• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Travelog.my

You are here: Home / Travel Topic / Airlines / Pengalaman terbang dengan China Southern Airlines dari KL ke New York

Pengalaman terbang dengan China Southern Airlines dari KL ke New York

03/07/2017 By Travelog.my 5 Comments

Ini pertama kali kami gunakan penerbangan China Southern Airlines, sebelum ni tak berapa berani nak guna sebab harga tiketnya termurah antara banyak-banyak airlines lain. Rupanya, saya silap.. murah tak semestinya tak bagus. Lepas baca review pengguna lain, baru kali ini kami nak cuba guna airlines ni.

Kesudahannya sangat memuaskan hati. Servis elok beyond expectation.

Bertolak dari Kuala Lumpur jam 1.35 petang dan transit di Guangzhao selama 2 jam. Cuma semasa nak bertolak ke New York tu je flight delay selama lebih kurang 30 minit. Terminal transit di Guangzhao juga agak bersih, tandas yang besar dan bilik salin diapers baby juga selesa. Siap guna pintu automatik lagi!

pengalaman terbang china southern airlines

Kebanyakan penumpang untuk flight Kuala Lumpur ke Guangzhao memang mostly chinese people, ada ramai atuk-atuk dan nenek-nenek yang sukakan baby. Siap ada yang datang nak dukung anak kita, tapi kita tak bagilah. Hehe. Dalam flight pun dorang ni tak bising.

Keluasan seat juga agak besar, sebab kitorang boleh riba Orhan elok je. Penerbangan ni cuma 4 jam lebih kurang. So tak ada bassinet, seat kami pun seat belakang je. Kira okaylah, sebab boleh duduk elok je.

Makanan pun agak sedap, cuma portion tak besar berbanding dengan airlines lain yang dah kami naik. Makanan halal kita boleh request dengan hantar email kepada customer services mereka. Dalam 24 jam gitu dorang respon.

Untuk flight Guangzhao ke New York, kami request bassinet. Rupanya, seat bassinet tak boleh booking online. Kena hubungi customer service untuk minta seat yang ada bassinet. Bagus juga dorang buat macam tu. Sebab nanti, orang yang tak ada baby tak boleh reserve seat tersebut.

pengalaman terbang china southern airlines

Makanan baby pun kita boleh request sehingga 24 jam sebelum penerbangan.

Ini makanan baby untuk flight New York ke Guangzhao. Flight 14 jam 30 minit. Banyak juga makanannya, memang tak habis baby makan. Cuma, ada pelbagai pilihan untuk baby pilih. Disediakan juga 2 botol susu ready to drink jenama Similac. Semua sekali ada 6 botol makanan baby termasuk puree buah-buahan, dan juga 2 paket biskut dan 2 botol susu. Dan baby ni dia dapat 2 kali makan. So kitorang dapat 2 beg plastik macam di bawah ni, memang tak habis Orhan makan. Sudahnya kami masukkan dalam baby beg, genap makan untuk hampir seminggu lepas sampai Kota Bharu 🙂

Makanan baby ni dari jenama Gerber, dan Beech Nut. Kira brand bagus-bagus lah.


Pramugari dan pramugara pula ada yang boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Yang mana fasih Bahasa Inggeris tu, dia ada pakai lencana “English” 🙂

Pakaian pramugari pun sangat sopan, tak ketat dan sedap mata memandang. Lagi sopan dari flight dari negara kita. Huhu

Dan lagi satu yang saya kagum ialah, mereka bagi kita 50kg luggage. Banyak tu 50kg. Saya tak pasti, samada semua penerbangan ke mana sahaja dapat 50kg, atau hanya ke Amerika Syarikat sahaja dapat 50kg.

Pengalaman saya duk naik kapal terbang kelas ekonomi nih, inilah pertama kali dapat luggage 50kg. Cabin beg pula 5kg sahaja, dan 1 personal beg boleh bawa naik. Tapi setakat ni, mereka tak strict pun bab cabin luggage tu. Tak ada timbang macam Emirates dan AirAsia pun.

 

Share this:

  • Tweet
  • Telegram
  • WhatsApp

Filed Under: Airlines, Amerika Syarikat

Comments

  1. Siti omar says

    28/05/2019 at 4:55 am

    Aslm adik! Boleh kasi email dik, akak nk tnya mengenai Travelling in US. Thx yea

    Reply
  2. Budak travel says

    21/03/2019 at 12:24 pm

    China southern airlines and china eastern airlines tak sama ke?

    Reply
  3. Siti says

    26/07/2017 at 5:48 am

    Salam Puan, wow impressed saya baca… saya pun mmg tak berani nk naik China Southern flight kalau boleh kira nk skip saja wpun offer murah…
    Tp lepas baca review dari puan agak terkejut saya dan mungkin saya juga nk cuba satu hari nanti…
    terima kasih kerana info…

    Reply
  4. Siti Yang Menaip says

    04/07/2017 at 9:01 am

    seronoknya dapat naik airlines negara lain.. my wishlist nak naik KLM one day hehe.. and lagi best sebab pergi New York.. yang tu entah bila CT plak nak sampai..

    Reply
    • Ibu says

      25/09/2017 at 4:36 pm

      KLM seat sempit. Kalau nak yg luas, kena bayar extra.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM90++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 152 other subscribers

HFcopy

  • Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Contact

Copyright © 2021 · Crave Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in