Sazova Park antara landmark popular di Eskisehir, terutamanya bagi budak-budak sebab ini taman yang besar dan ada macam-macam jenis permainan. Ada gelongsor bentuk anjing besar, naik atas kepala anjing keluar di bontot anjing. Ada yang bentuk dinosor, naik ke kepala dinosor kemudian gelongsor ke ekor dinosor. Seriously, kalau bawa budak-budak, memang dorang syok habis. Kita orang tua-tua ni, lain feeling nya. Tak hairanlah taman ini dapat rating 5 bintang di TripAdvisor.
Tiada caj tiket masuk dikenakan untuk masuk ke Sazova Park. Semua dalam ni free, kecuali untuk masuk ke replika kapal Columbus. Caj masuk ke replika kapal Columbus ialah TL2 bagi orang awam, tapi kalau anda cakap anda öğrenci (sebut oreng-ji), harga tiket ialah TL1. öğrenci maksudnya student.
Awalnya saya fikir ini hanya sebuah kapal biasa, tapi sebenarnya memang saiz sebenar kapal Christoper Columbus yang digunakan untuk ke Amerika. Ya, saiz sebenar. Dan replika ini juga agak detail buatannya. Pada masa hadapan, pihak mereka akan bina kapal jenis Kadirga pula iaitu kapal era Ottoman.
Tidak jauh dari kapal Christoper Columbus ni, ada satu bangunan nampak macam bangunan Disneyland.
Sekali tengok memang nampak ke-Disneyland-nya. Dua kali tengok, dan bila diamati, anda akan nampak ia gabungan pelbagai menara di Turki – termasuklah replika Galata Tower di Istanbul atas bangunan ala-ala Disneyland ni.
Dalam taman ni juga ada banyak restoren dan cafe. Tapi saya rasa, lagi syok kalau anda bawa makanan sendiri dan piknik atas rumput kat sini. Sambil piknik, sambil tengok budak-budak main.
Bersebelahan taman ni, ada satu lagi tempat yang anda boleh kunjungi iaitu Sabanci Planetarium. Tapi kami skip Sabanci Planetarium ni sebab masa yang terhad, perut pun dah lapar dah. Lepas dah sampai hotel, baru rasa menyesal tak masuk ke Sabanci Planetarium.. sebabnya ia merupakan planetarium terbesar di Turki! Malah, ia mempunyai teknologi resolusi tinggi dengan fish-eye lens 16 mega pixel imej dalam dome 360°.
Selain sistem pengangkutan awam yang efisyen, jujurnya saya kagum dengan taman-taman yang terjaga rapi dan masuk percuma yang terdapat di hampir semua bandar di Turki. Mungkin sebab inilah rakyatnya membayar sehingga 18% GST 😉
cantiknya turki..moga cepat dapat ke sana, tengok orang pegi teringin rasa..
InsyaAllah dipermudahkan-Nya utk ke Turki.