• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Makanan & Restoren / Stir fry kacang parang dengan paprika

Stir fry kacang parang dengan paprika

28/02/2016 By Travelog.my 9 Comments

Sayur kacang parang

Memandangkan musim spring datang awal tahun ni, maka sayur-sayur feveret pun dah mula dijual di pasar. Sebelum ni duk makan sayur macam baby romance, arugula..dan beberapa jenis je. Tak banyak pilihan. Tapi bukan nak cerita bab sayur kali ni. Cuma, pasal morning sickness dan kaitannya dengan makanan yang selalu kita makan.

Pelik betullah. Steak saya dah tak boleh telan. Sebelum-sebelum ni kalau makan yang medium rare tu, siap makan sambil pejam mata lagi. Sekarang, hatta yang well cooked pun tak boleh nak telan. Iskender dan kumpir apa-apa jenis makanan yang kuah pekat pun sama juga. Hanya benda-benda simple je yang boleh masuk perut.

Baru saya faham perasaan bakal-bakal ibu yang alahan dan kena morning sickness. Memang bukan benda mudah, terutamanya semua makanan feveret kita tak boleh makan. Bukan setakat makan, malah tak boleh bau pun. Bau yang wangi-wangi okay pulak. Benda ni sangatlah baru bagi saya, dan bukan senang nak sesuaikan diri.

Jadi akhir-akhir ni, habi yang lebih banyak masak. Tapi yang dia masak makanan western lah sebab dia orang barat. Yang berkeju, creamy dan seumpamanya tu bukan senang nak kena dengan tekak kita.

Kena pepandai inisiatif sendiri supaya perut tak kebulur. Bila kebulur atau perut kosong, lagi senang dapat morning sickness (bukan sekadar morning, malah petang dan malam pun ia muncul tetiba). Hatta, masa elok-elok duk tidur pun boleh tiba-tiba bangun sebab perut tak selesa.

Kebanyakan snek saya ialah biskut kraker, kurma, aprikot kering dan cranberry kering. Selebihnya saya makan makanan yang simple sahaja. Contohnya Sayur Goreng Kacang Parang macam dalam gambar kat atas ni. Yang bagusnya, menu ini elok je settle down dalam perut dan memang tak kena morning sickness pun lepas makan. Alhamdulillah.

So bagi bakal ibu yang baca blog ni, kalau rasa nak cuba bolehlah masak atau suruh sesiapa masakkan.

Bahan-bahan

  • 300 gram kacang parang muda (atau boleh guna kacang panjang/kacang peas/etc)
  • 200 gram ayam dipotong kecil (kena potong kecil-kecil, sebab kalau potong besar nanti masa kunyah bau ayam..bimbang boleh rasa loya pulak)
  • 5 ulas bawang putih untuk tumis, potong kecil-kecil
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1/2 sudu teh serbuk paprika
  • 1 sudu serbuk cili
  • Garam halus secukup rasa
  • 2 senduk minyak zaitun
  • Kiub ayam (option – saya tak bubuh)

Cara masak pun senang siut

Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih. Masukkan ayam, serbuk kunyit, serbuk cili, paprika dan garam. Gaul-gaul dan biarkan sampai masak ayam tu. Terus masukkan sayur kacang yang dipotong-potong. Masak jangan sampai lembik, bagi crunchy gitu. Dah layu sayur tu, tutup api dan ready untuk makan.

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Makanan & Restoren

Comments

  1. titan says

    12/03/2016 at 9:07 am

    alhamdulillah.

    dah ada isi dah rupanya engko ye..

    Reply
  2. Noriza Rahman says

    07/03/2016 at 1:27 pm

    Seronoknya dengar Puan Siti dah mengandung, tahniah ya!

    take care..

    Reply
    • Travelog.my says

      07/03/2016 at 1:35 pm

      Hehe terima kasih kak!

      Reply
      • Noriza Rahman says

        31/03/2016 at 3:33 am

        Jaga diri lek lok di perantauan ya, morning sickness ni kekadang nak menguji makanan mana yang boleh masuk dengan anak tekak kita…hehe

        Reply
        • Travelog.my says

          03/04/2016 at 3:29 pm

          Baru je habis morning sickness bila masuk minggu ke-15. Fuh, lega. Kalau tak, susah hidup.

          Reply
  3. muis ismail says

    29/02/2016 at 3:24 am

    sis dah pregnant ye? alhamdulillah.
    sy dah nearly 5 years married with no kids. masih mencuba lagi.
    take care 🙂

    Reply
    • Travelog.my says

      29/02/2016 at 3:33 am

      Alhamdulillah terima kasih. Saya pun lepas 2 thn baru dapat. Itupun lepas buat pembedahan buang cyst dan buat HSG XRAY bulan November lepas.

      Dah cek dgn pakar sakit puan ke belum?

      Reply
  4. Shiela says

    29/02/2016 at 2:31 am

    Awak..cuba cek balik..kita baca selalu time pregnan x sesuai nak makan kacang parang..

    Reply
    • Travelog.my says

      29/02/2016 at 2:33 am

      Erkk..adus..yg sedap pulak tak boleh makan. Huhu Time kasih Shiela.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in