Baru-baru ni saya di Kelantan dekat sebulan juga. Balik sebab ada follow up di Hospital Pakar Perdana Kota Bharu dan juga rindukan umi abah. Follow up yang operate dulu tu.
Alang-alang balik ni sempat dapatkan dua handphone untuk umi dan abah saya. Kebetulan handphone mereka rosak baru-baru ni. Beli ni handphone biasa sahaja supaya senang nak berhubung dengan mereka. Umi saya suka hantar gambar masakannya dan gambar hasil kebunnya.
Banyak pula tu hasil kebun dia. Buah tomato, buah mata kucing, buah nona, buah pisang, buah mangga hatta rebung buluh madu pun ada. Kebetulan hanphone lama dia dah rosak, jadi sementara ada di Kota Bharu ni lah kalau nak beli ganti pun. Karang dah balik Turki susah pula nak beli baru. Kalau dah beli, kena ajar cara guna pula.
Untuk umi, Acer QLUX. Untuk abah, Oppo Joy 3. Nanti ada rezeki lebih lagi, boleh beli yang lagi power.
Meh nak review sikit dua handphone ni.
Dua-dua handphone ni ada kamera belakang dan depan yang lebih cantik berbanding Sony Xperia Z Ultra dan Samsung SIII Mini yang saya guna sekarang. Harga pun murah je, tak sampai RM400 setiap satu.
Oppo Joy 3 dan Acer ZTE Qlux
Ketebalan Acer ZTE Qlux ni ialah 10.3 mm, tebal sikit berbanding Oppo Joy 3 yang memang nipis iaitu 8.95 mm. Mula-mula saya beli Qlux, lepas tu baru beli Oppo Joy 3. Kalau tahu awal-awal yang Oppo Joy 3 lagi best dari Acer Qlux, dah tentu saya tak beli pun yang Acer ni.
Sebab apa? Sebab Oppo Joy 3 ni senang digunakan bagi orang-orang berumur. Contohnya macam umi dan abah saya. Ia ada fungsi Smart Call. Tak payah tekan apa-apa untuk jawab panggilan telefon, cuma letak je kat telinga kemudian terus bercakap. Kalau tak nak jawab telefon pula, terus terbalikkan telefon maka automatik ia tak berbunyi lagi. Juga, anda boleh lakar bulatan pada skrin, kemudian fungsi kamera terus muncul.
Dua-dua Oppo Joy 3 dan Acer Qlux ni ialah dual-sim card phone. Tapi kami hanya guna 1 sim card sahaja, jadi saya tak test fungsi tersebut. Dan kedua-duanya juga didatangkan dengan RAM 1 GB.
Kamera belakangnya pula ialah 5 mp. Tapi kualiti gambar pada saya cukup bagus. Kalau nak kualiti lagi bagus kena pakai kamera betullah. Di bawah ialah contoh tiga gambar yang sempat saya ambil.
Itu je lah nak cakap pasal dua biji phone ni.
Leave a Reply