Saya dan hubby penggemar cendawan. Kalau setakat cendawan butang tu, sekilo habis untuk tiga kali masak sahaja. Goreng sayur pun letak cendawan, sup ayam, sup ikan, mantar dolmar, mantar peynir dan macam-macam lagi menu yang kami masukkan cendawan.
Malah, sandwich untuk breakfast pun ada cendawan yang dihiris nipis-nipis dimasak dengan butter juga. Di Turki, sekilo cendawan butang cuma TL6 sahaja. Manakala cendawan tiram pula sekitar TL8 per kilo.
Saya ingat, ada beberapa jenis cendawan yang pernah saya makan. Antaranya, cendawan telinga kera, cendawan kaki ayam, cendawan sisir, cendawan busut, shimeji, shitake dan terbaru, yang inilah.
Di Sakarya ni susah nak jumpa cendawan lain, selain cendawan butang dan tiram. Belum pernah saya jumpa cendawan kaki ayam, cendawan shimeji, shitake dan lain-lain cendawan di sini.
Cuma hari ni je saya bernasib baik, dapat jumpa cendawan Kanlica, sebut Kan-le-ja. Itu pun sebab singgah ke pasar dulu sebelum balik ke rumah siang tadi.
Ia juga dikenali sebagai cendawan Saffron Milk Cup, disebabkan warnanya yang kekuningan. Selain tu, ia juga dikenali sebagai Red Pine Mushroom. Di Eropah, harganya sekitar EUR35-40 bergantung kepada demand-supply.
Ini pertama kali saya jumpa cendawan ni seumur hidup.
Sedap atau tidak, sebenarnya ia bergantung kepada tukang masak. Pandai masak, sedaplah. Kalau tak pandai masak, tak sedaplah.
Jadi, kalau anda tanya, sedap ke tidak cendawan ni? Saya boleh jawab, sedap. Sedap bagi saya, mungkin tak sedap bagi anda. Sebab sedap itu subjektif bergantung kepada individu.
Saya dapat cendawan kanlica ni dengan harga TL15 sekilo. Saya rasa murah, sebab sepanjang 10 bulan saya di Turki, ini pertama kali saya jumpa orang jual cendawan ni. Disebabkan ianya rare, jadi saya rasa ianya murah.
Kalau sekali tengok, nampak geli juga nak makan sebab ada lumut-lumut hijau padanya. Tapi, memang inilah salah satu kriteria cendawan ni, mesti ada lumut padanya.
Cara masaknya cukup mudah. Orang tua di sini cakap, masak dengan garam dan minyak zaitun sahaja. Atau jadikannya jeruk cendawan.
Di Rusia, cendawan ini dijeruk kemudian dimakan dengan sour cream.
Tapi, yang saya buat cuma tumis bawang besar dengan minyak zaitun, kemudian masukkan garam sikit, kemudian masukkan cendawan kanlica yang dipotong empat. Lepas tiga minit, tambahkan black pepper.
Rasanya, sedap. Teksturnya sedikit rangup dan cendawan ini bagi saya, sangat flavorful.
Nanti, jika anda jumpa orang jual cendawan ni semasa melancong ke mana-mana lah, tak perlu teragak-agak untuk beli dan cuba rasa.
Saya dah makan dah, tak beracun pun!
Leave a Reply