Beberapa kali juga saya ke pasar di Adapazari, dan beberapa supermarket lain. Dalam kepala ni ada juga terfikir nak masak sambal udang, tomyam seafoods, nak makan kerang rebus cicah sos dan macam-macam lah. Lepas beberapa kali pergi wet market Adapazari dan beberapa supermarket tu, saya tak jumpa pun sotong, udang, ketam, kerang dan seumpamanya.
Yang ada dijual ialah ayam, daging dan ikan. Daging pula dijual style butcher gitu, ayam pun sama. Semuanya dipotong ikut bahagian.
Apalah naif sangat saya ni. Kenapalah tak tahu pun yang orang mazhab sini tak makan seafoods selain ikan!
Sebelum ni ada bercakap pasal makanan laut dengan kawan-kawan Turki. Bila saya cakap pasal kerang rebus, sambal udang, tom yam seafoods… mereka hanya pandang je. Tak menyampuk. Di Kelantan, selang seminggu memang saya akan bedal sekilo dua kerang rebus, cicah sos. Hajat nak juga buat tabiat sama di sini, maklumlah kan Turki ni ada banyak laut dan selat. Saya ingat sebab musim sejuk so dorang tak jual spesis tu semua. Rupanya tak. Memang mereka tak makan sebab hukumnya makruh dalam mazhab dia.
Saya tahu pun lepas telefon abah kelmarin dan luahkan perasaan kempunan udang dan sotong. Huhu Nasib abah bagitahu, kalau tak mungkin next time pun duk meliar cari seafoods di wet market kot.
Tak pe lah, banyak lagi benda lain boleh dimakan di Turki ni.
wah …saya baru tau kalau udang , ketam itu makruh hukumnya…..
owh ada juga fahaman lain yang makruh.mesti ada dalil2x yng menguatkan pasal makanan itu boleh jadih makruh. yg penting beriman kepada Tuhan. 😀 Dapat info baru.
wah baru tahu pasal ni.
oo begitu Mj pun baru tau ni..rupanya ada juga ye mazhab sebegitu makruh makan sotong udang
info baru tahu.. bertabahlah mereka yg pergi sana mngidam nk mkn seafood.
Lor tak jual pulak.
Takpe kita kena hormat la budaya diorang kan.
Ya, betul tu. Kita hormat budaya dorang. Cuma kalau dia jual, saya beli terus tanpa mintak diskaun. Kempunan punya pasal. hahaha
Huuuh rugi tu tak makan ketam dan udang…sedap tuuuu…
makan seafood banyak-banyak kena hati-hati dengan kolestrol
Info baru. Aku tak tahu pun ada mazhab tak makan seafood. Mesti sedihkan Siti terpikir sotong sambal..
Sedih woo… runtun hati lepas tahu pasal tu. Sebab tiga empat kali meliar kat pasar cari udang, sotong tu semua.
makan ikan saja, tak campur campur dengan menu lain macam orang kita.
boleh pulak dia orang makan ikan je, tak jemu ke?
Mungkin dorang dah biasa kot
ohh..
tak jual ehh..
camtu la plak yek.
No wonder lah blog ni kawe suka. Entri sempoi dan simple je. Tapi info tu yang mahal. Rasanya tak de org lagi yang tulis pasal org kat sana tak makan seafood lain selain dari ikan. 😀
Nanti kawe khabaq pada sotong, udang dan ketam di sini supaya pindah ke sana. Selamat daaa…
Hahaha nanti nak balik kampung kena makan banyak-banyak sampai puas hati.