bertolak.

Kami tak kisah sangat pasal transit lama, kerana airport Changi ni best. Tak boring seperti airport lain yang pernah kami transit. Saya boleh katakan, ia airport terbaik untuk transit.

Download Changi Airport Apps sebelum bertolak

Sebelum bertolak, saya dah download apps android untuk Changi Airport, dari situ, kita dapat lihat pilihan makanan halal di airport dan lokasi (kena aktifkan Bluetooth pada telefon untuk dapatkan walking direction dalam airport). Midnight tu sempat pergi Burger King beli burger beberapa biji. Selain tu, boleh juga lihat lokasi hotel atau sleeping box dalam airport (boleh buat booking juga).

Silap saya, saya tidak book hotel airport awal-awal kerana duk ingatkan tak perlu. Bila sampai sana, saya dapati stroller anak saya tidak dikeluarkan di gate airplane (atas faktor keselamatan, semua stroller dan car seat akan direct check trough ke destination – dalam kes saya, ia akan dikeluarkan di San Francisco). Maka, tak ada stroller lah sepanjang 11 jam transit. Mujurlah airport ada stroller, tapi itu tak cukup untuk buat anak saya tidur (tak selesa macam stroller sendiri). Nak tak nak, kena cari tempat tidur juga.

Hotel atau sleeping room

Nasib baiklah, saya tanya staf di kaunter informasi tentang tempat untuk tidur. Staf tersebut cakap hotel transit dah penuh, tapi ada sleeping room/box di Wellness Oasis Lounge di Terminal 3 (saya landed di Terminal 3 kerana naiki penerbangan Jet Star dari KL).

Di Wellness Oasis Lounge, ada tinggal lagi 1 bilik yang kosong. Bilik je, luas cukup-cukup untuk sekeping tilam saiz single dan beberapa beg saiz cabin/hand carry. Okaylah, asalkan anak dapat tidur selesa, lagipun perjalanan masih jauh. Kami sewa selama 6 jam. Kos 1 bilik ialah SGD 33 untuk setiap 3 jam, untuk 6 jam jadi SGD 66. Manakala untuk recliner chair pula kadarnya ialah SGD 15 untuk setiap 3 jam. Tapi tak selesa sebab keras sangat. Better cari sofa-sofa kat ruang awam je lagi selesa.

Terminal 2, Transit E untuk United Airlines.

Elok subuh, kami bangun dan naik train ke Terminal 2 untuk dapatkan boarding pass penerbangan seterusnya, iaitu flight United Airlines untuk ke San Francisco. Penerbangan ini akan memakan masa lebih kurang 15 jam. Yang ni lah yang penat sikit dengan anak kecil. Elok kaunter buka, kami kena bagi passport pada pengawal bertugas sebelum ke kaunter. Mereka akan cek passport dan USA visa, isi alamat tempat kita akan duduk di USA. Lepas tu, barulah ke kaunter untuk print boarding pass.

Kami orang pertama dapat boading pass. Pastu, ada lagi 2 jam 50 minit sebelum bertolak. Sempat pergi makan Nasi Lemak Rendang Ayam di Crave, cuma SGD 22 sahaja untuk dua orang makan, termasuk 2 mug kopi. Sedap pun sedap.

Kemudian ke Family Room boleh tonton kartun dan juga sebelah kedai Nasi Lemak Crave tu juga ada playground. Tapi masa ni Orhan agak mengantuk sebab tak cukup tidur, jadi dia tengok gelongsor ni pun dengan pandangan kosong je. Haha

Cantik airport ni. Di rooftop ada taman bunga matahari. Ada kolam ikan juga.

Baby room pun okay juga

Berbanding dengan baby room di airport New York, airport San Francisco, airport Guangzhao, yang airport Changi ni ada lebih kemudahan. Ada mesin air panas untuk buat susu, ada lampin untuk anda beli dgn harga SGD 1 sekeping (masuk syiling, nanti keluar lampin). Ada bilik menyusu – apapun, jika nak buat perbandingan antara semua baby room di airport yang pernah saya guna, Baby Room di Amsterdam Airport (AMS) ialah yang terbaik sebab siap ada cube untuk tidurkan baby yang mana mak ayah pun boleh tidur sekali. Microwave pun ada juga.

Tu je lah yang kami buat sepanjang 11 jam transit. Tidur 6 jam, selebihnya jalan-jalan di taman bunga matahari di roof top, makan di Crave, tonton kartun di Family Room dan spend masa di playground.

Ada banyak benda boleh buat di Changi Airport sebenarnya, panggung wayang pun ada, gelongsor tertinggi di dunia pun ada, Jewel ada, dan macam-macam lagi. Selain tu, kalau transit pada siang hari, ada 3 jenis free tour yang kita boleh dapat, tapi jangan lalu imigresen. Cuma sebab kami tidur 6 jam, jadi tak sempat nak tengok tarikan-tarikan yang ada di Changi. Nampak gaya, nak kena buat special trip ke Singapura lepas ni.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Airlines, Malaysia, Singapore

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in