Sebelum puasa ni, kami sempat pergi ke Terengganu. Saje jalan-jalan untuk rehatkan otak lepas edit tesis yang masuk ke kotak email berduyun-duyun. Maklum sahaja, musim orang hantar tesis. Tak lama lagi habis semester dan jika bernasib baik, boleh terus konvokesyen bagi yang bertungkus lumus menyiapkan master dan Ph.D masing-masing.
Dah jadi kebiasaan, kami akan booking hotel di Agoda.com. Tapi sebelum booking hotel tu, kami cari dahulu review yang bagus-bagus. Kalau review cakap bagus, maka kami bookinglah, kalau review cakap tak bagus, kami cari hotel lain. Dalam duk cari-cari, kami terjumpa Pandan Laut Beach Resort. Kebetulan rating di Agoda pun cakap molek, kami pun book lah.
Senang je nak jumpa resort ni. Lokasinya betul-betul tepi jalan, lebih kurang 30 minit dari tempat keropok lekor paling sedap di dunia iaitu Keropok Lekor Mengkabang Tapah. Resort ni terletak di kiri jalan jika dari Kota Bharu ataupun Besut.
Bila masuk kawasan resort, kena belok kanan untuk dapatkan kunci bilik. Gambar kat atas tu bahagian receptionist. Masa kami sampai, staff receptionist tak ada. Kena tunggu jap. Ini kerana, resort ni rupanya family managed resort. Rumah tuan resort pun duk dalam pagar kawasan resort juga. Jadi mungkin bila mereka nampak kereta masuk baru dia pergi ke pondok receptionist.
Lepas ambil kunci, mereka hantar kami ke chalet. Ni lah chalet kami. Chalet double, macam rumah semi-D. Sebelah kanan tu bilik kami. Depan bilik ada satu meja kecil untuk makan dan minum. Bagus jugak dia letak meja kopi kat luar, kalau letak kat dalam bilik alamatnya semua orang pakat makan dalam bilik. Kalau makan durian, habislah.
Petangnya kami jalan kaki keliling resort. Nampak macam ada 1 dewan kecil, mungkin untuk kegunaan tetamu yang datang buat kursus kot.
Kami jalan lagi, lebih kurang 50 meter dari bilik kami, ada satu jalan bertar yang bersih, memanjang sayup mata memandang. Rupanya jalan tu jalan pinggir pantai. Sesuai untuk jogging pagi-pagi.
Dah penat jalan kaki dan main air pantai, kami balik bilik. Ni lah gambar dalam bilik. Bilik ni memang mengadap pantai, tapi terhadang dengan pokok-pokok sikit. hehe Ada tiga tingkap di kiri kanan dan hadapan katil. Kalau selak semua curtain tu, boleh rasa ketepian pantainya.
Bilik ni kira OK lah. Bersih dan masih baru. Ada satu TV dengan saluran Astro (tak sure berapa channel, macam tak banyak). Ada disediakan kettle, gelas, kopi 3-in-1, meja, cermin muka yang besar, kerusi dan dua biji meja kecil dalam bilik. Cukup untuk letak handphone, kunci kereta dan sebagainya.
Harga bilik ni cuma RM120/malam (jika booking di Agoda.com), tapi tak ada room services. Mereka cuma masuk untuk bagi tisu gulung dan kopi 3-in-1 tambahan. Gelas kotor pun dia tak basuh. Huhu.
Bila nak checkout tu, korang pergi je ke pondok receptionist, letak kunci dan balik. Tak payah tunggu staff receptionist datang pun sebab dia dah sediakan kotak untuk letak kunci.
Leave a Reply