Dah cukup sebulan saya guna Acer Switch 12 dengan pemproses Intel Core M ni. Masa duk berkira-kira nak dapatkan tablet baru-baru ni, saya pertimbangkan antara Microsoft Surface 3 ataupun Acer Switch 10. Sudahnya, Acer Switch 12 yang saya ambil disebabkan beberapa fungsi yang sangat cool.
Sebelum ni saya gunakan Acer tablet yang ni, tapi tak cukup power. Sudahnya sekarang ia hanya dijadikan media center dan dihubungkan pada TV di dapur.
Sebenarnya, antara Microsoft Surface 3 dan Acer Switch 12 ni, saya tak kisah pun mana satu yang saya dapat. Sebab dua-dua ni sama-sama bagus dan fungsi yang sangat cool. Cuma, sebab yang membuatkan saya bawa balik Acer Switch 12 ialah, saya boleh sangkut tablet ni di kerusi, kepala katil hatta di pintu! Yang mana, Microsoft Surface 3 tak ada fungsi boleh gantung macam ni.
Bunyinya macam silly, tapi berguna. Ya lah, kadang-kadang nak duduk di sofa tapi malas nak riba laptop. Kadang-kadang nak guna di katil tapi tak nak duduk meniarap. Bila sangkut gini, settle masalah tu. Hihi
Saiz skrin pula 12.5, tak kecil sangat dan tak besar sangat. Tapi skrinnya sangat bagus. Tak tercalar langsung walaupun saya tikam-tikam dengan pen Acer tu. Sebab, ia skrin Corning® Gorilla® Glass.
Ada banyak cara boleh guna Acer Switch 12 ni. Boleh guna seperti laptop biasa juga.
Atau guna macam desktop.
Yang ni paling saya suka. Keyboard ni boleh digunakan sehingga lebih 11 meter dari badannya. Saya tak pasti berapa jarak maksimum ia berfungsi, tapi yang saya test ialah 11 meter. Biasanya, bila nak tonton movie atau drama di Youtube, atau Amazon atau Google Play, saya akan sambungkan tablet pada TV menggunakan mini HDMI cable kemudian guna keyboard ni untuk taip di skrin TV.
Keyboard ni je yang menjadikan Acer Switch 12 ni jadi perbualan hangat dikalangan pengkritik. Iaitu, keyboard duk bahagian belakang untuk caj atau bila kita tak nak guna. Jadi, ia hanya boleh dicaj semasa dihubungkan pada dock belakang tablet. Bila dicucuk di bahagian depan tablet tu, tak dikira caj baterinya. Bagi saya, tak ada masalah pun sebab bukan selalu guna keyboard tersebut. Mostly saya guna masa nak sambung pada TV sahaja.
Ia didatangkan bersama pen. Pen tu guna bateri AAA. Ringan je, dan bila nak tulis blog, sebenarnya boleh terus tulis guna tangan. Tak perlu taip lagi dah sebab tablet ni boleh kesan huruf dengan baik walaupun tulisan saya tak cantik. Jadi terpulang lah nak taip guna keyboard atau tulis guna tangan, mana-mana yang anda rasa selesa.
Di keyboard tu juga ada built-in mouse stick, jadi tak perlu guna mouse lagi dah. Lagipun, sepanjang sebulan saya guna Acer Switch 12 ni, ia agak mudah digunakan walaupun tak ada mouse. Sebab pen tu pun dah cukup berguna sebenarnya.
Didatangkan dengan Windows 8.1 dan free upgrade ke Windows 10. Jadi sekarang, saya dah upgrade kepada Windows 10 dah pun. Baterinya juga tahan sehingga 7 jam untuk kegunaan biasa.
Bila guna dalam penerbangan pun, tak makan space banyak sangat sebab keyboard duk belakang gitu. Berbeza dengan laptop yang perlukan ruang lebih besar.
Dan saya rasa, Acer Switch 12 ni sangat sesuai bagi mereka yang selalu outstation dan kerap buat presentation. Sebab wireless keyboard berserta built-in mouse track tu sangat berguna. Duk jauh-jauh pun boleh present sepuas hati.
memang terbaiklah..siap boleh cabut keyboard lagi tuh…aku pun guna laptop acer jugak..tapi model lama punya la
Wah hebat sampai boleh diterbalikkan juga ya, menarik ni
Acer, laptop pertama masa zaman study dulu. Tapi yang ni nampak menarik.
nampak mcm menarik…tapi skrg tgh cari gadget yg kecik2 molek je..sbb malas nk pegang yg besar2….
kat opis ada beli hp netbook tu..
tablet dan laptop tapi berat..
tak best pakai.. acer ni ok ke?
Ok setakat ni. 🙂
berapa harga ni ya? macam berminat je ni
Masa saya beli tu sekitar RM2499. Sekarang tak pasti berapa harganya.
jenis hybrid ni, saya pernah guna microsoft iconia tab..so far pengalaman, bolehlah..berat sikit je..
Menarik tu, rasa macam nak dapatkan satu…
saya tertarik dengan fungsi menulis blog guna tangan..
asyik kerja menarik je..naik lenguh juga jari jemari yang runcing begini..
Wah boleh lipat dan gantung lagi.
Macam-macam cara boleh gantung ni.
haha..
malas benar nak pegang sampai sankut kat kerusi tu.
oo menarik juga ni
harga pun boleh tahan gak ni.. 🙂
Paling win bila sangkut kat kerusi tu..fuhh..senang nak tgk movie macam tu kan.. 🙂 .. Review terbaik .Terima kasih .Lagi pun sekarang sedang mencari tablet yang macam ni utk kegunaan opis..