Trip Penarik ni 3 hari 2 malam. Lama lah tu bagi orang Kota Bharu. Ya lah, orang lain pergi balik hari je takat Penarik tu. Hihi
Tapi kitorang pergi sebab hubby nak relax. Maklumlah sepanjang bulan puasa baru ni musim orang hantar tesis untuk disunting, jadi memang kerja keras hinggalah ke pagi raya sebab kejar deadline. Clients pula ada nak viva dan sebagainya. Bila lepas raya kami buat makan-makan sempena naik rumah baru. Lepas tu barulah ada rehat sikit, tu pasal kami duk sampai 2 malam kat sana.
Masa nak balik tu, call mak saya tanya apa yang dia nak kirim. Dia nak ikan segar sebab kat Pasar Siti Khadijah tak ada ikan segar hari tu.
Jadi saya pun tunggu pakcik nelayan tu lagi sebelum bertolak balik, cuma hari ketiga tu tak ada rezeki pak cik dan saya. Tak ada ikan pun. Sedih. Cuma ada 2 ekor Ikan Cermin yang dia simpan untuk saya hasil tangkapan petang semalam je. RM20 untuk 2 ekor. Besar juga. Masa saya tulis post ni, Ikan Cermin tu dah selamat jadi Gulai Kuning dah pun 🙂
Kemudian saya ke Pasar Rhu Sepuloh. Beli 2 kg Ketam Bunga yang still hidup, 2 ekor Ikan Kerapu dan 5 kg Ikan Merah Bertanda. Tak pasti rate per kilo of each item tu tapi total cost ialah RM96 sahaja.
Kat pasar ni ada beberapa jenis ikan yang saya tak pernah jumpa pun sebelum ni. Antaranya Ikan Bayan ni.
Pastu kami sambung drive ke Mengabang Tapah untuk beli keropok lekor Bayu. Sebelum tu singgah di Jeti Pulau Redang sebab nak cari lagi ikan segar.
Mulanya tak jumpa tempat nelayan berlabuh, tanya makcik jual fridge magnet kat jeti baru lah jumpa jalannya.
Ni pun ikan segar baru naik. Gedik-gedik lagi.
So beli lagi 2 kg Ikan Kerisi, Sotong besar 1 kg dan 2 kg sotong sederhana besar. Semuanya RM59 je. Murah kan?
Btw view kat sini pun cantik, kawasan kuala.
Bot yang baru sampai ni bawa naik Ikan Kerisi dan Sotong Jarum. Kalau nak datang sini kena lalu Jeti Pulau Redang, pergi terus pastu perhatikan sebelah kiri. Nampak bot banyak-banyak tu situ lah tempat dorang punggah ikan.
Peraih pun duk situ la juga. Jangan pergi lewat sangat, nanti tak ada apa-apa nak di beli. Saya pergi tu awal lagi, sekitar jam 10 pagi.
Tu je lah dulu ye untuk trip Penarik ni.
Next post saya share pasal Trip Tennessee pula. Dah dekat 2 bulan balik dari Tennessee ni tapi aura menulis belum juga muncul.
aura menulis?
cakap ajelah ko malas.
haha..
seronoknya baca. tak sabar nak tunggu next post heeee
cantiknya gambar2 ni mcm kat oversea pulak
salam..nanti cepat2 update ye. suka baca blog akak.
btw sy follow insta jugak..
suka tgk orhan..cute to the maxs….:)