Ni blogpost khusus pasal transportation yang kami guna di Waikiki. Ada banyak trolley company di Waikiki ni. Yang saya guna ialah Waikiki Trolley.
Trolley ini sejenis bas. Bukan troli macam yang di pasar raya tu. Bas ni macam yang Hop on Hop off tu.
Kami beli yang 7 days Unlimited Pass (valid untuk tempoh 10 hari). Harganya USD79 (harga termasuk cukai ialah USD83.74), tapi dapat free tiket ke Honolulu Zoo dan Waikiki Aquarium jika belian dibuat 5 hari sebelum guna. 2 tempat ni nanti saya share dalam blogpost lain ye.
Pass Waikiki Trolley boleh beli online di https://waikikitrolley.com. Lepas beli, nanti print resit dan bawa ke TF Galleria (pusat Waikiki Trolley ni). Jarak TF Galleria dan hotel kami menginap cuma 2 minit jalan kaki je. So, dari hotel nak ke mana-mana di Waikiki ni mudah, sebab dekat dengan segala benda 😀
Ini kaunter Waikiki Trolley tu. Staff mereka ramah mesra.
Waikiki Trolley ni ada 5 line, 43 stops.
- Pink Line yang boleh bawa anda ke mana-mana sahaja dalam bandar Waikiki, ala-ala bas bandar gitu. Kalau anda tak beli 7-days-unlimited-rides pun, anda boleh je naik Pink Line ni dengan bayaran USD2.00 sekali naik. Sediakan duit cukup-cukup sebelum naik bas sebab dorang tak deal dengan baki-baki ni. Bas ni ada banyak, setiap 10 minit kot ada.
- Blue Line – yang ni 2 jam setengah road tour. Mereka akan bawa anda ke Hanauma Bay, Halona Blowhole, dan Sealife Park. View sepanjang perjalanan ni subhanallah cantik sangat. Mereka juga akan stop 15 minit untuk anda ambil gambar dan tengok keadaan sekeliling, salah satu stop tu anda boleh ke tandas.
- Green Line – yang ni boleh naik pergi Zoo, Diamond Head Park, Botanical Garden dan sebagainya
- Purple Line – bawa pusing-pusing ke Pearl Harbor dan macam-macam lagi
- Red Line – boleh pergi Botanical Garden, China Town, Walmart, Ala Moana Mall (the biggest mall in Hawaii), Aloha Tower dan macam-macam lagi lah.
Pendek kata, saya rasa berbaloi beli pas ni untuk guna sepuasnya. Dan juga, mereka tak tanda pun kat tiket tu berapa kali kita naik dan hari apa kita naik. So, kena amanah lah. Jangan pulak beli 7 days tapi guna 20 days.
Cuma yang tak berapa best pasal trolley ni ialah, laluanya sehala sahaja. Iaitu satu pusingan keliling Oahu pastu habis. Kalaulah anda nak ke mana-mana dalam line yang sama, memang you have to go all around again.
Peta laluan trolley ni ada di https://waikikitrolley.com/map-guide/
Anda juga boleh lihat on time tracking trolley dengan download apps Waikiki Trolley di Google Play store.
Seingat saya, sepanjang 10 hari di sana, kami naik Red Line tour sebanyak tiga kali, Blue Line 2 kali, Green Line 1 kali dan beberapa kali Pink Line. Pink Line tu paling ramai orang guna, kadang-kadang tu kena beratur. Nasib baik kami ada unlimited pass jadi mana-mana trolley boleh naik je.
Seperti mana tram, kita boleh turun dan transfer trolley ni di mana-mana stop yang ada. Detail pasal line yang mereka lalu, boleh cek di website dorang di sini.
Selain 7 days unlimited ride, mereka juga ada 4 days unlimited ride.
Kalau tak, anda boleh pilih tour mana yang anda nak ambil dan bayar USD25 per tour ride.
Okay, habis cerita pasal Waikiki Trolley. Saya tengok, ada sesetengah hotel bagi free trolley ride (dia cakap free tapi mana ada benda free dalam business gini.. hehe mesti dah add-on kat harga hotel tu).
Jadi, sepanjang 10 hari saya di sana, memang tu je lah transportation yang saya guna. Total amount untuk dua orang ialah USD 167. Manakala kos airport shuttle semasa balik pula USD25 sahaja untuk 2 orang. Baby tak dikira sebab lap baby.
Kalau anda ada bajet lebih dan nak lebih privacy, ada banyak je private tour di Hawaii. Ada saya survey jugak sebelum pergi, kosnya sekitar USD300 untuk group kita. Hewhew.. tak mampu.
Fuhhh, banyak juga kos nak naik trolley ni yer..tapi janji happy boleh jenjalan
Bila convert rasa mahal tp itu yg paling murah utk pergi ke tempat2 yg jauh2 tu jika bandingkan dgn uber/taxi atau private tour. Lagipun di Hawaii, makan kat restoren pun mahal..mmg kena bawa duit banyak2 kalau nak ke sana atau masak sendiri di hotel mcm kami buat