Selepas lebih kurang 3 minggu jadi orang nomad, minggu ni memang perlu rehat betul-betul. Muka pun dah banyak ada jerawat sebab perubahan cuaca. At one time, rasa macam ya Allah penatnya duk kerja heret beg, pindah hotel, naik train/flight. Tambahan pula bagi orang yang tak biasa travel lama-lama macam saya.
I wonder Noridah ET travel across the world macam mana ya dengan hanya bawa beberapa beg galas besar? Atau macam manalah Anita travel keliling dunia dengan motorsikal. Either it must be really hard or it must be really fun. Doakan saya jadi sekuat itu satu hari nanti.
So di Orlando ni saya duk dengan mertua, dia bagi apartment bersambung dengan rumahnya. Basically serumah la. Duk rumah mertua pun rasa macam rumah sendiri sebab tahun lepas dah duk sini straight 6 minggu. Lama tu kan. Feel like home.
So first week ni memang tak ke mana. Lagipun bapa mertua saya kena siapkan semua kerjanya dan hubby pulak kena siapkan kerja dia sebelum kami boleh cuti panjang di Tennessee 10 hari lagi kemudian ke Bahamas. Kedua-dua mereka berkerja secara online dari rumah atau kadang-kadang kena keluar ke pejabat untuk meeting bila perlu. Sebab itulah kami, walaupun sedang melancong, hakikat sebenarnya masih melayan email-email pelanggan, siapkan kerja dan hantar dokumen-dokumen yang diperlukan.
Dan inilah workstations saya sepanjang trip ini iaitu sebuah Acer yang saya pun dah lupa modelnya.
Selain tu, dua tiga hari ni basuh kain. Senang basuh kain sini sebab ada dryer hihi. Rumah sendiri tak ada dryer.
Lepas tu pergi beli barang di supermarket Publix yang dekat dengan rumah. Banyak juga saya borong strawberry dan blackberry. So boleh makan puas-puas. Kalau nak tahu, saya ni memang penggemar buah-buahan. Kalau di Malaysia, setakat buah dokong sekilo dua tu, cukup lah untuk saya sorang. Jadi, apalah sangat satu pek kecil Blueberry atau satu pek Strawberry tu. Sekali hadap je. Terkejut orang sini tengok saya makan buah. Orang sini, dia makan buah denga oat, masak jadi pie, makan dengan keju. Makan buah sebenar tu bukanlah sesuatu yang pelik, tapi jarang dibuat je.
Bab makan pulak saya memang tak memilih mana. Asalkan halal, kosyer, vegetarian saya bedal je. Janji boleh telan. Jadi apa yang mertua masak, saya makan. Mereka pun dah banyak tahu pasal halal haram ni.
So far, untuk trip Turki – New York ni je saya dah naik 2 kg gara-gara macam-macam jenis keju dihidangkan di Turki.
Itulah dulu wrap untuk minggu ni.
US and cheese berpisah tiada gitu kan .. i gained 10kg after few years studying in the states … uhukss… now the fat stays with me forever T____T
That fat stays with you forever? =.= Bimbang pulak tetiba