Peluang baik bagi sesiapa yang bercadang nak ke Amerika Syarikat, setelah Malaysia Airlines tutup laluan ke Los Angeles, nampaknya Singapore Airlines pula buka kembali laluan ini. Ia dijangka mula beroperasi pada tahun 2018.
Pengumuman ini dibuat oleh Singapore Airlines pagi tadi, akan menjadikan ianya penerbangan terlama di dunia, terbang tanpa henti dari Singapura ke New York. Ia dijangkan beroperasi menggunakan Airbus A350-900ULR, yang mempunyai kapasiti melebih 10,000 baru, lebih dari cukup untuk perjalanan 9,500 batu ke New York, dan 8,700 baru ke Los Angeles.
Jadi, tahun 2018 nanti, bolehlah kami ke Amerika Syarikat dari Kota Bharu iaitu dengan transit di Singapore. Jimat banyak masa. Tahun 2013, saya ke Amerika dengan transit di Jepun. Tahun 2014 pula transit di Turki (sambil jalan-jalan juga sebenarnya).
Leave a Reply