Sugarlands Valley Trail ni kami singgah untuk ambil gambar atas batu dalam sungai untuk dihantar kepada datuk hubby.
Kat sini, dulunya penempatan untuk musim selain musim sejuk sehinggalah kerajaan US beli tanah-tanah dan buat pampasan kepada orang asal untuk dijadikan Taman Negara Smokey Mountain. Tak semua orang asal setuju untuk berpindah dan terima pampasan. Ada juga yang tak nak pindah langsung. Dalam keadaan tu, kerajaan US bagi kebenaran mereka duduk hingga mereka meninggal dunia. Orang terakhir yang duduk di sini meninggal lebih kurang 20 tahun lalu.
Sugarlands Valley Trail ni lebih sesuai untuk orang tua mahupun OKU berjalan-jalan. Sebabnya kawasan ni flat je.
Di bawah ni antara gambar yang sempat saya snap di sini.
Ini pokok kecil, namanya Poison Ivy. Pak mertua saya tersentuh satu dengan kakinya, memang gatal-gatal dan kena makan antibiotik untuk hentikan gatal. Sapu minyak cap kapak, spray ubat yang beli di farmasi pun tak leh challenge gak. Jadi kalau anda jumpa pokok macam ni, jangan pegang ya. Pergi main jauh-jauh.
heheh US Bestkan…. rasa nak pergi lagi…. tapi pakcik trumpet tu buat kita susah hati nak travel ke sana kan