• Travelog
    • Amerika Syarikat
      • Hawaii
      • New York
      • Orlando, Florida
      • Philadelphia
      • Tennessee
    • Amsterdam
    • Bahamas
    • Indonesia
      • Bandung
      • Batam
    • Jepun
      • Kyoto
      • Osaka
      • Tokyo
    • Kemboja
      • Siem Reap
    • Malaysia
      • Terengganu
      • Johor
      • Kelantan
      • Melaka
      • Sabah
      • Sarawak
      • Selangor
    • Paris
    • Turki
      • Ankara
      • Bolu
      • Cappadocia
      • Denizli
      • Ephesus
      • Eskisehir
      • Istanbul
      • Izmir
      • Konya
      • Sakarya
      • Sapanca
      • Trabzon
      • Karabuk
  • Travel Topic
    • Oh sedap!
    • Airlines
    • Contest
    • Drama & Filem
    • Hotel
    • Itinerari
    • UNESCO World Heritage Centre
    • Visa
    • Travel Gear
    • Personal
  • Hubungi
  • Recommended
  • Winter clothes

Travelog.my

Cerita dari bumi tuhan

You are here: Home / Malaysia / Kelantan / Pengalaman buat laparoscopic surgery

Pengalaman buat laparoscopic surgery

14/06/2015 By Travelog.my 24 Comments

Lama blog ni tak berupdate. Dah balik sampai ke Turki baru nak update. Sebenarnya, minggu kedua saya di Kelantan, ada jalani laparoscopic surgery untuk endometriosis, jadi ni saya baru lepas pantang lepas pembedahan lah. Pembedahan selama tiga jam di KPJ Pakar Perdana, Kota Bharu oleh Dr. Awang Nila. Sungguh saya puji pakar sakit puan nan sorang ni. Beliau memang bagus dan baik dengan pesakit. Kalau nak rekemen pada orang lain pun, saya rasa tiada masalah.

Laparoscopic surgery tak ada luka besar seperti open surgery. Tapi bagi saya yang tak pernah ada pengalaman dalam bilik bedah ni, pembedahan begini pun sudah cukup buat saya rasa ngeri.

Sebelum tu kena puasa sekurang-kurangnya 8 jam. Puasa makan dan minum. Alhamdulillah saya ditemani ahli keluarga yang cukup mengambil berat sepanjang tiga hari dua malam di hospital. Kalau tak, susah juga.

pengalaman lepas pembedahan laparoscopic

Mungkin pengalaman saya ni berguna bagi anda yang nak buat laparoscopic surgery:

  1. Pastikan ada seorang yang boleh jaga sepanjang berada di hospital, sekurang-kurangnya sehari dua selepas pembedahan. Mak saya jaga saya sehingga hari ke-12 selepas pembedahan. General anesthesia boleh buatkan kita rasa pening dan terhuyung hayang. Sebaik sedar, jangan terus bangun. Badan kita sebenarnya masih lemah. Selepas tiub kencing dicabut, baru boleh perlahan-lahan turun dari katil untuk ke tandas – itu pun dengan bantuan jururawat.
  2. Sepanjang tempoh di hospital, mereka ada menu pantang. Yep, kebanyakan masa saya makan ikan selar, salmon dan beberapa jenis ikan lain yang  dibakar atau dada ayam bakar di hospital. Selain sup sayur. Mungkin bagi perut kita senang proses, lagipun ikan kaya dengan protin dan khasiat. Elakkan makanan berminyak dan tak berkhasiat. Lepas keluar hospital, menu pun sama juga cuma lebih buah-buahan, kurma dan aprikot. Makan je lah apa-apa pun asalkan ianya segar dan berzat. Jangan pula makan ikan kering yang tak ada zat tu.
  3. Sembelit mungkin berlaku, jadi awal-awal lagi doktor dah bagi ubat lawas 🙂
  4. Kita mungkin batuk dan sakit tekak selepas pembedahan. Sebabnya, semasa pembedahan bermacam tiub dimasukkan melalui tekak dan mulut. Mulanya saya tak tau, lepas pembedahan je tertanya-tanya apasal tiba-tiba sakit tekak dan nak batuk ni doktor? Mereka berikan ubat batuk dan ubat sakit tekak untuk cepatkan hilang rasa macam tu. Sebab sebolehnya saya tak nak batuk, sakit dalam perut sekali batuk nih. Hari ke-7 baru rasa tak sakit dalam perut bila batuk. Jadi kalau rasa macam nak batuk tu, berdehem sahajalah sampai hilang rasa geli tekak.
  5. Sakit bahu, belakang, atau kembung-kembung pada mana-mana anggota badan mungkin berlaku. Saya kerap sakit di bahu. Itu normal sebab doktor masukkan angin/gas semasa pembedahan. Jadi angin tu akan mengambil masa untuk keluar dari badan. Saya hilang rasa sakit bahu dan kembung-kembung selepas hari ke-8.
  6. Vaginal bleeding mungkin ada, tempoh bergantung kepada individu dan juga kes. Tapi kalau banyak sangat, rujuk doktor anda.
  7. Tempoh sembuh mungkin berbeza bagi setiap orang. Ada orang seminggu selepas pembedahan dia dah boleh memandu. Mungkin dalam kes saya, agak perlahan kerana kes dah teruk jadi hari ke-10 barulah saya rasa betul-betul sihat dan hari ke-12 saya terbang kembali ke Turki, dengan bantuan kerusi roda di lapangan terbang.

Hari ke-11, saya dah boleh jalan keluar pergi tengok rumah kami yang masih dalam pembinaan. Tengok la dulu sikit sebelum ditinggalkan. Rumah ni di bina oleh ayah saya, dengan bantuan umi saya. Pekerja pula cuma dua pekerja sahaja. Tanpa mereka, tak dapat la kot saya bina rumah sendiri lagi.

wpid-img_20150611_185948.jpg

Cukup lah dulu perkongsian kali ni. Nanti dah betul-betul sihat mihat, saya kongsikan lagi cerita lain.

Terima kasih tak terhingga kepada semua ahli keluarga saya yang membantu. Sob sob, terharu betul ada famili yang baik ni. Masa sakit, nak air diberi air. Nak makan diberi makan. Nak mandi, dimandikan.

Juga kepada kakitangan KPJ Pakar Perdana yang banyak membantu.

Nota: Bukan tak nak buat pembedahan di Turki, tapi faktor bahasa dan miscommunication tahap dewa menyukarkan banyak benda.

Related Posts

  • Malindo Air kini terbang dari Kota Bharu ke IpohMalindo Air kini terbang dari Kota Bharu ke Ipoh
  • Banjir lagi.Banjir lagi.
  • Dah jadi mak budak!Dah jadi mak budak!
  • Minyak Argan untuk hilangkan stretch markMinyak Argan untuk hilangkan stretch mark
  • Barangan bayi yang berguna bagi mak mudaBarangan bayi yang berguna bagi mak muda
  • Misi kabinet dapur stainless steelMisi kabinet dapur stainless steel
  • Lepas booking kabinet dapur, daftar elektrik dengan TNB pulaLepas booking kabinet dapur, daftar elektrik dengan TNB pula
  • Beli borong buah murah di Kota BharuBeli borong buah murah di Kota Bharu
  • [Recommended] Buffet Iftar di Hotel Perdana Kota Bharu[Recommended] Buffet Iftar di Hotel Perdana Kota Bharu
  • Kent Park di Sakarya ni bersih dan cantik betulKent Park di Sakarya ni bersih dan cantik betul

Filed Under: Kelantan, Malaysia, Personal

Comments

  1. Kaisa says

    11/08/2018 at 6:24 pm

    Assalamualaikum kak, akk buat laparoscopic ni sbb nk hamil ke atau nk buang cyst sj? Klu utk hamil, brp lm slps operate tu akk hamil? Sy akan operate ni jugak utk usaha hamil🙇

    Reply
    • Travelog.my says

      19/08/2018 at 12:14 pm

      Salam, maaf lambat reply. Ya, buat ni untuk hamil. Kos operate semua sekali dalam RM17k.

      Saya doakan puan kaisa dipermudahkan urusan dan cepat sembuh.

      Reply
  2. Hana says

    14/12/2017 at 5:13 pm

    Salam.. sorry ya saya nak tanya pasal harga buat laps ni berapa kat kpj sana ya.. boleh ke rasanya kalau tiada medical insurans tapi buat laps kt mana mana kpj kiranya mcm “walk in customer” lah. sorry tatau istilah apa yg betul. Trima kasih.

    Reply
    • Travelog.my says

      15/12/2017 at 3:10 am

      Boleh je. Kos saya buat tu sekitar RM17000. Boleh hubungi hospital tersebut dan request doktor mana nak jumpa untuk set temu janji

      Reply
  3. Ririn says

    10/08/2017 at 7:43 pm

    Sis nak tnya kalau buat laps and dye test je..bila boleh bersama suami balik..adakah lepas berbulan?

    Reply
    • Travelog.my says

      11/08/2017 at 3:56 am

      Lepas dah rasa betul-betul sembuh luaran dan dalaman.

      Reply
  4. Ira says

    16/05/2017 at 3:03 pm

    Sis, nak tnye.. bila sis mndi macam mane ye. Bole kena air ke? Atau sis tutup tmpt tu.. sy bru hari ke 6 buat laparoscopy. Tak berani lagi kenakan air..

    Reply
    • Travelog.my says

      17/05/2017 at 5:57 am

      Kat tempat luka tu doktor tampal plaster kalis air. Lepas dia buka plaster tu, dia spray lagi dengan sesuatu yg kalis air (apa benda nama spray tu saya tak tau, mcm gam gitu). So bila mandi, tak gosok2 sabun pun tempat tu sebab takut tanggal. Tapi okay je sebab memang kalis air kat tempat doktor tu spray. TAPI, kalau yang sis punya tak dispray cam tu, better tampal apa2 dulu sblm mandi supaya tak kena air..takut kena jangkitan je. Lepas mandi pulak keringkan elok2 duk depan kipas sblm pakai baju 🙂

      Reply
      • ira says

        17/05/2017 at 7:25 am

        ohhhhh… yela… nurse aritu ade spray benda sejuk tu.. dia kate jgn kne kan air panas je.. mungkin sy ingt, jgn kne kan air jgk kot. hehehe…. ok sis. tq ye..

        Reply
        • Travelog.my says

          17/05/2017 at 7:30 am

          Sama-sama. Semoga sembuh cepat-cepat ya.

          Reply
  5. Emma says

    22/10/2016 at 11:30 am

    Boleh tau saudari ade pntang makan ke … N lama mana yer

    Reply
    • Travelog.my says

      22/10/2016 at 4:34 pm

      Pantang tak makan seafoods spt udang, sotong, ketam, apa-apa yang pedas/hot/spicy dgn fastfoods je masa tu.

      Reply
  6. Emma says

    22/10/2016 at 11:29 am

    Boleh tau saudari ade pntang makan ke … N lama mana yer

    Reply
  7. aminatuz zaharah says

    22/07/2016 at 8:50 am

    sy br lpas buat laparoscopy,buat di hospital klang sahaja,endo stage 4.arini ari ke ke 4 selepas operation,masih sakit dibahagian dalaman,batuk pun sakit…ari ke 4 br leh buang air besar,pglaman bersalin normal ni br 1st pgalaman operate,kena jaga pemakanan,supaya luka cepat sembuh

    Reply
    • Travelog.my says

      23/07/2016 at 7:43 am

      Semoga cepat sembuh, kak! 🙂

      Reply
  8. kak mahh says

    13/05/2016 at 11:06 am

    Alhamdulillah1…tahniah khabarnya ada berita gembira .

    Reply
  9. Ika says

    07/03/2016 at 10:35 am

    Sy dh 3 mggu lps laparoscopic ni..tpi jahitan xtrbukak lagi..normal ke.?

    Reply
    • Travelog.my says

      07/03/2016 at 1:34 pm

      Normal rasanya sebab doktor cakap hari tu ia akan tercabut sendiri lepas satu tempoh. Tp saya gi buka benang sebelum terbang balik sini pada hari ke 8 lepas operate.

      Reply
    • Travelog.my says

      07/03/2016 at 1:35 pm

      Pastu lama jgk la nak tanggal bekas jahitan yg dah kering tu, lebih sebulan.

      Reply
  10. Aretikz says

    18/06/2015 at 8:32 am

    Berbelit lidah nak sebut tu.. huhu

    Reply
  11. rahimah says

    16/06/2015 at 8:45 am

    Pembedahan ni memang kena ada orang bantu. Pernah baca pasal laparoscopic ni sebab kawan pernah kena tapi sekejap aje sebab dia stage awal lagi. Kalau dah teruk sikit tu yang jadi lama tu nak recover. Dah boleh bangun tu kira alhamdulillah 🙂

    Reply
    • Travelog.my says

      16/06/2015 at 10:58 pm

      Alhamdulillah dah rasa ok dah. Kalau tak ada org yg berpengalaman jaga orang sakit..susah juga. Nasib baik famili dah mahir benar dgn org berpantang lepas operate macam ni. Hihi

      Reply
  12. titan says

    15/06/2015 at 8:41 pm

    hang sakit apa sebenarnya haa??

    Reply
    • Travelog.my says

      15/06/2015 at 8:43 pm

      Oh, sakit orang perempuan. Biasala Titan, cyst.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

KUPON RM80++ UNTUK BOOKING DI AIRBNB

AirBnB ialah penginapan sepertimana homestay di Malaysia, boleh sewa bilik, apartment atau villa. Saya guna AirBnB semasa di Tokyo dan Osaka. Dengan mendaftar dengan link ini, anda dapat kredit RM80++ ke akaun AirBnB anda. Terus boleh guna untuk buat booking.

Langgan blog ini

Masukkan alamat email untuk langgan blog ini.

Join 140 other subscribers




Kain batik Terengganu

Proofreader Malaysia