Berhadapan Batik Boutique Hotel, ada dua mall. Satu mall kecil, Tun Jugah. Satu mall besar sikit, Sarawak Plaza. Dua-dua mall ni saya pergi, dan duduk lepak di Ipoh Coffee di aras bawah Tun Jugah.
Hubby cakap, “Hey you, come to Sarawak but drinks Ipoh coffee? Like Mat Salleh go to Kelantan but eat McDonald’s? Go get the real Sarawak coffee lah!”
Kata saya, “Tapi kopi ni sedap, Cuddle Bunny!” Cuddle Bunny ialah nama lain beliau.
Esoknya dalam perjalanan pulang dari Mangrove Wildlife Boat Tour, dua lelaki Jerman dalam van saya minta pemandu rekemen local coffee yang sedap di Kuching. Lalu driver bernama Alfred hentikan kami di satu kedai runcit di Market Street.
Saya turut tumpang dua kaki.
Market Street ialah jalan di mana adanya lukisan mural Orang Utan yang famous ni.
Kedai runcit tu nama KHIN. Mengikut Alfred yang faham halal haram sebab belajar Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah semasa beliau menuntut di UiTM, di situlah kopi tersedap di Kuching. Bukan kedai kopi tapi jual coffee bean.
Sebaik masuk dalam kedai runcit ini, semerbak bau coffee menusuk hidung. Sungguh beraroma. Saya tanya pekerja kedai tu, katanya, kopi tersebut dipanggang dengan marjerin dan gula sahaja. Tiada bahan lain.
Kopi kampung style!
Satu kilogram Black Coffee berharga RM 26, manakala White Coffee pula RM 24. Kami ambil serba sekilo. 2 kilo untuk disandang balik Kota Bharu. Pelancong Jerman tu turut beli beberapa kilo. Jika anda mahu senang minum, suruh sahaja pekerja kedai tu blend untuk ada. Saya tak suruh blend sebab memang dah ada coffee grinder di rumah. Lagipun kopi akan rasa lebih sedap jika dimesin sebelum minum.
Yah! That’s mine! All mine.
PS: Rakan-rakan Sarawak saya cakap, jika nak rasa kopi yang sedap, anda boleh ke Carpenter Street. Ada banyak kedai kopi kat situ. Saya tak cuba, tapi dorang cakap sedap. Kedai kopi cina.
Ni kira brew coffee la kan bukan yg press punya? Brew coffee ni kalau layan dgn selera tempatan best jugak. Cuma kalau layan coffee sendiri2 kawe prefer yg kena press dulu. Then again, lain org, lain citarasanya 😀