Ini salah satu powerbank yang saya guna, beli dengan harga yang agak murah, iaitu cuma RM 45 sahaja. 10,000 mAh ni boleh caj handphone Sony Xperia Z Ultra saya sebanyak 3 kali. Handphone tu punya bateri kapasiti 3,030 mAh. Sesuai sangat la kan. Manakala handphone Google Nexus 4 pula boleh caj sehingga 4 kali sebab handphone tu cuma 2200 mAh sahaja.
Powerbank dengan kapasiti besar sangat penting, terutamanya bila melancong. Sebabnya, bila pergi ke negara asing ni paling banyak travel adapter yang kita bawa ialah 2 biji. Jarang orang bawa 5, 6 travel adapter kan. Hehe Bila travel adapter sikit, ada baiknya bawa powerbank yang kapasiti besar supaya anda tak perlu caj banyak kali.
Lagipun, bila kita melancong, kebanyakan masa ialah di luar hotel yang mana susah nak dapat akses elektrik untuk charging purpose kan.
Saya pun kalau boleh nak beli powerbank yang lagi besar kapasitinya, mungkin yang powerbank 20000 mAh. Tapi, buat masa ini pakai yang ni pun dah memadai.
Yang penting, ada lampu suluh (torch light). Saya dah test dah, memang boleh tahan setaraf lampu suluh biasa yang guna bateri double AA. Dekat 5 minit juga saya ON lampu suluh ni, bateri hanya berkurang 1% je. Lebih dari cukuplah untuk bawa bekal masa melancong atau hiking. Tak perlu bawa lampu suluh lagi.
Pro
- Dual charger – boleh caj dua hanphone serentak.
- Torch light
- Tak berat pun
Oklah, kalau anda nak juga powerbank macam ni, boleh dapatkan kat sini. Murah je.
bila travel jauh memang penting power bank ni, tak risau sangat batteri hp habis.
saya belum rasa nak pakai lagi power bank tapi tengok ada lampu, macam berguna je
Siap ada lampu suluh…
Saya punya tak tau jenama apa…
Tapi ok laa… lebih kurang pineng gak…
hoho..
siap ada lampu suluh lagi tuh..
Yup, itu yg penting sekali
cukup dah tu… 10k mAh…
Harap-harap cukup dan tak kehabisan battery kat airport.. parah klu gitu
Sekarang ni saya tengah mencari power bank yang boleh charge guna tenaga solar. OTG pun boleh charge, kan?
Memang ada, pernah tengok pengembara guna.
ade,mmbr sy dh beli…10k mah rm60..kt lazada 5k rm80…
Power bank ni memang penting untuk kaki travel..kalau ada duit lebih, apa salahnya upgrade ke 20000 mAh Siti..boleh guna banyak kali..
Tu lah.. dah nyesal ni kenapa tak beli yg 20k mah terus. Nak order tak sempat pulak sampai..