Ada tiga jenis tour yang kita boleh pilih di Cappadocia. Kami ambil Green Tour dengan bayaran TL120 seorang. Ia termasuk lunch juga. Tour bermula jam 10 pagi dan habis jam 6 petang. Mereka datang jemput kami di Takaev Cave Hotel untuk ke tour tersebut.
Tempat pertama dituju ialah Selime Monastery, yang merupakan penempatan semasa Hittite, Assyrian, Persian, Roman, Byzantine, Danişment, Seljuk and Ottoman.
Memula tu kami naik minibus hampir sejam untuk ke Selime Monastery yang dekat dengan Ihlara Valley. Dekat sejam luangkan masa kat sini. Takjub dengan panorama dan macam mana orang zaman dulu korek batu ni untuk dijadikan tempat tinggal. Dari jauh, nampak macam sarang semut tapi sebenarnya penempatan orang zaman dulu. Zaman dahulu maksudnya abad ke 8 dan 9.
Bercakap pasal Turki ni, tak macam Malaysia. Di Malaysia bila kita sebut zaman dulu, kita bayangkan zaman British, zaman Jepun Jajah atau paling lama pun zaman kesultanan Melaka. Di Turki, jika kita merujuk kepada zaman dulu di sini, maksudnya ia zaman sebelum ada Nabi Muhammad lagi. Terlalulah lama sejarah mereka ni dan ia masih tersimpan rapi sampai sekarang. Cave ni semua usianya beribu-ribu tahun dah. Meja-meja yang diukir seperti anda lihat dalam cerita kartun Flintstones tu mungkin diadaptasi dari kehidupan masyarakat di Cappadocia. Sebelum saya datang, saya tidak terfikir pun sejauh mana lama sejarah mereka. Dah datang baru tahu.
3 gambar di atas ialah gereja yang terdapat dalam Selime Monestory. Ada kelihatan warna hitam kat dinding tu, sebabnya, ada budak nakal yang bakar gereja ni suatu ketika dulu. Tak semua terbakar, ada yang masih elok lagi lukisan pada dindingnya. Macam di bawah ni, hiasan pada bumbung yang masih elok. Warna merah tu dibuat dari buah-buahan. Begitu juga warna-warna lain yang mana dakwat dibuat dari tumbuhan.
Macam mana mereka boleh korek batu-batu ni semua?
Cerita mudahnya begini. Ia bukan batu bukit yang keras tu tapi terhasil dari lava gunung berapi berjuta tahun lalu. Hakisan angin dan cuaca mewujudkan batu-batu begini. Ia senang diukir dan dikorek. Sebab itulah, anda dapat lihat yang dinding/batu ini tidak padat atau mampat, ada ruangan udara dalam batu ni. Sebab tu senang korek.
Saya panjat sampai tengah je. Tak sampai puncak sebab tak cukup masa. Jika anda datang sini, pastikan pakai kasut bersesuaian. Jangan pakai kasut tumit tinggi atau kasut bergaya macam pergi office. Make sure kasut anda sesuai untuk hiking, dan jangan pijak atas pasir supaya tak tergelincir.
Kanak-kanak mungkin tak sesuai untuk datang sini. Mereka akan cepat penat dan susah nak kawal especially bila panjat tempat begini. Better tak bawak budak.
Sebenarnya ada banyak lagi tempat yang macam ni, tapi atas faktor keselamatan pengunjung, kita pergi ke tempat yang orang bawak je.
Next, Ihlara Valley!
Salam.berapa ye cost utk naik air ballon yg cantik tu ye?leh bg tips tak nk cr agent utk naik air balloon tu
bestnyer nak ikut baru layanz cite “manisnya cinta di cappadocia” fazura n sahaheizy sam belakon macam best jer