Jujurnya tak banyak syarikat penerbangan yang pernah saya guna. Paling kerap saya guna ialah Airasia untuk hampir semua destinasi dalam Malaysia. Kedua kerap, Malaysia Airlines itupun jika tiket MAS lagi murah dari Airasia. Ketiga, Airasia X dan Delta ialah yang terbaru untuk trip ke New York dan Orlando (pergi dan balik).
Inilah pertama kali saya naik Delta Airlines. Untuk trip Japan – New York – Orlando, jadi ada empat penerbangan pergi balik yang sempat saya rasai dengan Delta. Boeing 747-400, penerbangan Delta 173. Seat saya mesti tepi tingkap.
Pramugari dan pramugara mereka kebanyakannya berusia. Mereka buat apa yang mereka perlu buat. Tidak seramah atau semanis staff Airasia semasa ke Jepun. Jadi, staff mereka saya kategorikan sebagai OK OK sahaja.
Sebelum berlepas, mereka akan berikan tisu basah panas untuk lap tangan. Kemudian anda diberikan earphone untuk digunakan masa tonton movie di seat anda. Earphones ni bagi saya better tak bagi pun sebab bila pakai tak jelas pun bunyi apa. Jadi saya hanya tonton movie dan drama yang ada subtitles seperti drama Jepun, Korea dan Hindustan.
Dinner pertama dihidangkan sekejap sahaja selepas berlepas.
Tapi saya puji bab makanan. Memang banyak makanan yang dihidangkan. Lagi best, penumpang yang order special foods seperti Hindu foods, Kosher foods dan seumpamanya akan dihidangkan lebih dahulu. Siap dorang agihkan special foods barulah turn normal foods. Jika anda nak makan cepat, orderlah special foods. Gambar di atas ialah Kosher Foods yang dihidangkan untuk kami. Ada nasi dengan ikan salmon, roti, salad, buah. kek, kopi dan teh, gula-gula juga.
Makanan sampingan pula dihidangkan selang 3 jam kemudian. Ada pisang, roti, dan kopi lagi.
Kemudian, sekali lagi makanan berat berupa scramble eggs dan sebagainya.
Makanan dihidangkan sebanyak tiga kali bagi penerbangan lebih 10 jam ini. Minuman pula setiap jam akan diagihkan. Pendek kata, tak de chance laparlah.
Overall, trip dengan Delta untuk penerbangan jauh begini agak memuaskan. Sure saya akan guna lagi servis mereka pada masa hadapan.
>> Baca Cara beli tiket flight murah ke Amerika Syarikat di sini
[…] Chef Wan, on an economy flight from Kuala Lumpur to Bangkok that day, commented on Instagram that he received a nasi lemak telanjang (“naked” nasi lemak) from the airline. […]